12 October 2011

Yang Namanya Cinta Harus Bahagia (i)


Awan mendung yang seakan hujan bakal turun menimpa bumi. Menampar diri ke ingatan sisi masa gelap lalu. Burung-burung beterbangan mencari tempat berteduh. Dinginnya suasana sampai meresap ke tubuh. Tulang-temulang seakan mahu rapuh kerna terlalu sejuk, hati membeku. Melihat indahnya dunia betapa nikmatnya dunia tuhan berikan. Lalu hati perempuan itu membisik, 'Kalau dunia bisa diputarkan, aku pinta tuhan kembalikan dunia aku yang pernah jadi paling terindah dulu. Aku masih ingat, dulu aku tersangat bahagia. Kalau dulu lelaki itu yang selalu ada di pelukan aku, tidak kira bagaimanapun keadaan aku, aku tetap senyum. Tapi itu mustahil, semua itu hanya sejarah buat aku. Semua telah berakhir. '

Perempuan yang tetap teguh berdiri walaupun memiliki hati yang telah sekian lama bengkok. Perempuan yang tetap sabar dengan semua ujian hidup. Perempuan yang tetap melakar senyuman di wajah walaupun mempunyai seribu luka dihati yang belum terubat kerna belum ada penawarnya. Hatinya membisik lagi, 'Kalau dulu lelaki itu pernah menemani hati aku yang sunyi, menemani tidur malamku, tapi sekarang bukan lagi. Lelaki itu juga pernah memberi warna dalam hidup aku. Tapi bukan untuk detik ini lagi. Bukan bukan.'

Kalau dulu lelaki itu pernah menjaga perempuan itu untuk sekian lama. Segala janji manis dia terpahat dihati perempuan itu. Setiap detik yang berlalu, kata-kata janji manis itu tidak pernah dilupakan. Masih ingat pertama kali kenal, lelaki itu mencari seribu cara untuk memiliki hati perempuan itu. Walau susah, dia tetap berusaha. Lelaki itu menabur biji-biji kasih sayang membuat perempuan itu melayang. Pada akhirnya, hati mereka berdua saling bergabung. Lelaki itu mengikat janji manis kepada perempuan itu, ' Hai si penyeri hidupku, tolong jadikan dunia yang terindah buat aku. Aku mahu kau tahu, cuma kamu perempuan yang bisa miliki hati aku dan aku harap kamu adalah yang terakhir buat aku. Tolong jaga pandangan kamu hanya buat aku tanpa sesaat pun melihat pria lain. Tanpa kamu, aku akan berhenti bernafas. Cinta aku buat kamu takkan pernah terhapus kecuali ajal yang memisahkan kita. Tolong pegang segala janji-janji aku. '

Untuk berpuluh ratus hari mereka tetap bersama. Cinta mereka masih lagi mekar ibarat kuntuman bunga yang baru berputik di mentari pagi. Semua gelak tawa pahit manis mereka kongsi bersama. Mereka melangkah ke arah yang sama. Tiba satu ketika, banyak situasi sudah berubah antara mereka. Tingkah laku lelaki itu menimbulkan seribu persoalan di fikiran perempuan itu. Lelaki itu bukan seperti di awal perkenalan dulu. Satu detik, tibalah ulang tahun lelaki itu. Perempuan itu merencanakan sesuatu untuk lelaki itu. Dia membuat satu kejutan besar untuk lelaki itu sampaikan lelaki itu tidak tahu bagaimana cara untuk berterima kasih untuk perempuan itu. Malangnya, pada hari ulang tahun lelaki itu, lelaki itu memberitahu perempuan tersebut, ' Sayang, maafkan aku. Aku tidak boleh lama, aku harus pulang cepat. Sebab ada urusan yang lebih penting perlu aku uruskan. Aku harap kamu bisa mengerti. Terima kasih untuk semua benda yang sudah kamu lakukan, aku hargai. ' Lantas perempuan itu menyapa, 'Aku faham. Kamu hadir, itu sudah cukup buat aku. Aku lakukan ini kerna aku mahu kukuhkan bukti yang aku benar-benar cinta sama kamu. Percayalah yang aku tidak pernah berdusta, yang hati aku tidak pernah buta, cuma kamu yang terbaik. Sebelum kamu pulang, ambillah hadiah ini untuk kamu simpan. Jaga ia, ikhlas aku berikan hanya untuk kamu. '

