31 August 2010
Selamat Hari Bebas Malaysia .
Masih sempat mungkin nak buat ucapan. Malaysia, selamat hari merdeka. Mungkin pada kata-kata hanya merdeka, tapi pada zahirnya mungkin tak. Ini mungkin pernah aku bicarakan.
Seterusnya, mungkin dulu sambutan hari merdeka meriah. Kini mungkin meriah dengan aktiviti-aktiviti yang tak sepatutnya. Mungkin sekarang hanya dikotori dengan mat-mat rempit yang selalu hidung tinggi tunjuk lagak depan semua orang pusing kota raya sana sini. Polis mungkin sudah letih nak kawal manusia babi macam mereka. Biarkan, biarkan mereka mati katak. Go on.
Akhir kata, harap malaysia bisa bebas juga dari segala benda satu hari nanti. Ini mungkin bisa.
29 August 2010
Tertangkap ,
Aku mengaku memang aku tak prepare langsung untuk exam aku. Cuma aku sediakan pen yang berdakwat dan liquid paper. Bagus kan ? Kosong, fikiran aku yang langsung kosong. Mungkin aku silap letak otak aku dalam washing machine kot semalam. Jadi semua ilmu kena cuci.
What the heck ? Sigh. Dah dah, jangan mengumpat bulan puasa sebegini. Aku mengaku, aku meniru masa exam sejarah tadi. Baiklah, seumur hayat aku bersekolah dari tadika sampai sekarang, ini mungkin kali pertama dan mungkin buat terakhir kalinya aku kantoi meniru time exam. Mungkin aku silap step untuk meniru tadi. Okay, aku gelak besar sekarang.
Ustazah, terima kasih sebab tolong tulis tiru dengan dakwat merah atas kertas soalan aku. Ustazah, ustazah, terima kasih seklai lagi. Dan amalia, terima kasih jugak sebab tolong gua tulis jawapan atas kertas then buat kita kantoi. Takpa, aku kool, jadi kita kena buat-buat kool. Yang lain, jangan buat keluar macam-macam spekulasi dekat aku. Jangan hipokrit, kau semua jugak kaki meniru. Stop drooling enough to form the words lah. Noktah.
27 August 2010
Bebas atau merdeka ?
Makin dekat dengan 31 Ogos. Tarikh itu mungkin tarikh bersejarah bagi rakyat Malaysia. Mungkin juga semua orang akan bersemangat nak rayakan hari kemerdekaan. Pasang bendera sini sana, konon ada semangat patriotik.
Tapi aku rasa tak. Sebab aku rasa makin negara kita bebas dari segala bagai, makin banyak benda buruk yang berlaku. Aku lebih memandang seryes pada kes buang malaikat kecil ke dalam tong sampah, tak pun di dalam longkang sempit. Aku makin rasa sakit hati apabila aku membaca akhbar mengatakan bapak sanggup bunuh anak sendiri, tak pun anak sendiri yang bunuh bapak.
If u ask me, I’d say im a bit adult minded compared to girls my age. Im aging, so aku akan fikir cara orang dewasa, adakah mereka tiada hati perut? Atau mereka dilahirkan memang tiada hati, tiada langsung perasaan belas kasihan? Aku hairan. Kenapa tuhan mesti lahirkan manusia iblis macam mereka. Mungkin akan memenuhkan ruang udara di muka bumi.
Memang dari luar mereka semua ada semangat merdeka. Mungkin dari luar juga konon mereka sayang akan tanah air sendiri. Its cool to rebel, but i can't. Aku bukan siapa-siapa nak cakap besar. Jadi semua tak payah nak hipokrit, laung merdeka pada kata-kata, padahal tak sebenarnya.
Plus, mungkin kalau tanya sorang-sorang pasal sejarah Malaysia, mesti semua akan jawab, tolong beri masa nak jawab sebab nak buka Google dulu nak cari info pasal tu. Cet, depan-depan kau cakap tahik.
