31 August 2011

Happy Eid .

Sebelum terlambat, selagi masih punya masa, ingin aku ucap Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam. Mohon seribu keampunan kepada yang mengenali diri ini. Kalau ada salah dan silap secara sengaja atau tidak sengaja mohon diampunkan.

Dan juga Selamat Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia. Berharap negara kita akan terus bebas dari penjajah dan terus maju ke hadapan.

28 August 2011

Hati Tetap Bersatu .


Setiap kali aku bangkit dari tidur, aku akan teringatkan kamu. Kamu yang selalu bermain di hati. Senyuman manis mu, berhenti degupan jantung tiap kali melihat, angin mula bertiup kencang membelai lembut pipi, seakan-akan aku terbang ke alam fantasi. Itu tanda aku sedang rindukan kamu. Seharusnya kamu bangga kerna aku adalah peminat setia senyuman mu itu. Kalau aku sedih, senyum tawa kamu lah ubat yang paling mujarab buat aku.

Tuhan telah pertemukan lelaki yang paling magis buat aku. Aku belum pernah miliki lelaki seperti kamu sebelum ini, kamu lain, lain sekali. Hanya kerna itu, aku cuba hargai apa yang tuhan berikan pada aku, jadi aku akan jaga kamu selagi tuhan izinkan aku. Untuk saat-saat yang lalu, banyak benda yang mengajar kita. Mengajar erti cinta, setia, pengorbanan, menghargai dan perih. Semua itu sudah kita lalui bersama.

Kisah kita ibarat filem. Setiap yang kita jalani bersama, pasti kita rakam dan ia akan terus bermain di dalam ingatan. Begitu banyak episode kehidupan. Ada kalanya di atas dan di bawah. Ada kalanya suka dan duka. Pernah kita rasa kisah kita mungkin hanyalah sepenggalan. Mungkin terputus di tengah jalan. Tapi sebenarnya ia tidak semudah itu buat kita. Kamu tahu kan, kalau hati kita tidak bersatu, kita sakit dan tidak kuat untuk jalani semua ini. Dan kerna itu, saat ini, walaupun bermacam dugaan yang kita tempuhi, Allah itu ada, Dia masih satukan hati kita.

Kau telah korbankan sesuatu yang kau rasa yang terbaik untuk masa depan aku. Tapi sebenarnya pengorbanan kau tu hanya buat diri kau dan aku sakit. Tak pernah ada lelaki korbankan hati dan perasaannya hanya untuk masa depan aku. Aku faham, kau buat semua ini, untuk aku. Supaya kelak aku hidup bahagia. Aku mahu tenangkan hati, jadi aku berangkat pulang ke Kuantan. Tapi sebelum aku pergi, aku pesan pada kau, 'Doakan saya selamat sampai. Jaga diri sayang. Saya sentiasa ada disisi awak. Saya takkan pergi dari hidup awak. Saya balik nanti, saya akan inbox awak. Saya akan dapatkan awak balik. Awak tunggu saya, awak jangan pergi mana-mana. Tunggu saya. Saya masih milik awak dan awak masih milik saya. Cinta kita kuat, bukan senang untuk dipisahkan.'

Dua hari aku cuba pertahankan diri. Aku cuba tahan rindu aku pada kau. Memang sakit sebenarnya. Aku cuba jalani hari-hari aku tanpa kau, tapi itu bukan mudah untuk aku. Aku dah cakap pada diri aku, aku cuba jalani semua seorang diri. Tapi aku janji, aku pulang nanti ke Terengganu, aku akan contact kau kembali. Jadi jangan kau risau. Dua hari aku rindu, rindu kau. Setiap saat, bayangan kau bermain di mata. Satu malam ni, aku tidur awal. Jam 12 pagi, aku terbangun kerna aku termimpikan kau. Aku lihat handphone, aku nampak pesanan mesej dari kau, 'I miss u badly. My heart very hurt waiting for u honey, but if u already have someone, forgive me because i disturb u.'  Aku sebak baca mesej tu.