Matahari mula terbenam. Tiba sudah malam yang begitu dingin mendengar sayu angin yang bertiup kencang diluar sana. Perempuan itu menjengah keluar tingkap untuk melihat keadaan cuaca diluar. Lebatnya hujan membanjiri bumi, kuatnya bunyi guruh seperti ada sesuatu buruk yang bakal terjadi. Tiba-tiba terdengar bunyi satu pesanan mesej lantas perempuan itu melihat di paparan skrin. Mesej daripada kawan kekasihnya itu, ' Seronok sambut ulang tahun kekasih ? Untunglah ada teman wanita yang sanggup buat apa saja macam kamu. Aku mesej kamu ni hanya ingin tinggalkan satu pesan. Aku bukan nak mereka cerita atau nak rosakkan hubungan kamu berdua, tapi aku hanya ingin sampaikan apa yang aku lihat biar kamu tidak terus ditipu. Biar kamu tidak terus didustai. Bukalah mata kamu, kekasihmu itu telah mencurangi kamu. Dia telah bersama dengan perempuan lain, aku lihat dia lagi seronok berpegangan tangan. Kamu beranikan diri kamu, jangan terus percaya dengan kata aku, kamu siasat dulu biar jelas semuanya. Kamu suruh dia berkata jujur. Tolong ambil kisah apa yang aku sampaikan kerna aku tak mahu kamu kecewa nanti. '

Terdengar bunyi telefon jatuh ke lantai. Berkecai semuanya seperti mana hati perempuan itu hancur, remuk. Airmata membasahi pipi tika itu. Rasa seperti mimpi. Sampai saat itu, satu panggilan pun tiada dari lelaki itu. Kalau dulu, hati selalu rindu, lelaki itu sering menelefon perempuan itu. Kini tiada lagi, telefon tidak lagi berdering seperti biasa. Dia sendiri tidak tahu untuk membuat keputusan yang mana benar dan yang mana tidak. Dia perempuan yang kuat, tabah hadapi ini. Dia tekad untuk menanyakan hal itu kepada lelaki itu lalu menghantar pesanan mesej kepadanya, ' Kamu masih perlu aku ? Kamu masih sayang aku ? Kamu sudah ada perempuan lain selain daripada aku ? Benar semua apa yang dibilang kawan kamu ? ' Dengan mudahnya lelaki itu balas, ' Ya, memang benar. Maafkan aku, aku memang sedang memiliki perempuan lain sekarang ini, sejak empat bulan yang lalu. Tapi yang pasti aku masih perlukan kamu. Aku masih sayang kamu. '

Dengan hati yang seolah-olah terbelah dua, perempuan itu meraung kesedihan lalu membalas mesej lelaki itu. ' Tegar kamu lakukan ini pada aku ? Kamu sudah lupa semua janji-janji kamu ? Kamu masih ingat sepurnama dulu aku pesan pada kamu, " Sayang, jangan khianati cinta kita. Tolong selalu setia disamping aku. Aku mahu kamu boleh jaga aku buat selamanya. Bina mahligai yang bahgia. Tolong kuncikan aku dihati kamu untuk selamanya. " Kata-kata itu masih kamu simpan ? Selama ini siapa aku dihati kamu ? Atas kerna apa kamu mendustai aku ? Apa belum cukup apa yang aku korbankan buat kamu ? Apa aku belum setia, belum cukup sempurna untuk kamu ? Aku masih pegang janji kamu tapi kenapa kamu tidak bisa pegang janji aku ? Kalau kau masih perlu, kenapa mesti bermain cinta dengan perempuan lain ? Apa kamu fikir aku seperti boneka ? Lelaki itu membalas lagi, ' Aku tidak pernah lupa akan semua janji-janji kita. Aku tahu ini satu kesilapan besar yang pernah aku buat. Tolong faham situasi aku, aku belum cukup matang untuk hal-hal ini, oleh kerna itu hal-hal sebegini boleh terjadi. Kalau kau tidak boleh terima silap aku, kau lupakan aku dan tinggalkan aku. Kalau kau masih mahu bersama aku, tolong berikan aku peluang. '

Dengan pantas perempuan itu berkata, ' Hati aku sakit tiada siapa yang nampak. Aku sedang parah. Bukan mudah untuk aku terima salah kamu dan bukan mudah juga untuk aku kehilangan kamu. Bukan senang aku nak buang rasa cinta ini. Aku tak rela untuk tanggung derita jika tidak bisa hidup bersama kamu. Kalau kamu lebih perlukan aku, lebih sayangkan aku, kamu tinggalkan semuanya hanya untuk aku kalau kamu sanggup. Kalau kamu tidak sanggup, aku akan melangkah pergi demi melihat kamu bahagia.' Lelaki itu berkata lagi, ' Terima kasih kerna terima akan silapnya aku. Berikan aku masa, aku janji aku akan tinggalkan semuanya demi kamu. Aku janji aku takkan kecewakan kamu lagi. '

