28 July 2010

Anak Kecil ,


Biasalah budak kecil yang masih belum jumpa diri. Fikiran belum matang. Sudah pasti pendek akal. Diri pun masih mahu nak main-main tembak-menembak seperti dikala zaman kanak-kanak kan. Sebab itu bila besar pun sebegitu rupa. Diri pun masih ada rasa nak berbalas tembakan. Belum jumpa diri, tapi berlagak macam sudah lama makan garam.

Setiap saat, terasa diri dia yang paling cun, paling lawa, paling hot dan paling hebat. Dan bila orang cakap pun, dia terasa. Kenapa? Mungkin dia terlebih perasan ramai orang bercakap pasal dia. Jadi dia mula rasa hot sebab orang duduk sibuk cakap dia macam-macam. Padahal itu cuma perasaan dia saja, bukan kenyataannya.Dia tunjuk belang depan semua orang. Konon dia lah serigala. Mulut dia memang tak boleh pakai. Cakap tak ada toleransi langsung. Lempar semua rasa sakit hati dia dekat semua orang. Semua orang jadi mangsanya.

Dia tak open-minded. Bikin malu saja. Hal kecik, dia buat kecoh. Kalau rasa dia hebat, boleh settle face-to-face. Tak perlu babitkan orang lain. Kalau aku jadi dia, aku nak berbaik dengan semua orang. Duduk semeja, cakap baik-baik, mintak maaf sambil minum kopi. Tak perlu sampai nak berlutut dekat kaki dia kan.

Panas. Geram. Benci. Sedih. Segala bagai perasaan aku ada. Tahan, tahan air mata tu, aku kene kool.

27 July 2010

Main Lucah ,


I prefer to sit back and fuckin fuck you from the heart.

Kenapa selalu tak puas hati dengan kesenangan orang lain? Aku hairan, hairan sekali. Aku semua tak hairan setakat nak masuk persembahan koir tu. Kami tak lapar. Tapi kami dipelawa oleh cikgu kami. Kami bukan anak emas, tapi cikgu ketagihkan kami.

Kenapa kau harus pura-pura? Aku tahu, tapi kau saja buat ok-ok saja. Kau sanggup tipu semua orang untuk masuk koir tu jugak. Kau sudah main lucah. Kau fikir kau saja yang bijak. Tapi dari batin, kau memang bodoh. Menyampah sebenarnya nak cakap pasal kau lebih-lebih. Budi bahasa tak ada langsung, cakap tahik. Perasan diri kau bagus, boleh buat segala benda hal. Kenyataan tak begitu, sebab depan khalayak ramai kau sorang saja yang panik mudah gelabah tak tentu pasal. Peluh kau pun dapat menampung mandi harian kau selama seminggu.

Tak kisah lah apa jenis bentuk life kau. Asal kau tak cakap tahik pasal kami semua. Buang topik selenge kau. Semua itu basi. Makan, aku sedang kutuk kau.

26 July 2010

Kau ada life ?


Aku atau kau yang sedang membabibutakan sesuatu?

Baru aku sedar orang macam kau memang layak untuk digelar orang yang pendek akal. Memang nama kau top-ten dalam senarai. Kau memang suka tiru gaya orang. Bila orang beli anjing, kau pun beli sepuluh. Bila orang beli babi, kau beli jugak dan buang semua anjing-anjing kau. Kau pendek akal. Kau masih mentah, kau perasan kau sudah jumpa jati diri. Padahal yang kau jumpa hanyalah dalam longkang. Sebab itu kau macam syaitan.

Kau siapa sebenarnya? Makhluk tuhan jugak? Apa yang lazat sangat pasal hidup kau sampai semua orang nak jilat kau sana-sini. Kau tak pernah ada life sendiri ke? I may be a fuckin loser. But I guess compared to me and you,girl.i win most of the time. Aku nak cakap, aku tak suka cara life kau. Aku tak bajet life aku macam bunyi muzik merdu, tapi saja nak cakap.