Tiba-tiba, kau call aku dan aku terus angkat. Hati pun terlalu rindu ingin dengar suara kau, sihat atau tak. Tapi kenapa suara kau lain ? Kenapa kau menangis ? Aku dengar tangisan kau, buat aku jadi sebak. Aku tak mahu menangis sebab aku tak mahu burukkan lagi suasana, jadi aku hanya menangis dalam hati. Tak perlu kau kata kau sakit rindukan aku, sebab aku pun turut merasainya. Memang perih, perit sangat. Aku dah kata, walau apapun terjadi pada kita, hati kita tetap bersatu. Aku atau kau tak perlu risau. Selagi tuhan merestui hubungan kita, insyaAllah, kita akan tetap bersama.

Jadi kau kena tahu, tak perlu kau korbankan semua ni untuk aku. Apa yang kau dah berikan pada aku sekarang, itu sudah cukup buat aku dan yang terbaik. Walaupun kau bukan yang sempurna, aku terima apa adanya kau. Ingat kata aku. Kau adalah yang sempurna di hati aku. Aku akan tetap di sisi kau. Bersama kamu adalah yang terindah.

Jangan Menyerah .


##Selagi tuhan kurniakan kekuatan buat kita, kita akan kuat untuk jalani semua cubaan yang diberikannya. Jangan pernah mengeluh dan putus asa. Jangan kau sesali apa yang sudah berlaku. Kerna di setiap yang berlaku, ada hikmahnya. Syukuri apa yang ada, hidup adalah anugerah. Tetap jalani hidup ini, melakukan yang terbaik. Tuhan pasti menunjukkan kebesaran dan kuasanya. Bagi hambanya yang sabar, yang tak kenal putus asa.

25 August 2011

Kalau Aku Bisa Lihat Semuanya ,





Apa makna aku bersuara,
tentang apa yang aku tahu tentang kau,
sedang kan aku kosong,
semua tentang kau kabur buat aku,
aku tidak akan biarkan engkau,
cederakan diri sendiri lagi,
tidak bila aku disini memerhati,
aku ada cara lebih baik untuk kau,
cara untuk buat engkau tersenyum kembali,
walau pun hati kau berkata semua okay,
kadang-kala itu nafsu, bukan hati yang berkata-kata,
teruskan berbicara dengan aku,
aku mahu dengar tiap ucapan kau,
agar aku jumpa apa yang tersirat di dalam kau,
agar dapat kau lepaskan amarah itu.



## Ni aku petik dari blog 'Sejuta Stanza Slamba'.

Terima Kasih Tuhan .

Tuhan, kalau Kau memang sudah suratkan aku dan dia, Kau lindungilah dah pelihara hubungan kami. Kau berikan kebahagiaan pada kami. Kau tabahkanlah hati kami berdua jika kami sedang menerima cubaan daripada-Mu. Sesungguhnya kami masih kuat untuk hadapi semua tu. Kau restuilah hubungan kami. Tuhan, kekalkan hubungan kami hingga akhirat kelak kalau Kau redhai hubungan kami. Sesungguhnya kami tidak kuat kalau hati kami tidak bersatu. Terima kasih kerna telah pertemukan kami berdua. Aku bersyukur ya Allah.

18 August 2011

Berikan Aku Sang Peri .



##I find pieces of you in every song I listen to.

Sometimes, you just sit at home and remember the old times. You laugh by yourself with a ridiculous smile. Then you have that one tear run down your cheek cause all of it changed. And sometimes, you have a big-smile. Let your past feel better, not bitter. Apa yang berlaku kadang-kadang berada diluar jangkaan kita. And everything happens for a reason. 

Aku cuma mahu setiap saat itu akan berjalan dengan lancar. Mungkin itu susah sebab hidup ni kan satu cabaran. Tapi aku takut tak boleh nak hadapi dengan cabaran tu. Dan sebab itu aku mahu meminta dengan tuhan. Boleh aku minta sekarang ? Tuhan, tolong kirimkan aku sang peri sepertimana yang aku impikan dalam dunia fantasi aku. Seorang peri yang baik, sering datang padaku dan bertanya, 'Hai manusia yang kerdil, apa kau sedang bahagia sekarang ? Atau kau lagi sedih ?' Lantas aku menjawab, 'Iya sang peri, aku lagi bahagia sekarang. Tapi aku takut kalau satu hari nanti kebahagiaan itu pergi lagi tinggalkan aku. Nanti aku dan dia yang sakit. Kami sudah tidak sanggup untuk menanggung derita lagi. Sebab kami tak punya banyak kekuatan untuk pertahankan semua.' 

