12 February 2010

Kaunter Pertanyaan


Akhirnya aku ke sekolah juga macam biasa. Terasa macam budak baru balik sebab sudah lama tak ke sekolah. Dan diri aku macam kaunter pertanyaan sebab aku dapat macam macam soalan. Semua tanya aku sebab apa aku tak ke sekolah sampai budak lelaki cakap kat aku ingat sudah mati. Haha, jahat. Sesetengah cakap, 'Nah, ambik darah aku ni kasik kat kau'. Dalam hati aku, uh tak payah. aku tak perlukan darah kau.' Hahaha. Tapi banyak kerja sekolah yang terpaksa aku siapkan, sangat benci. Kadang kadang terasa badan macam sudah tak berguna sebab kawan kawan aku semua boleh masuk aktiviti sukan tapi aku hanya boleh berhitam mata melihat gelagat kau semua main sukan, sepak bola pecah tingkap terakhir kena marah baru padan muka. Kepada syalia akhirnya kau pindah juga dari sheh malek dan aku doakan kau makin berjaya di sekolah baru.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.