Dan untuk hari-hari seterusnya, mereka masih lagi bersama. Tapi keadaan tidak pernah sama seperti di awal perkenalan. Banyak duka daripada suka. Tiap detik perempuan itu ditemani airmata yang menghias pipi bukan lagi senyum tawa. Lelaki itu tidak mampu lagi membahagiakannya lagi. Peritnya rasa seperti hati yang dicincang-cincang. Ada satu ketika, perempuan itu ternampak lelaki itu sedang bermadu asmara dengan seorang perempuan lain di suatu tempat ketika dia sedang menuju ke suatu tempat. Alangkah terkejut dia saat itu membuat diri menjadi kaku. Beku semuanya seolah-olah ada sesuatu yang merasuk ke jiwa. Seperti duri yang mencucuk hati.  Bercucuran airmata yang keluar. Tanpa berfikir, perempuan itu secepatnya berhadapan lelaki itu lantas lelaki itu begitu terkejut melihat perempuan itu muncul dihadapannya. Lidah menjadi kelu tidak boleh berkata apa-apa. Cuma sebaris ayat yang terkeluar daripada lelaki itu, ' Apa kamu sedang buat di sini ? Kamu kelihatan seperti lagi sedih ? Kenalkan ini kekasih saya. ' Tanpa berkata apa-apa, perempuan itu lalu melangkah pergi membawa hati yang lara. Hati yang suci mencintai lelaki itu terbang tinggi membawa seribu luka. Hati perempuan itu membisik sendirian, ' Perkara ini yang buat aku betul-betul kecewa. Aku merasakan separuh mati. Hebat sungguh dugaan yang kau berikan tuhan. Apa aku mencintai lelaki yang salah ? Apa selama ini aku hanya diperbodohkan ? '

Perempuan itu betul-betul merasakan dirinya berada di tahap yang paling bawah. Kali ini dia betul-betul nekad. Hatinya berkata, ' Mungkin dia bukan untuk aku dan mungkin juga dia bukan jodoh aku. Biarlah aku yang pergi membawa hati yang lara ini demi kebahagiaan dia. Aku pinta dia bahagia bersama perempuan yang betul-betul diingininya. Mungkin waktu aku bersama dia terbuang begitu saja tanpa membawa apa-apa erti. ' Perempuan itu membuat keputusan untuk melupakan semua. Semua tentang mereka berdua. Lantas dia menghantar sekeping mesej buat terakhir kalinya untuk lelaki itu, ' Hai lelaki yang pernah menjadi idaman hati aku. Terima kasih kerna pernah buat aku merasa bahagia hidup sama kamu walaupun cuma untuk sepurnama. Aku akan melangkah pergi selamanya dari kehidupan kamu tanpa sekali pun aku berpatah balik. Memang benar aku sakit kerna derita yang kamu berikan sekarang untuk aku. Aku terima semuanya. Mungkin aku bukan orang yang benar untuk miliki hati kamu dan mungkin kamu bukan orang yang benar untuk miliki hati aku. Mungkin aku bertemu dengan orang yang salah dulu baru nanti aku bertemu dengan orang yang benar. Terima kasih kerna telah menghancurkan hubungan kita, terima kasih kerna mengkhianati cinta dan kepercayaan aku. Selama ini aku hanya dipermainkan seperti boneka yang tak pernah punya hati dan perasaan. Biar aku yang merasa sakit, sedih, jatuh tersungkur, derita, tapi jangan pernah dicanang kisah barumu, kerna aku pasti kisah kita kan menghantui tidur malammu dan aku percaya karma itu ada dimana-mana. Suatu hari nanti kamu akan tetap menyesal. Segala kenangan indah yang kita coretkan, akan aku kuburkan. Biarlah yang tinggal hanya batu nisan. ' Lelaki itu cuma berkata, ' Maaf untuk segala hal. Mungkin aku bukan yang terbaik untuk kamu. '