Sang peri menjawab, 'Kamu lupa ya ? Pernah aku bilang dulu, tika kau lagi sedih dan aku kata, usah kau takut, tuhan itu sayang sama kamu. Dia mendengar di setiap rintihan kamu. Dia takkan uji kamu diluar kemampuan kamu. Tak kira dengan cara apa sekali pun, bahagia itu tetap akan jadi milik kamu nanti, tidak kira cepat atau lambat. Jadi kamu harus ingat, walau sebahagia manapun kamu sekarang, walaupun kamu lebih bahagia daripada dulu, jangan kamu senang hati dulu. Takut nanti kelak kamu akan kecewa lagi. Kamu tahu kan, apa yang kita miliki, tak semestinya ia hak milik kekal. Tapi apa yang kamu impikan bersama dia, kalau kamu sabar, kuat dan usaha, pasti kelak ia akan jadi hak milik kamu jua asalkan dipersetujui tuhan. Kerna hanya Dia yang menentukan segalanya.'

Dan aku berkata lagi pada sang peri, 'Aku selalu ingat kata kamu wahai sang peri. Dan sebab itu aku masih mampu bertahan. Kalau nanti semua nasihat kau lupus di fikiran aku, punahlah semua. Jadi bisakah sang peri selalu ada untuk aku ? Supaya aku selalu ingat dan aku takkan jatuh. Kalau aku gembira, peri yang turut rasainya dan kalau aku sedih, peri jugalah yang beri semangat untuk aku. Supaya aku tidak mudah mengalah dalam semua hal. Dan aku pinta, sang peri tolong doakan kebahagiaan antara aku dan dia. Doakan kami terus selamanya. Kalau kami ditimpa masalah, tolong hadir untuk kami. Terima kasih sang peri.'

Kalau tuhan bisa berikan aku sang peri, pasti dunia ini akan sama seperti cerita-cerita dongeng. Walau dunia ini banyak bermainkan dengan mimpi, diisi dengan cerita fantasi, itu bukanlah satu realiti. Tetap saja di dunia khayalan. Jadi mustahillah untuk semua yang aku impikan, sang peri yang baik hati. Itu hanya boleh bermain di dunia fantasi aku, itu sudah cukup. Dunia ini Allah yang punya, apa saja yang tercipta, Allah yang jadikannya. Apa saja yang kita impikan, dengan Allah saja yang kita boleh pinta. Kerna hanya Allah yang boleh tunaikannya. Aku tahu itu.

Tapi tidak salahkan kalau aku berdrama dalam dunia aku sendiri ? Wahai kekasih, andai satu hari nanti tuhan betul-betul jodohkan kita dan kita saling memiliki, aku mahu kau bisa jadi pembimbing aku. Dan aku akan tunjukkan sang peri yang sering beri dorongan kepada aku supaya selalu terus selamanya dengan kau, Radit. Dari sudut hati hati yang kecil ini, aku mahu kau tahu, aku ikhlas untuk semuanya walaupun setiap keadaan yag berlaku tidak pernah sama. Terima kasih kerna hadir untuk aku.

17 August 2011

Masih Melangkah .



*Membisu* 

Di setiap kali aku nak masuk entry baru, otak jadi blank. Sebab aku tak tahu nak letak title apa. Jadi aku kasik hentam apa saja yang main di fikiran aku. Jari jemari asyik menggedik nak tekan keyboard. Aku dah suruh dia rehat, jangan tekan apa-apa. Tapi dia tetap dengan pendirian, ms]p/,nasju749sjetjw. Eh bahasa apa yang kau tekan ni ? Entah bukan aku yang taip, jari aku yang taip. Tulisan yang tiada motif, tapi mungkin ada maksud tersiratnya.