25 August 2010
Sahabat Kau Mungkir ,
I will crying all the day, and will keep it that way. Tapi itu dulu. Sekarang tak boleh simpan benda busuk ni lama-lama, nanti makin makan dalam. Its like i died already. Im just a lonely crap. Maybe. People talk, biasa ramai datang dekat kita tatkala mereka bosan atau susah. Pergi bila senang. Oh let me think first, what am i ? A fun monkeyshit to talk to ? Or just a ball you kick and just have fun with ? What the heck, fuck that. You should fix that.
Straight to the point. Bukan senang nak jadi sahabat sejati ataupun mungkin juga nak cari sahabat sejati. Susah, amat susah aku fikir. Kalau dia kita rasa sahabat kita, mungkin sekarang dia sahabat kita, tapi mungkin satu hari nanti, bila mereka sudah berjaya ataupun sudah menjadi bintang popular, agaklah dia buat-buat tak kenal kita. Jadi kita harus terima kenyataan itu sebab mungkin kita tak setanding dia kan. Now im growing up, im aging. If you ask me, aku fikir cara dewasa, itu mungkin bukan dinamakan dengan sahabat. Mungkin itu penjahat sebab sanggup khianat kita sebagai seorang sahabat-yang-baik-dan-sejati, mungkin lah.
Dulu bila berbicara kalah karyawan. Mungkin sebab tu jugak BM selalu dapat A bila exam. Segala bagai ayat semua keluar konon nak jadi sahabat sejati, sahabat yang tak lupa kawan, sahabat sampai syurga konon lah, tapi pahala tak lah banyak mana pun sebab boleh bilang dengan lima jari. Itu ayat dululah. Sekarang dia semua dah jadi bintang, dah jadi success, jadi dah lupa semua ayat-ayat tipu itu. Buat apa nak kenal dengan orang macam kita kan. Ramai bercerita, bila mahu berpisah antara satu sama lain, semua sedih. Nak tenang sikit, sent mesej dekat sahabat dia, konon suruh jaga diri baik-baik, jangan pernah jadi kacang lupakan kulit. Suruh ingat dia selalu, contacts dia selalu. Itu semua cakap kosong. Padahal dia yang mungkir. Ini aku cakap sebab ramai yang story pasal ni, bukan kutuk dekat siapa-siapa.
I thought i acted like a pig. My body is full of crazy-fucked-up-fools. Buat apa fikir pasal orang yang sememangnya kita tahu dia takkan fikir pasal kita. I gotta think good. Lupakan semua. I have a lot to think about. Okay, calm down, just go on what happens. Im trying to go easy nowdays. Konon buat-buat kool sekarang. Maaf untuk akhir kata.
Rakus ,
Mungkin aku bukan mimpi sekarang. Mungkin betul atau memang betul esok mula exam. Macam seperti biasa, belum bersedia apabila terpaksa berhadapan dengan exam. Buku, aku tak hairan. Nak tengok malas. Cuma masa exam kena lebih buat kool, supaya tak nervous sangat. Cuma harap, sentiasa berharap, dapat buat dengan baik. Perhaps. Kadang seronok, lepas semua exam, terus dapat cuti raya.
Nak hidup atas perut bumi ini bukan senang aku rasa. Harus jalani macam-macam jalan. Ini semua buat aku letih. Mungkin banyak problema sekarang dalam diri aku. Susah, susah bagi aku nak selesaikan semua itu dalam sekelip mata ataupun dalam satu nafas pun sudah berbaloi jika itu bisa. Tapi itu mustahil, susah. Kadang-kadang soalan ni banyak dekat telinga aku, why do you look so sad all the time ? And then i told myself fuck. I cant fake it anymore. Bukan mudah nak jadi dewasa.
What are the things that makes me happy ? Maybe counting stars at night. But bukan every night stars selalu ada. So sekarang aku dah dapat bilang sepuluh bintang, mungkin dah banyak if aku bilang lebih banyak lagi. Aku dah happy, tapi mungkin lebih happy lagi kot. Tapi kadang-kadang rasa macam, oh im-already-dead-meat.