Kau tak puas hati apa aku bilang? Kau tak suka aku? Baguslah, aku pun tak suka kau. Jadi kalau kau rasa kau dewasa boleh kita buat temu janji. Kita settle cara dewasa. Jumpa dekat mcd pun boleh tahan sambil jilat mcflurry.

Jadi tolong jangan kutip diri kau dalam longkang. Jijik semua aku tengok.

25 July 2010

Robek Hatinya


' Hadirmu bagai sinar mentari pagi. Menerangi lorong kelam lagi sunyi yang selama ini kulalui. Melenyapkan kedukaan yang bagai berkurun lama memenjara jiwaku dalam sepi. Terasa dulu, bahagia ada di mana-mana. hanya dirimu yang bertakhta di hati ' , berbisik perempuan itu dalam hatinya yang suci.

Perempuan itu serba-salah. Dia buntu. Rupanya pun sudah macam perempuan gila yang hilang anak. Dia dalam dilema sama ada mahu meninggalkan lelaki itu ataupun tidak. Dia tidak sanggup untuk menghadapi cubaan ini. Dia benar-benar mencintai lelaki itu. Malah dia sudah berkorban apa jua untuk lelaki itu. Mahligai cinta yang telah lama dibina dengan lelaki yang dicintai itu kini sudah hancur musnah meninggalkan anai-anai.

Tetapi apakan daya pabila teman kepada lelaki yang dicintainya itu memberitahunya bahawa lelaki itu mempunyai teman wanita lain. Perempuan itu amat sedih lelaki yang dicintai itu berlaku curang kepadanya. Betapa hancurnya hati wanita itu pabila dia mendengar berita buruk itu. Hancur luluh jiwa raganya. Seolah-olah dia adalah perempuan paling malang dalam dunia ini. Katanya seorang diri, mengadu kasih, 'Sanggupkah aku menghadapi cubaan ini? Sanggupkah aku membiarkannya bersama perempuan lain?' Dia buntu, buntu sekali. Apakah lelaki sememangnya dilahirkan untuk melukakan hati perempuan? Perempuan pula, selama mana harus membiarkan hati terus terluka?

Perempuan itu kini nekad.  Dia telah membuat keputusan untuk melepaskan lelaki yang dicintainya itu. Dia berharap semoga lelaki itu bahagia bersama perempuan yang dicintainya itu. Berbisik perempuan itu lagi, ' Adakah kau sudah memandang ke dalam mataku, selamilah jauh hingga ke dasarnya. Pasti yang akan kau lihat adalah rinduku terhadapmu dan kesucian cintaku padamu. Tapi, apakah getaran cinta yang meruntun hati hanya aku saja yang merasakannya? '

' Hatimu sebenarnya untuk siapa? Mengapa kau terus membisu pada ketika aku amat yakin yang aku bukan berbayang seorang diri? Aku tahu cintaku berbalas, tapi mengapa kini kau mula berlaku curang kepada aku seorang perempuan yang amat mencintai kau? Adakah cintaku dan kasihku belum cukup untuk kau? ' berbisik perempuan itu lagi dengan tangisan.

Perempuan itu tahu perhubungan mereka bukan satu janji syurga. Bukan janji bahagia, tapi sepenuh hati dan jiwa, dia telah pertaruhkan untuk lelaki itu. Dia sangka dia telah berkongsi impian yang serupa dalam membina istana bahagia bersama lelaki itu, tapi rupa-rupanya kehadirannya bagai tak bermakna apa-apa. Mungkin sejak kehadiran orang baru dalam hidup lelaki itu. Lelaki itu sudah melontar diri perempuan itu ke lembah duka nestapa tanpa meninggalkan rasa bersalah.

Sungguh kesucian perempuan itu tak tercela. Tapi lelaki itu buta tidak boleh melihat kesucian cinta perempuan itu terhadapnya. Perhubungan mereka berakhir begitu saja. Perempuan itu ibarat musafir di padang pasir yang dahagakan setitis kasih sayang lelaki itu. Menanti kembali saat lelaki itu datang kepadanya dengan penuh rindu. Tapi apakan daya, itu semua hanyalah mimpi semata-mata. Perempuan itu sudah tak berdaya berkawan dengan angan-angan bertemankan bayang-bayang.