Lalu pergilah sebuah cinta yang tidak kesampaian. Musnahlah sebuah hubungan cinta yang tinggal hanyalah memori. Pergilah perempuan itu sejauh yang mungkin dari kenangan-kenangan lama yang hanya membuat dia rindu dan derita akan semua. Perempuan itu berasa dungu, buntu dan menjadi tidak tentu arah. Payah sebenarnya untuk meninggalkan semua yang pernah menjadi hak miliknya, tapi ini semua kemahuan tuhan. Mungkin selepas ini perempuan itu akan takut akan sesuatu. Takut untuk mendengar sesuatu perkataan yang akan terpancul dari bibir seseorang. Permainan apa pula selepas ini ? Pada dasarnya, perempuan itu tidak berdaya lagi untuk bermain dengan permainan dunia. Tapi dia masih mencuba, dia tahu masih ada sinar harapan buat dia disana. Tak kira sepalat manapun kehidupan dia, dia tahu tuhan selalu bagi peluang untuk menjadi seorang yang lebih bahagia kelak. Dengan sejarah jugalah dia belajar untuk bangkit daripada terus ditindas dan ditipu macam boneka. Apa yang perempuan itu harapkan selama ini mungkin tidak menjadi kenyataan. Mungkin ia bukan satu kisah yang gembira pada akhirnya. Bukan seperti kisah-kisah dongeng yang bahagia. Tapi mungkin satu kisah antara dia dan lelaki itu. Kisah yang terhenti begitu saja tanpa membawa apa-apa erti. Hati perempuan itu berbisik, ' Kalau dulu aku pernah berjanji, yang aku sayang cuma sama kamu, dan sayang itu akan aku bawa sampai bila-bila. Walau kamu bukan milik aku lagi, aku akan tetap bawa sayang itu kemana jua aku melangkah pergi kerna sayang ini begitu sukar untuk aku lepaskan. Cinta itu tidak semestinya harus dimiliki. Mungkin selepas ini payah untuk aku bermain cinta lagi kerna aku takut aku akan jatuh tersungkur lagi. Selamat tinggal cinta sepenggalan. '

10 October 2011

Selamat Satu Tahun.


Terima kasih untuk selama tiga ratus enam puluh lima hari. Selamat ulang tahun genap yang ke satu tahun kekasih. I love you.

Terima kasih kerna sudi jadi putera hati yang kecil ini. Terima kasih kerna sudi mengisi ruang yang ada. Segala gurau kasar, gurau lembut, karenah budak manja, budak degil, budak kuat menangis, karenah budak yang suka naik angin. Segala aktiviti kentut yang tak tersengaja keluar, menyanyi lagu sumbang sama-sama, menangis sama-sama, buat lawak bodoh sama-sama, korek hidung sama-sama dan yang semuanya sama-sama harap dihalalkan selama bersama. Semua kenangan indah dan pahit yang tidak boleh aku bilang dengan jari, tidak akan pernah aku buang di lautan pasifik. Tetap aku kunci di dalam memori ingatan aku walaupun memori sudah full.

Segala salah silap selama perkenalan, harap diampunkan. Kalau ada rasa ketidak-puashatian, boleh bagi penumbuk satu. Untuk baris ayat akhir, aku harap kamu tetap berada di dalam sangkar yang telah aku kunci ini sampai kapan pun. Berkatilah kami ya Allah. Amin.

07 October 2011

Selamanya Akan Tetap Hina .


Dulu masih muda, masih sempurna, masih cantik, masih disayangi, masih mulia dan masih diperlukan. Setiap detik, pasti ada orang yang prihatin. Setiap minit, pasti ada orang yang mengambil berat. Sebab semuanya masih sempurna dari segi luarannya.

Binatang jijik itu, bukan macam dulu kala lagi. Semuanya dah berubah. Selalu dipandang hina oleh masyarakat. Dibuang terus dari pandangan. Anjing itu berkurap, tubuh disaluti najis. Bulu-bulu berwarna putih kelihatan kelabu kerna kotor dan luka yang bernanah hitam ternganga luas. Kelihatan sungguh jelik, langsung tidak dipedulikan masyarakat.

Di setiap sudut, menanti simpati, mengharap akan ihsan manusia, menyalak tanda meminta secebis makanan sebagai alas perut untuk teruskan hidup. Tapi tetap tidak dihiraukan. Suara anjing itu ibarat tiada siapa yang dengar, tenggelam oleh kebisingan masyarakat pada masa ini. Jadi makanlah sisa-sisa makanan yang dibuang. Kalau dah dipanggil hina, tiada siapa yang sudi. Kalau dah luaran buruk dan hodoh, tiada siapa yang mahu. Kalau dah tak berguna, tiada siapa yang perlu. Itulah manusia sekarang. Malang, anjing itu akan tetap dipandang hina selamanya dimata masyarakat. Kasihan anjing itu sedikit pun tidak berdosa.