Hari ini lain sikit dengan hari-hari sebelumnya. Hari Nuzul Al-quran so dapat cuti sekolah. Jadi plan nak bangun lambat. Matahari berdiri tegak aku masih berselimutkan dengan selimut pink berbulu-bulu berpelukkan dengan domo, pujaan hati yang bagi. Aku dah cakap dekat mak, 'Mak, jangan kejutkan aku hari ni, nak tidur lebih masa sikit.' Tapi beberapa minit selepas tu, nafsu tidur dah hilang. Aku cepat-cepat bangun, capai laptop, buka fb then twitter. First tweet hari ni, i said 'Good morning.' Second, 'Untuk kamu, makaseh ya kerna udah bahagia'in aku semalam. Aku ngak akan pernah lupa hari indah kita bersama.' Eh ni apa kes dah buat keluar mood jiwang ?  Entah aku tak tahu, bangun tidur rasa nak berjiwang. Lagu-lagu hardcore tu stop dulu untuk hari ni, slow down sikit, nak dengar lagu jiwang. Aku tengah gembira ni.

Lagu 'Memori Berkasih-achik dan nana' berputar di playlist. Tiba-tiba teringat kenangan mula-mula aku kenal kau, 250910. Benda yang tak pernah dirancang oleh aku, tuhan suratkan aku untuk berjumpa dengan kau. Mula-mula cuma punya niat untuk berkawan, tapi last-last kau curi-curi masuk dalam hati aku dan sampai sekarang hati kau tu masih lekat dekat hati aku.

101010 - Tarikh ni bermula lah kisah antara aku dengan kau. Kisah yang mencoretkan dan merakamkan kisah semua tentang kita sama ada pahit atau manis. Kisah yang punya berbagai rasa dan konflik. Kerna wujudnya berbagai rasa itu dalam diri kau dan aku, dan kerna itu jugalah timbul berbagai konflik. Konflik yang sentiasa datang untuk menguji hubungan kita. Menguji selama mana kita mampu bertahan. Tapi setakat ini, Alhamdullillah Allah itu selalu mendengar rintihan kita, kita mampu atasi semua konflik-konflik itu. Itu cuma satu dugaan buat kita.

Walau hati pernah terguris, aku masih bisa melupakannya kerna aku juga pernah buat banyak kesilapan dengan kau untuk hal-hal yang sekian lama, yang masih kau ungkit hingga ke saat ini. Itu aku yang dulu, sekarang lain. Maafkan aku kerna telah robekkan hati kau. Sekarang, kita sentiasa berusaha untuk bahagiakan hati masing-masing. Sekarang aku masih lagi bisa melangkah bersama kau dengan mengukir senyuman di bibir. Terima kasih untuk semuanya, Pelat. Dan aku akan pegang janji aku dengan kau, sewaktu aku ikat janji dengan kau, -Jun, Taman Syahbandar.



*Terbangun dari lamunan* -Bunyi kicauan burung buat aku tersedar dari semua khayalan. Kacau line betul. Baru nak berasmara dengan hati.

15 August 2011

Satu Saat Nanti .


Aku setia menunggu satu saat nanti. Satu saat yang akan tiba. Satu saat yang akan terjawab segala persoalan yang terbuku dihati. Satu saat yang membuktikan pada tika itu gembira, suka, duka atau luka. Satu saat apakah yang aku cari dalam kehidupan aku yang sebenarnya. Dan satu saat yang aku harus terima apa jua ketentuan Ilahi.

Aku sedang menerima cubaan daripada tuhan. Sentiasa. Dan aku tidak pernah mengalah. Kerna aku tahu aku kuat hadapinya sebab ada seseorang yang memimpin tangan aku. Seseorang yang telah miliki hati aku. Hanya kerna dia yang sudi memimpin tangan aku untuk melalui liku-liku hidup ini, aku punya satu niat. Aku harap, tangan yang memimpin aku sekarang ini tidak akan bersilih ganti orang. Sebab aku takut nanti kalau tangan lain yang meminpin aku, mengajak aku mencari kebahagiaan, aku takut kalau tidak punya keserasian. Jadi biarlah hanya tangan dia yang bisa memimpin aku. Mencari satu keserasian itu bukanlah senang.