19 August 2010
Jalan bodoh ,
Mungkin aku bodoh sekarang. Aku kena mengaku itu diri aku. Mungkin jugak aku telah buat satu kesilapan besar. Maaflah, mungkin jugak itu bukan diri aku ataupun itu diri syaitan. Aku tak tahu, aku panik sekarang. Tak boleh berlagak kool lagi, mesti terima kenyataan.
Aku fikir mungkin bulan Ogos ni penuh dengan kejutan misteri. Buat aku jadi naik darah. Tak boleh sabar, jadi minah gaduh. Susah, bukan gampang nak buat pilihan sendiri. Kena fikir banyak kali dulu, baru boleh buat keputusan yang betul. Mesti penat punya. Plus, dengan bulan puasa lagi. Tu pun tak berapa nak sure.
Aku tak punya masa lebih untuk ini semua. Mungkin aku perlu cari ketenangan nak selesaikan masalah aku yang songsang ni. Aku dah lemas sekarang, perlu ambik udara luar sebentar.
16 August 2010
Dilema Sekarang ,
Ada mesej dari dia. Telefon dari dia. Telefon dari mak dia. Bukan aku tidak hormat, tapi.. Maaf, aku tiada suara, tiada tangan nak balas mesej, nak angkat telefon dan segala bagai. Bukan aku jahil, tapi tak tahu kenapa semenjak dua menjak ini aku tak mahu layan orang yang aku sayang. Mungkin itu bukan diri aku.
Tolong hentikan semua ini. Tolong buang semua pasal aku yang dalam diri kau. Buang terus number aku dalam contact kau, aku tak marah pun. Aku suruh kau ni. Aku nak mintak tolong lagi, tolong dan tolong, jangan kacau aku lagi. Aku tak mahu kelibat kau ada depan aku lagi. Malaskan tangan kau menekan nombor aku. Sudah, jangan cuba-cuba buat pertemuan kita berdua, aku tak mahu lagi.
Maaf jikaku tersilap langkah. Aku tahu aku salah. Aku masih lagi meraba fikiran aku apa yang patut aku buat. Harap ada jalan terbaik. Tak mahu cari jalan mudah seperti jumpa emas dalam lonkang.
12 August 2010
Hai Ramadhan
Bulan mulia, bulan suci sudah datang. Hai bulan ramadhan. Last sekali kalau aku ingat tahun lepas kita jumpa kan. Harap bulan suci ini dipenuhi dengan pahala-pahala. Ceh, macam bajet je ayat tu kan. Cakap karut, lucah dan segala bagai simpan dulu dalam poket. Buat amal dulu, kumpul pahala banyak-banyak. Semua nafsu tu simpan dulu. Tahan-tahan, jangan sampai keluarkannya. Oh perut, aku minta maaf. Harap kau bersabar menunggu waktu berbuka. Tenang, kau takkan kelaparan.
08 August 2010
Noisome ,
Kelmarin hari yang seronok. Dapat jumpa teman-teman lama. Borak sama-sama, makan sama-sama, snap gambar sama-sama. Teringat kenangan kami dulu-dulu. Cuma tak berapa nak lengkap sebab ada beberapa teman aku yang tak dapat datang. Harap dapat jumpa kau-kau semua lagi lepas ni.
Esok, aku pasti nervous. Aku tak boleh nervous, nanti aku rasa nak kencing. I wish tomorrow i and my team qoir will do the best the qoir competition. Harap kami semua dapat kemenangan. Sekarang rasa macam jantung nak tercabut, esok atas stage aku tak tahu lagi apa yang aku rasa. Sabar, aku kena kool. Tak boleh gelabah sangat. Buat-buat muka tenang sikit. Bisa kan?
Maaflah kawan. Tiada niat nak pinggirkan kau. Aku tak tahu kenapa, jangan tanya aku. Kau tanya yang lain, mungkin mereka semua ada alasan yang kukuh untuk kau. Ini mungkin ada salah faham. Kita mungkin sama-sama salah. Kita manusia, ada salah dan silap. Maaf jika aku lukakan hatimu. Aku sayang kau.