Apakah sememangnya lelaki dilahirkan untk melukakan hati perempuan? Dan perempuan pula, selama mana harus membiarkan hati terus terluka dan diperbodohkan oleh lelaki?

23 July 2010

Tujuh Belas Tahun


Your sweet moonbeam, the smell of you in every single i dream. I knew when we collided, you're the one i have decide who's one of my kind. I knew i wouldn't forget you, and so i went and let you blow my mind.

Happy 17th. May god bless you Muhammad Nuruddin. Sayang kau jantan :)

Selamat ulang tahun, I Love You.

Kasi punggung ,


Malam gala ini aku nak cakap pasal cikgu matematik tambahan aku. Kau semua ada ? Aku ada satu, dia hebat sangat mengalahkan ultraman. Mungkin dia tak sehebat cikgu kau. Tapi aku nak celupar sikit malam ini, cikgu tu kuat perasan. Tiap kali masuk kelas, dah nampak hidung dia selalu kembang mengalahkan hidung gajah. Mungkin dia perasan dia sudah berjaya mendidik aku semua dengan baik. Lagi menarik, tiap kali dia msuk kelas, pasti aku semua boleh hidu bau budu keluar dari mulut dia. Oh amat wangi pada luaran, dalaman memang berkulat basi. Benci sangat bila dia suka banyak merapu. Maaflah, bukan nak kutuk , tapi nak keluarkan rasa ketidakpuasan dalam diri. Aku tak nak hipokrit depan semua orang, kalau aku nak kata, aku kata. Jika aku biadap, memang cara aku begini, tak pernah pun cakap aku sempurna kan. Cikgu tu rasa dia menteri, ikut suka hati nak denda sesiapa dia suka. Rasa dia ada kuasa, nak suruh pelajar berdiri atas meja. Jika rasa hebat sangat, kenapa suruh pelajar berdiri atas meja ? Bukan ada ilmu bawa meja ? Ini mungkin bagi sesetengah pelajar yang suka tinggalkan buku di bawah meja seperti aku, tak asing lagi budak malas kan. Cikgu, maaflah, saya tak suka cikgu. Semua formula matematik tambahan yang cikgu ajar, saya tak hafal. Sebab saya tak suka cikgu. Tapi semua latihan cikgu saya siapkan, saya tiru kawan saya. Sekian terima kasih. Kau ada cikgu rupa sebegini ? Jika ada, kiamat sekolah.

20 July 2010

Minah Kepoh ,


Banyak minah-minah yang boleh buat aku rasa loya atau nak muntah. Pagi-pagi pergi sekolah dah buka mulut cerita macam-macam story. Tak boleh dinafikan, aku pun begitu dan mungkin lumrah perempuan macam tu kan. Tapi mungkin tak semua minah macam tulah kan. Kadang-kadang ada minah ni berlagak tahu semua tentang artis. Konon semua mamat-mamat yang handsome, yang muka macam bangkai belalang, mereka punya lah. Lagi, semua tentang dunia fesyen, minah ni perasan dia maju, dia tahu semua tentang perkembangan fesyen. Padahal, Amin Jauhary pun tak kenal, nak berlagak depan semua orang hebat tentang fesyen. Pakai kain pun rabak, nak cakap pasal fesyen. Ada jugak minah ni yang rasa diri dia lawa, rasa cantik macam bidadari syurga, tiap-tiap saat berdiri depan cermin ajaib, tanya siapa yang paling lawa. Mungkin minah ni terdengar cermin tu cakap dia paling lawa. Kenyataan, muka macam tapai basi nak berlagak muka suci kan. Maaf, aku tahu aku tak secantik bidadari tapi ini kebenaran. Sudahlah, buang topik selenge kau minah, tiada siapa nak dengar.