Datanglah seorang warga emas, memberi sedikit makanan kepada anjing itu dengan penuh simpati dan berkata, ' Hai anjing yang dipandang hina, apakah dosamu sampai begini nasibmu ? Apa mereka semua tidak tahu yang kamu juga makhluk ciptaan tuhan ? Walau sejijik manapun kamu, walau sekotor manapun kamu, kamu tetap setaraf dengan mereka-mereka diluar sana, makhluk yang diciptakan tuhan. Kalau mereka manusia yang punya akal, mereka tidak akan melayan kamu sebegini. Mereka dihidupkan di atas dunia ini, telah diberi amanah oleh tuhan untuk menjaga binatang seperti kamu, tapi adakah mereka sudah alpa ? Mereka hanyut dengan nikmat dunia. Kamu juga pantas mendapat hak diatas dunia ini. Kamu punya hak untuk merasa nikmat yang dikurniakan tuhan. Aku tahu, mereka cuma nampak kamu jijik diluar, tapi mereka tidak tahu dalam hati kamu tidak pernah punya niat jahat pada orang lain kerna hati mu itu sungguh suci, kamu punya nawaitu yang baik, tidak sedikitpun kotor. Hati kamu sedang luka kerna dicaci, dihina oleh masyarakat. Walau binatang, kamu juga punya hati dan perasaan. Aku mengerti. Tetaplah bersabar wahai binatang yang dipandang hina, tuhan itu ada. '

Lalu pergilah warga emas itu mengukir senyuman di wajah tanda gembira kerna sudah dapat menolong seekor anjing yang jijik. Kabur dari pandangan yang kasar, warga emas itu tiba-tiba terperanjat melihat sebuah kereta menghampirinya. Tapi lantas anjing yang tidak berguna itu berlari ke arah warga emas itu lalu dilanggar oleh kereta itu. Warga emas itu berjaya diselamatkan. Mata-mata masyarakat yang melihat eksiden ketika itu terkesima bagaikan mimpi. Seekor anjing yang jijik, hina dan tidak berguna menyelamatkan nyawa seorang warga emas. Oh magisnya, hebat sungguh takdir tuhan. Warga emas itu menangis akan nasib yang ditimpa anjing itu yang sedikitpun tidak punya dosa, darah yang mengalir dari tubuh anjing itu tanda betapa sakitnya ia dihina masyarakat. Pergilah seekor anjing yang pada dasarnya begitu berharga. Masyarakat baru jelas dari semua pandangan matanya bila melihat kehebatan anjing itu, sesungguhnya betapa bergunanya ia.

Kerana manusia yang tidak berhati perut tidak pernah nampak kesucian sesuatu benda. Lebih suka menilai berdasarkan luarannya. Kesucian hati mereka tidak pernah ambil endah. Bila sudah tiada, baru tahu apa itu untuk lebih menghargai. Bila sudah pergi untuk selamanya, baru tahu untuk rasa menyesal. Baru tahu untuk merasa sedih. Tidak perlu lagi kerna tiada gunanya lagi. Yang pergi tetap pergi. Jadi hargailah sesuatu benda selagi masih ada. Dan kerna kita dikurniakan sebagai manusia untuk mensyukuri apa yang diberikan tuhan. Disetiap benda yang tuhan turunkan walaupun sebesar kuman, ia tetap perlu dihargai.

Can You See What I See .


Well, I honestly saw it coming, it was predictable. Seperti mana yang diharapkan selama ni. It was pretty close, to reaching that famous happy ending. Now, aku punya dunia aku sendiri. I don't know when I created it, I don't know how it started, but I'm living in it right now. Sedikitpun tiada perbezaan dengan planet yang kamu tinggal, yang kamu turut panggil bumi. It's got pretty much the same trees and bushes. It has a moon, a sun, and stars just like the ones you see everyday. Sama macam aku, kehidupan aku. Setiap yang aku jalani, sama seperti kamu. I can stare at you in awe with a smile or a grin on my face without fail anytime.

Kadang-kadang, aku takut untuk menerima akan sebuah realiti. Aku takut aku tak boleh nak kawal diri dalam sesebuah kenyataan. Fate. Sebab tu, I used to not be very good with reality. But now that I've grown, I have learned to be more accepting. I accept a lot that comes way in my way life. Semua yang tuhan uji aku, aku terima. Sebab aku tahu itu semua baik untuk aku, tiada satu pun yang buruk untuk aku. Tapi disetiap benda yang menyakitkan aku, aku tahu semua tu ada hikmah disebaliknya. I avoid from seeing, hearing or reading things that would only hurt my feelings. And so far, it's not been doing me any harm so I guess that's part of growing up.

