Sudah lama aku tak mengambil tahu dunia luar. Sudah hampir lebih sepuluh hari aku tidak hadirkan diri ke sekolah. Akitiviti haria aku hanya duduk dalam bilik makan ubat yang amat menyakitkan aku dan ini hari aku masih belum ke sekolah sebab aku masih tidak larat. Aku baru sahaja keluar dari rumah sakit yang amat menakutkan. Doktor mengesahkan aku kurang darah iaitu dipanggil penyakit anemia. Aku pun tak tahu punca apa penyakit itu dan doktor masih mengkaji. Aku hanya berserah pada tuhan aku cepat sembuh. Amin. Penyakit ini membuat aku kelihatan letih dan kurang bertenaga macam dulu. Aku harap aku dapat ke sekolah macam biasa sebab aku sudah banyak tertinggal pelajaran. Dan yang lain aku harap kau sihat. Aku tak kisah kau tak ambil berat pasal aku tapi aku harap kau jangan lupa aku dan kata kata kau sebelum kita berpisah. Aku tahu diri aku tak bertenaga macam kau semua dan kita sudah bukan macam dulu lagi yang selalu berjenaka. Sebab sekarang kau semua sudah di dunia lain sisihkan aku. Aku terima dengan hati terbuka.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.