05 August 2010
Korban Semua ,
Korban apa saja demi kemenangan pasukan koir sekolah. Aku pasrah walaupun tiap-tiap hari terpaksa balik lewat sekolah disebabkan latihan koir. Macam-macam dugaan yang menimpa. Pergaduhan, rasa ketidak-puas-hati, cemburu, malah semua perasaan ada pada diri masing-masing. Biasalah lumrah manusia kita tak boleh ubahkan. Tapi masing-masing bajet tabah, cekal, sabar demi mahukan kejayaan pasukan koir sekolah. Harap titik peluh kami semua bawa kemenangan pada 9 Julai nanti. Contoh kalau menang, nak angan-angan sekejap, kalau boleh nak show off dekat semua orang, aku bukan ulat bulu, aku boleh buat. Cet, malas nak cakap besar seperi orang lain, nanti akan ada kerugian besar yang tuhan bagi.
02 August 2010
Kedekut ,
Orang jahat ada sana, orang jahat ada di situ, tapi orang kedekut ada di sekeliling aku. Aku tak berkira walau satu sen pun dengan semua orang. Tapi kenapa kau kedekut sangat?
Duit satu sen pun kau berkira ke dengan aku? Alahai, aku tak lapar dengan duit satu sen berkarat kau tu. Kalau boleh semua benda kau nak yang orang punya kan. Semua orang duduk sibuk cakap pasal kedekut kau tulah. Kau tak malu ke? Kalau aku dah lama buang muka jauh-jauh. Seryes aku cakap.
Well, aku tak tipu. Mungkin entri ini agak sensitive untuk kau. Kalau kau sedang membaca ini sambil buat muka marah, pasti kau keluarkan macam-macam spekulasi. Sebab kau rasa apa yang aku cakap semua tak betul. Aku bukan penipu, tapi mungkin aku penjahat sebab aku suka kutuk orang.
Bagi aku seorang loser adalah orang-orang-yang-tak-boleh-terima-kenyataan-macam-kau. Bila aku cakap macam tu, baru sekarang kau nak letak plot " Memang aku kedekut, sebab aku nak berjimat. Nak simpan duit sikit, nak beli baju baru " Boleh kau cakap macam tu, macam tiada falsafah.
Bikin malu, nak kesenangan diri, tapi menyusahkan orang lain. You suck, you should fix that. Seryesly aku cakap.
01 August 2010
Jiwa Obses
Macam seperti biasa, sudah pasti aku akan ucapkan hai kepada bulan-bulan baru. Hai bulan Ogos. Harap hari-hari kau dipenuhi dengan senyuman kambing. Aku tak mahu senyuman kuda, macam senyuman tak ikhlas.
Aku mogok sekarang. Aku tak suka. Kenapa orang perlu obses sangat nak dengar bila ada cerita hot tak pun cerita sensasi? Maklumlah, mungkin baru keluar dari oven kan. Jadi semua orang lapar nak makan kan. Aku hairan. Cerita apa sebenarnya? Apa yang lazat sangat sampai semua isi luar dalam nak jilat? Tak kebas ke mulut sibuk cakap pasal semua orang sana sini?
Kau semua sibuk cakap topik selenge pasal dia. Sampai kau jumpa dia pun, kau buat dia macam sampah masyarakat. Kau tengok dia dari atas sampai hujung kaki. Salah dia apa? Langsung dia tak tarik bulu ketiak kau. Tapi kau semua kalau boleh nak tengok bulu ketiak dia warna apa. Mungkin kalau bulu ketiak dia warna voilet, pasti semua jeles. Kecoh lagilah kau cerita pasal dia kan.
Tolonglah. Sudahlah. Jahit kain kau-kau semua sendiri. Jangan sibuk nak jahit kain orang. Kau semua tak mahu ke ada life sendiri? Pasti ada melodi.
Subscribe to:
Posts (Atom)