How do I put it into my words ? How do I tell you. Bagaimana bagaimana dan bagaimana. Kalau dulu pernah aku bilang, 'Tuhan, tolong hentikan waktu agar aku bisa bahagia dengan dia untuk waktu yang lebih lama.' Tapi masa takkan berhenti selagi dunia ini masih berputar. The clock is ticking, and it isn't to stop for anyone. What's going happen ? Aku takut, aku sentiasa takut. Takut akan satu saat nanti. Sebab aku takut kalau apa yang aku harapkan selama ni untuk bersama dia, semua mimpi indah, tidak menjadi kenyataan, tidak menjadi hak milik aku. Takut semuanya hanyalah mainan fantasi. Selama ni aku dan dia cuma berharap dan berusaha biar semua tu akan tetap jadi hak milik kami jua. Tapi tuhan itu sudah suratkan sesuatu buat aku dan dia. Maybe. Maybe God wouldn't allow that, maybe God will. No one knows how things will be and one wrong step, can change our whole lives.

Dan untuk saat ini, aku menunggu satu detik yang akan tiba. Bila sampai detik itu, its time to wake up. Aku akan bangun dan melompat-lompat tanda keriangan lantas aku jerit, 'Tuhan, terima kasih kerna masih izinkan aku untuk bersama dia hingga saat ini. Untuk saat-saat yang seterusnya, aku pinta aku masih bersama dia.' Bila sampai detik itu nanti, aku nak pegang erat tangan dia, dan aku nak katakan pada dia cuma sebaris ayat, biar dia tidak pernah lupa, 'Kekasih, tolong jangan lepas pegangan erat tanganku selagi aku masih ada disamping kamu.' Hanya sebaris ayat, moga tidak pernah luput diingatan. Kelak, kita tidak tahu bagaimana kita. Kita tidak tahu dimana kita. I don't know what's going happen in the next few months or years, and that scares me a little. Whatever it is, though, I can't wait to find out. Setiap detik, cuma berharap kamu sentiasa ada didalam hati kecil ini kemana pun aku melangkah.

03 October 2011

Nadi Terhenti .


' Karena di dunia ini ngak ada yang abadi. Gue ngak siap untuk kehilangan seseorang lagi. Jadi benarkan gue bilang, tuhan menciptakan kamu itu hanya untuk gue, bukan untuk orang lain. '

Aku terpana. Aku melihat indahnya suasana di luar kamar, mendengar kicauan burung. Lantas hati membisik, 'Tuhan, sesungguhnya hanya Kau lah yang maha kuasa, sungguh aku terpegun melihat hasil ciptaan-Mu. Tiada yang lain sehebat Kau wahai sang pencipta alam.' Kicauan burung dan angin lembut membuat aku terlena.

'Kalau satu saat nanti nadi aku terhenti, tolong kenang aku di dalam doamu.' Kata-kata itu masih terngiang-ngiang di telinga pria itu. Air mata jatuh ke pipi pabila mengenangkan saat-saat indah dulu kala. Lantas hatinya membisik, 'Mengapa harus kamu yang pergi dulu bukan aku ? Kenapa pada akhirnya aku yang harus merasa seksa ? Bukan ini yang aku pinta dalam perjalanan hidup aku, yang aku pinta cuma kamu ada di sisi aku, menemani di setiap langkah aku.'

Pria itu membaca sekeping surat yang ditulis oleh kekasihnya sebelum pemergiannya menghadap Ilahi. 'Cinta, bila aku sudah tiada nanti, kamu harus bisa jalani semua kehidupan ini tanpa aku. Kamu harus kuat dan sabar, aku tahu kamu pasti bisa. Untuk buang semua kenangan indah dan pahit yang pernah kita coret bersama, itu bukan mudah. Tapi untuk memulakan sesuatu yang baru berdasarkan ceritara yang lama, itu pasti bisa. Pengalaman mengajar kita dari semua sudut. Aku harap nanti, kamu akan bertemu jua dengan seorang perempuan yang kuat dan lebih sempurna daripada aku, yang bisa buat hidup kamu jauh lebih indah dan bahagia. Aku pinta pada tuhan agar perempuan itu bisa jadi sebahagian daripada hidup kamu, bisa jaga kamu setiap detik. Aku cuma akan lihat kamu dari jauh kerna aku sudah tidak mampu untuk merawat kamu seperti dulu kala.'

