24 February 2010
Tragedi Budak Malas
Sudah lama tak menekan papan kekunci. Maklumlah wahai semester alam, aku sibuk sekarang kerana jadi orang yang pemalas sebab semua kerja sekolah yang sudah tertangguh aku menyuruh kawan aku tolong buatkan untuk aku tapi aku harus bagi upah lah dekat dia kan. Budak bagus ke aku ni ? Senyap, jangan perasan aku budak bagus. Terima kasih Amalia sudah siapkan semua kerja sekolah aku. Tambahan, hari isnin cikgu aku paksa aku suruh masuk aktiviti sukantara. Wah, kau sudah lupa yang aku ini tak boleh sukan ? Kau nak angkat aku apa bawak ke kubur. Tapi dengan kuatnya, aku tetap melontar peluru yang seberat gajah tetapi tidak dapat apa apa mata. Hampa sudah. Masih ada lagi harapan dan sedikit tenaga, aku berlari dengan pantasnya dengan bersaing sepuluh orang perempuan, dan akhirnya aku mendapat juga mata. Hasil tenaga yang aku curahkan, aku tidak hampa lagi. Dan cikgu menyuruh aku bertanding antara rumah semasa hari kejohanan. Tapi malangnya keesokkan harinya, hari selasa aku tidak kesekolah disebabkan sakit kaki dan tak sihat. Jangan menyesal, padan muka aku juga yang mengada nak berlari kan. Malang lagi, aku disegarakan dibawa ke klinik lagi, dalam hati aku, sudah bosan selalu ke klinik. Doktor cakap, buat sementara waktu aku tidak boleh terlibat dengan apa apa aktiviti sukan, mesti simpan dulu segala kuasa yang aku ada. Dalam jiwa aku, hampa lagi aku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.