Kadang-kadang, walaupun dia pegang erat tangan aku, pernah aku rasa takut kalau satu saat nanti, pegangan erat tangan kami akan terlepas. Sebab sekuat mana pun kami pegang erat, kalau tuhan sudah suratkan untuk memisahkannya, tetap jua ia terpisah. Tiada siapa yang bisa melawan takdir. Jadi, aku tak mahu letak harapan yang tinggi. Biarlah angin yang membawa rasa ini dan mengikut kemana jua aku dan dia melangkah melakar cerita kami bersama, sama ada suka atau duka.

Walaupun dia bukan yang sesempurna insan, belum cukup baik dimata masyarakat, tapi dia tetap yang sempurna di hati. Sebab aku lebih kenal dia. Aku yang nilai dia dari dalam, bukan dari luar. Dan aku tahu, aku juga bukan yang sempurna untuk dia, tapi aku akan selalu cuba untuk jadi yang terbaik. Manusia tiada siapa yang sempurna, jadi wajarlah kalau ada yang silap. Sekarang dan setiap masa, aku masih menunggu satu saat nanti. Cuma mengharap, satu saat nanti akan ada pengakhiran sebuah kisah yang tidak sia-sia. Dan untuk kau gulahati-pelatsayang, terima kasih :)


13 August 2011

Go Back Crawling .


You used to give me something to write about. I was never one to keep quiet about things, because i believe if i have something to say, i'll say it. I never liked hiding the real me because that would make me another hypocrite. But now i must being a hypocrite when i have made with a wrong friends. And now, aku tengah cuba usahakan sesuatu. I try my hardest to keep away from the people i don't have much liking for. And the people i call friends ? I wouldn't lie to them. But seems to me, that prefer being lied to than being told the truth. So what do i do, lie ? Not be myself ? Act like everyone else just so i could keep my friendship ?

Aku dah hidup 17 tahun. I have breathed and gained experience. Banyak pengalaman mengajar aku, dan aku berubah. Multiple times. Aku juga dah berkawan dengan macam jenis orang. Kawan yang macam mana ? Kawan yang sangat baik, prihatin, penyayang, setia, jujur dan kawan yang sangat jahat, pengkhianat, tidak jujur, tidak ikhlas. Semua sudah aku jumpa. Kadang-kadang sahabat yang paling kita rapat, kita sayang, dia lah yang akan jadi musuh ketat kita kelak. Pernah kita sangkakan ini semua ? Aku pun tak pernah jangkakan, tapi ia sudah berlaku, aku masih ingat, dulu dia kawan rapat aku tika sekolah rendah sampai sekolah menengah, tapi sekarang kita dah jadi musuh. Benda yang bukan kita rancang, tapi sudah disuratkan oleh tuhan.

Bagi aku, benda yang paling menyakitkan dalam hidup, hidup tanpa kawan. Aku rasa, kawan itu satu sumber dalam kehidupan kita. Tapi benda yang paling memeritkan dan aku rasa perih sekali, bila ada kawan yang tidak punya niat ikhlas untuk berkawan. Berkawan hanya untuk kepentingan diri sendiri. Berkawan untuk kutuk dari belakang. Boleh dikatakan, depan baik, tapi belakang kutuk. Jadi hipokrit. Aku tak lempar statement ni dekat sesiapa, itu aku cakap dekat diri aku sekarang ni.

Aku bicara ni sebab sekarang ni aku tengah jadi manusia yang hipokrit. Hipokrit dengan sesetengah manusia. Bukan nak tunjuk aku baik depan semua public, konon nak tutup semua jahat aku, bukan. Tapi terpaksa jadi hipokrit demi nak jaga hubungan sesebuah persahabatan, nak jaga hati masing-masing dan yang paling utama terpaksa jadi hipokrit besar apabila munculnya jenis manusia-manusia yang aku rasa hanya menyusahkan hidup orang. Kadang-kadang aku tak faham pabila munculnya manusia sebegini, aku tak sentuh hidup orang, aku tak suka jilat hidup orang tapi masih tetap ada orang yang nak sentuh hidup aku.