Hati pria itu berkata, 'Aku pernah bilang, kamu adalah satu-satunya perempuan yang telah membuka pintu hati aku. Kamu juga satu-satunya perempuan yang pertama aku jatuh cinta disaat kali pertama kita bersua muka. Walaupun beribu perempuan yang telah aku jumpa, aku kenal, aku bersama, tapi kamu tetap yang satu  yang bisa miliki hati aku menjadi yang terindah. Walau beribu perempuan yang datang menarik hati aku, tapi pandangan mata aku cuma kamu yang dilihat. Walau kamu bukan yang sempurna, kamu tetap menjadi pilihan hati aku, kerna kamu tak sama seperti yang lain-lain. Atas sebab itu, aku pilih kamu untuk menjadi puteri di hati aku. Kamu masih ingat kata aku ? Aku takkan pernah membuka pintu hati aku untuk perempuan lain lagi. Kerna kamu sudah milikinya dan mewarnainya di setiap sudut gelap hati ini. Aku jadi penasaran. Seribu persoalan yang tercalit di benak otak aku. Mengapa dan kenapa cinta kita harus terhenti disini sahaja ? Ia berlalu pergi meninggalkan seribu luka buat aku. Rindu aku pada kamu tidak dapat aku tahan. Senyuman di wajahmu, indahnya aku masih ingat, terasa dunia ini aku yang punya. Menatap gambar-gambar kita bersama, ingin aku putarkan masa lalu, tika kamu masih disisi, buat aku sedih kerna aku hanya mahu kamu pulang berada di dakapanku, dan aku takkan pernah melepaskan kau pergi lagi. Aku akan hargai kamu di setiap saat kamu bersama aku.'

Pria itu menyambung membaca disetiap baris kata yang telah kekasihnya coretkan. 'Cinta, mungkin aku bukan jodoh kamu. Dulu kita selalu pernah berjanji yang kita takkan pernah pergi kemana pun dan akan terus saling bersama. Dan kita mengharapkan tuhan menjodohkan kita berdua. Kita hanya boleh meminta apa yang kita inginkan, tapi ia belum tentu akan jadi milik kita. Walau aku pergi, cinta aku pada kamu tidak pernah pergi. Ia akan tetap tersemai di dalam hati. Kamu harus ingat, aku sering bagitahu kamu yang aku takkan pernah buang rasa cinta ini. Walau aku mati, tapi cinta aku tidak akan pernah mati. Masih ingat pesan aku, selagi aku masih bernyawa, aku takkan pernah melepaskan kamu pergi kerna aku takkan sia-siakan cinta aku dan aku takkan sia-siakan hubungan yang telah kita bina. Kecuali ajal yang dapat memisahkan kita. Aku tidak pernah pinta untuk pergi dulu sebelum kamu, tapi tuhan lebih memerlukan aku. Mungkin tuhan tak mahu aku menanggung sakit untuk waktu yang lebih lama. Dan mungkin juga tuhan tak mahu kamu menjadi beban sakitnya aku kelak. Aku juga tak mahu melihat kamu derita kerna sakit yang aku tanggung. Biar hanya aku seorang yang menanggung semua keperitan sakit ini, aku tak mahu kamu turut merasainya.'

Hati pria itu menjerit, 'Kamu lupa pesan aku ?! Walau sesakit manapun kita, walau sesedih manapun kita, walau segembira manapun kita, biar semua itu kita sama-sama hadapinya. Kalau kamu sakit, biar aku yang tanggung deritanya. Selama ini kamu membohongi semuanya ? Kenapa kamu tidak pernah jujur sama aku yang kamu sakit ? Kalau kamu sakit, jujur sama aku, aku tetap akan terima kamu apa adanya. Biar sakit itu kita yang sama-sama merasainya. Senyum tawa kamu yang tercoret diwajah kamu itu hanya dusta atau ikhlas lahir dari hati kamu ?'