Counter-Attack ,


Setelah sekian lama baru boleh pegang benda ni kan. Benda ni pun macam berpaling muka dengan aku. Konon nak mengajuk lah. Maaflah, ada banyak masalah yang berlaku kan, tak sempat nak gilap benda ni. Sekarang nak ucap takziah buat ayah saudara aku yang telah kembali ke rahmatullah. Moga rohnya dicucuri rahmat. Amin. Aku rasa aku sudah cukup dewasa, boleh buat apa yang aku mahu. Tapi kenyataan belum lagi. Aku rasa otak aku pun makin hari makin dewasa, jadi aku terfikir bila aku nak habiskan pembelajaran aku? Bila aku nak jadi manusia yang berguna? Mungkin esok atau sekarang pun boleh. Tapi itu pun kalau ada nenek sihir yang bagi kuasa magik dekat aku. Lupa, itu hanya fantasi. Atau ada siapa-siapa yang rasa diri dia bijak nak syorkan dirinya bagi dekat aku? Itu macam bunyi sumbang, kerja bodoh. Jangan nak berlagak permaisuri, aku tahu aku siapa, hidup nak kena banting tulangkan. Kalau tak, buat apa pijak atas perut bumi ini.

02 July 2010

Bumi Tua Ini ,


Kalau boleh aku mahu jadi burung. Lagi hebat, aku mahu jadi superman. Supaya senang aku nak menjaga bumi. Aku tidak gagah, tapi aku mahu selamatkan bumi. Makin hari, bumi makin letih berputar. Makin ramai yang berpijak atas perut bumi. Dan makin ramai yang sombong dengan bumi. Bumi sudah tidak suci lagi. Penuh dengan maksiat, penuh dengan dosa, penuh dengan alam sekitar yang tidak sihat. Maaf, jangan kutuk aku, aku tahu aku juga tidak sempurna. Mereka fikir mereka sudah hebat apabila berpijak di atas muka bumi yang satu. Mereka fikir mereka sudah punya kuasa hebat yang boleh buat sesuka hati mereka. Mereka alpa, meraka masih mabuk dengan nikmat dunia, mereka lupa yang mereka hidup tidak lama. Bumi sudah tua, jadi kita jangan berlagak kita lebih tua daripada bumi. Jika aku punya duit, aku nak sebarkan semua berita dekat semua siaran tv, dekat semua dada-dada akhbar, dekat semua batang-batang pokok supaya mereka berbakti dengan bumi, Supaya mereka berjasa dengan bumi. Dan supaya mereka bersahabat karib dengan bumi. Aku boleh bagi tabik spring dekat sapa-sapa yang menyayangi bumi. Tapi aku sedih, mustahil aku boleh jadi superman.

WatchThis !

Crushdamnwork


Dah berhabuk binatang ni. Lama sudah tak beri makan. Maaf, banyak hal perlu aku buat. Hai bulan Julai. Macam biasa sudah pasti aku mahu ucap selamat tinggal pada bulan Jun. Harap jumpa lagi tahun depan. Gua nak cakap, perkhemahan itu hari dekat Pulau Bidong boleh bagi empat bintang. Memang seronok, memang kalau boleh aku tak mahu pulang rumah. Malam pertama tidur dalam khemah, ribut kuat datang melanda. Stay kool semua, jangan panik. Itu semua sementara. Ribut sudah tiada. Malas nak cerita banyak-banyak sebab itu semua aku yakin esok tak habis lagi. Aku mahu seronok lagi, minggu depan mahu ikut perkhemahan lagi. Harap lebih seronok. Dapat main masak-masak dengan kawan. Tambahan, dapat mengimbau kembali zaman kanak-kanak yang dulu suka main-main masak. Tapi malang bila sudah dewasa malas sekali nak masuk dapur. Maklumlah, lumrah perempuan zaman sekarang. Semua orang tahukan, bila dengar musik semua pasti terhibur. Bagi yang tak rasa apa-apa, mungkin patut jumpa pakar jiwa. Aku rasa tiap masa aku harus dipenuhi dengan bunyi-bunyi musik. Biar aku terhibur tak perlu susah-susah fikir banyak benda. Aku sudah bosan belajar, sudah bosan dengar cikgu membebel. Tapi kenyataan, aku masih lagi budak belasan tahun dan masih lagi pelajar sekolah yang harus patuhi undang-undang sekolah. Itu tidak boleh aku nafikannya.