15 February 2010

Baling Lempar Terus

 

Kalau boleh nak kasik lempar muka dekat laut merah , jangan timbul sampai 2012. Malu macam nak hantuk muka dekat atas jalan raya sebab tadi terjatuh di sekitar pintu pagar giant. Ini terjadi sebab aku terlalu yakin dengan diri yang tak berapa pandai dengan mengadanya menyandar di belakang badan aku punya pertalian darah iaitu sepupu aku, pada masa yang sama bodyguard 24jam dengan tanpa gaji, dan dengan sepantas arnabnya dia lari dan aku belum sempat mempertahankan diri dan akhirnya jatuh bergolek aku tafsirkan macam disengajakan. Tetapi secara amnya mmg takdir aku nak jatuh dan nasib baik sekitar itu orang sudah tidak terlalu ramai kerana sudah hampir larut malam. Untuk tahan malu, aku gelak besar tanpa memikirkan apa apa kesakitan sambil melihat mat mat bangla yang sudah pulang kerja di mydin pasaranya membosankan. Wah macam orang bodoh saja aku bilang tadi. Aku nak tambah, saja nak ucap happy valentine day untuk orang bukan tersayang. Untuk warga cina bermata sepet, selamat tahun baru cina untuk kau semua, limau kau aku tak ketagih. Jaga harimau dan si naga kau baik baik.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.