Pria itu menyambung bacaannya lagi. 'Cinta, kamu adalah satu-satunya pria pengubat jiwa aku, penyembuh luka aku. Kalau aku sakit kerna cinta, cuma kamu yang bisa ubatinya. Bukan aku pinta untuk bohongi semua, tapi sakit ini tidak tertanggung oleh aku apatah lagi kamu, cuma tuhan yang bisa ubati semuanya. Aku hanya mampu berdoa agar aku dipanjangkan umur olehnya. Tapi mungkin cuma sebentar aku merasakan nikmat hidup di dunia, mungkin hanya sepurnama aku merasakan bahagia disamping kamu. Itu sudah menjadi yang indah buat aku. Selama aku bersama kamu, setiap senyuman yang aku lakarkan, itu semua ikhlas lahir dari hati yang tulus mencintai kamu. Kamu jangan bersedih kerna pemergian aku. Kamu jangan buang masa untuk tunggu kepulangan aku kerna tuhan tidak mengizinkan aku pulang ke dunia lagi. Aku yang akan tunggu kamu di dunia lain. Mungkin jodoh kita di dunia yang lain. Aku mengharap pada tuhan agar kita akan tetap bersama kelak walau bukan di dunia yang nyata. Kalau nanti kamu bertemu dengan jodoh kamu, aku harap kamu bisa menghargai dia selagi dia masih ada. Aku harap kamu bisa mencintai dia seperti mana kamu curahkan cinta kamu pada aku dan aku juga harap dia juga bisa merasakan bahagia seperti mana aku merasakan bahagia hidup sama kamu. Kalau nanti kita bersama di akhirat pada akhirnya, aku cuma harap cinta kamu pada aku masih kuat dan kamu bisa hargai aku walaupun hanya sekali. Itu sudah buat aku merasakan bahagia tidak terhingga. Untuk yang terakhir kali, kalau kamu rindu aku, kamu lihat foto-foto yang pernah aku berikan pada kamu, biar rindu itu tidak menguasai diri kamu. Aku melangkah pergi meninggalkan cerita tentang kita, tapi rasa cinta ini akan tetap mekar di dalam hati. Selama aku masih ada disamping kamu, terima kasih kerna berikan aku cinta walaupun hanya untuk sedetik, tapi aku menghargainya. Maafkan aku kalau aku pernah membohongi kamu. Tapi aku lakukan ini biar kamu tidak sedih akan sakit aku. Aku cuma mahu kamu senyum sentiasa untuk aku kerna hanya itu buat aku bertahan. Aku harap kamu akan terus bahagia tanpa aku. Aku juga harap kamu akan selalu ingat semua pesan aku, semua nasihat aku pada kamu. Aku cuma kamu melihat kamu suskes nanti. Aku akan sentiasa senyum di sana melihat kamu bahagia.'

Pria itu meraung kesedihan. Air mata menemaninya detik itu. 'Tuhan, tolong sampaikan rindu aku pada dia. Katakan pada dia, aku perlu dia ! Aku perlu dia ! Izinkan aku peluk dia. Setiap saat aku teringatkan dia, teringatkan gelak tawa dia. Kalau bisa, aku pinta pada tuhan, kembalikan semuanya pada aku, putarkan kembali waktu. Aku mahu hargai dia selama dia masih bersama aku. Biar seksa ini aku tidak aku merasainya. Sakit sungguh hidup tanpa dia tuhan. Baru aku tahu apa itu erti menghargai seseorang yang bermakna dalam hidup kita. Selama ini aku hanya mampu mencinta dia, tapi tidak pernah sedikitpun aku menghargai dia. Menangis air mata darah sekalipun, masa takkan berputar kembali. Kenangan hanya tinggal kenangan. Aku berharap agar dia tenang disana. Aku cuma mahu dia tahu, cuma dia yang bisa buat aku bahagia. Harap akhirat kelak, dia jua yang menjadi jodoh aku. Aku akan selalu cinta sama kamu kekasih. Aku akan selalu kenangmu di dalam doa aku. Aku akan selalu ingat saat-saat indah kita bersama dan saat pertama kali kita kenal. Terima kasih juga untuk selama ini kerna membuat hidup aku menjadi erti.'

*Azan magrib berkumandang* Aku terbangun daripada tidur. Nikmatnya tidur di siang hari. Jantung berdegup kencang lantas teringatkan mimpi yang bermain tika aku sedang asyik tidur. Petanda apakah itu ? Lupakan saja, itu hanya mainan tidur aku. Pabila teringat kembali mimpi itu, hati merasa sayu, kisah cinta yang tidak kesampaian hanya kerna pergi menghadap Ilahi buat selamanya.

October, please be good to me.


September was gone, goodbye. Terima kasih untuk saat-saat yang indah, untuk saat-saat yang perih. Untuk tahun-tahun yang seterusnya, moga kita bersua lagi. Now, giliran oktober untuk temani aku di setiap langkah aku. Aku pinta, tiada kerakusan yang berlaku untuk saat-saat selepas ini. Untuk penghujung bulan nanti, biar cerita indah yang menemani untuk menuju November, bukan kesedihan yang menemani aku. Biar kebahagiaan yang selalu setia dengan aku, kemana jua aku melangkah pergi, kemana jua aku berlari, kemana jua aku terbang tinggi, senyum tawa aku tetap akan melakar wajah ini. Biar nanti bulan yang menyambut aku datang, suka akan kehadiran aku kerna melihat betapa indahnya senyuman ini. Tolong isi hari-hari aku dengan sesuatu yang indah, sesuatu yang akan membawa seribu makna.