I'm tired of feeling terrible about everything, tired of meeting people with the same old attitude. Mungkin lepas ni, aku tak mahu sakit lagi, jadi aku harus berhati-hati dalam mencari kawan. Bukan kawan yang boleh menyakitkan, tapi carilah kawan yang boleh menyenangkan. Mungkin sekarang aku hanya simpan seorang kawan perempuan yang aku fikir dah boleh tenangkan hati aku, capital L-bie. Aku harap semua kesulitan ni akan berakhir jua satu saat kelak. It will be okay in the end.

Terlanjur Cinta ,


*Jangan pernah kau fikir bahwa ku tak ada. Sedetik pun hanya bayangmu yang dihatiku. Ku berjanji akan selalu setia kepadamu. Ku terlanjur, ku terlanjur sayang kepadamu, ku terlanjur cinta kepadamu, wahai kekasih ku.

12 August 2011

Keadaan Bukan Sama .


Pejam celik, pejam celik baru aku tersedar sudah dua belas hari umat islam menunaikan ibadah puasa. Masa berjalan begitu pantas tanpa aku sedari. Suasana Ramadan begitu terasa pabila melihat umat Islam beramai-ramai menunaikan solat terawih di masjid-masjid. Bazar-bazar Ramadan yang dikunjungi orang, membeli ibadah puasa untuk dijadikan juadah puasa. Tiap malam pasti bergema bunyi ayat-ayat suci al-quran tanda umat islam sedang menunaikan solat terawih. Bunyi mercun tidak akan pernah terlepas disetiap kali bulan puasa. Tapi pabila sudah tiba saatnya nanti, Syawal menjelma meninggalkan Ramadan. Masing-masing pasti sibuk uruskan baju raya, kuih raya dan macam-macam hal yang berkaitan dengan raya. Masing-masing pasti akan bersemangat untuk raya.

Tapi berbeza dengan tahun ni. Persiapan raya belum selesai semuanya. Kebiasaannya tahun-tahun yang lepas, aku akan buat persiapan awal untuk raya. Tahun ini berbeza. Semangat raya tu kurang dalam diri. Mungkin salah satu sebab aku jadi mangsa SPM tahun ni. Terpaksa berperang habis untuk SPM. Tapi aku rasa macamlah aku berjuang sangat untuk semua tu. Masih lagi dalam angan mencipta seribu impian tapi belum pernah cukup dengan usaha. Dan kerna itulah aku selalu bermain dengan dunia fantasi yang aku sudah tahu hanya merugikan masa aku. Aku tak pernah kisah sebab itu yang boleh buat aku senyum.

Dan untuk tahun ini, berbeza lagi berbanding dengan tahun-tahun yang lepas. Mungkin tahun-tahun yang lepas, hidup aku tidak dilengkapi dengan seseorang yang benar-benar miliki hati aku. Yang lepas, aku beraya dengan keluarga, kawan dan pastinya dengan pasangan aku sendiri iaitu lelaki. Seorang lelaki ? Aku tak pasti, tapi seingat aku mungkin lebih. Jangan kata aku teruk, wajarlah kehidupan sebagai remaja, belum habis lagi untuk berfoya. tapi itu aku yang dulu, bukan lagi sekarang.Masing-masing punya kisah silam tersendiri. Untuk tahun ini, mungkin aku akan beraya dengan keluarga, kawan dan pastinya dengan pasangan aku sendiri. Seorang lelaki ? Iya, pastilah cuma seorang sahaja. Tidak ada lagi lebih dari satu.

Sedikit masa lagi. Mimpi yang indah pasti akan bersama seperti mana yang aku impikan dalam dunia fantasi aku. Seronoknya tidak dapat aku bayangkan. Angin pasti mengikut setiap langkahku dan angin tidak akan pernah lupa merakam setiap perjalanan itu. Mungkin raya tahun ini berbeza dengan yang lepas-lepas. Mungkin aku akan beraya dengan seseorang yang sudah lama aku mencari yang sudah berjaya miliki hati aku.  Dan ya seseorang yang aku cintai. Tuhan, tolong dekati dan sampaikan kami pada hari itu. Jangan Kau jauhkannya dari kami. Amin. Moga hari-hari selepas ini lebih indah.