29 March 2011

Waiting For The Dawn .


Bila jiwa dah dirundung resah dan gelisah, hati tak dapat senada dengan irama yang rasa tenteram, maka minda boleh saja bercelaru dalam menafsir kata-kata. Aku lihat, langit hari ini bagaikan lukisan. Bagai terpisah dari realiti. Buat nadiku kencang. Teringin mencucukkannya dengan seribu jarum. Biar ia terus berhenti. Benci, benci sungguh kerana harus menyimpan sakit hati ini.

Hati terasa, siapa yang tahu. Kesalahan diri sendiri, manusia mana yang mahu mengaku kesilapannya. Selagi boleh salahkan orang lain, selagi itu dia akan cari punca. Susah aku nak terima maaf dari orang sebenarnya. Tapi tak dinafikan, hati aku lembut, sebab aku perempuan, jadi buat diri aku senang untuk menerima maaf orang. Aku mahu bangun dari mimpi, selama ini aku silap. Aku silap dalam memilih sahabat. Aku ingat itu adalah yang terbaik yang pernah aku punya, tapi ternyata tidak. Aku takkan tidur lagi kerna disaat aku dibuai mimpi, saat itulah orang mengambil kesempatan merobek hati aku sebenarnya. 

Selama ini mungkin aku yang terhegeh-hegeh untuk memiliki sahabat sepertinya. Kerna mungkin aku rasa dia terlalu baik untuk aku. Tapi selama ini aku buta. Maaf, aku kecewa dengan sikapmu itu. Kau tinggalkan seribu luka pada aku. Penat tangiskan diri kau. Tapi takkan ada lagi selepas ini. Aku akan terus melangkah, meniti jalur hidup, membawa perasaan ini biar ia terus hilang ditiup angin. Pasti akan dapat leraikan semuanya agar ia terus hidup kembali. Mungkin memikirkannya takkan berubah apapun dan takkan membuatnya menjadi lebih baik.

26 March 2011

Umur Meningkat ,


Genaplah sudah aku menjadi seorang dewasa. Perempuan yang berumur 17tahun. Tapi masih belum jumpa diri. Sabar, nanti kelak aku akan temui juga diri aku. Bukan dalam longkang lagi.

Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih buat orang disekeliling aku terutama keluarga, sahabat dan orang yang paling aku sayangi kerna sudah banyak menolong aku dalam menjayakan meraikan harijadi aku. Terima kasih juga kau-kau semua menghadirkan diri kau semua. Aku senang, aku gembira walau hati aku sedikit sedih kerna satu-satu sahabat lelaki yang aku sayangi, mungkin tidak dapat bersama kami semua ketika itu. Maaf, tidak mampu untuk aku berhadapan dengan kau setelah apa yang kau telah lakukan terhadap diri aku yang lemah ini. Mungkin kau bukan sahabat aku dunia akhirat. Mungkin tuhan hanya takdirkan kita berjumpa hanya sebentar. Tidak pernah aku menangis kerana seorang sahabat lelaki, tapi mungkin kerna aku terlalu sayangkan kau sahabat. Perkenalan kita mungkin sampai disini.

Aku tutup segala kesedihan aku. Aku gembira, aku gembira. Memang aku tak mahu nafikannya, aku gembira. Lupakan semua itu. Sememangnya tiada gunanya lagi aku perlu fikirkan. Apa yang penting sekali, hari ini hari aku, so cheer up wani. Sedih kau tu buang jauh-jauh lah bodoh. Tapi maaf, aku tak bisa menahan daripada semua itu. Aku tak boleh hipokrit, aku keluarkan apa yang aku rasa. Maaf.

Akan aku lupa semua itu. Sekarang, apa yang paling penting, terima kasih kepada orang yang paling penting didalam hati aku, Pelat, kerna sudah bagikan 'Domo' pada aku as a birthdaypresent. Sayang kau sangat Pelat. Kepada Shida and Shira thanks jugak sebab bagikan 'Domo' pada aku. For my bie, Lieya, thanks a lot for the cupcake. Aku suka hiasan dia. Syuhada, thanks juga. Loveyou. Sahabat dunia akhirat, Iwan and Hasya, terima kasih sebab dah banyak tolong aku. Dan juga sahabat-sahabat yang lain. Terima kasih. Sayang kau-kau semua. Gembira sebab punya kamu semua.

Akan aku simpan kenangan hari ini. Mungkin kerna ia sungguh bermakna.

16 March 2011

Jenis Orang Melayu


Kadang-kadang aku rasa malu nak mengaku aku juga kaum melayu. Aku naik menyampah dengan perangai melayu sekarang. Perangai syaitan, iblis mereka semua ada. Aku nak cakap lebih pun tak boleh, sebab aku pun sebenarnya orang anggap perempuan jenis bertopengkan syaitan. Aku tak cakap, hanya cuba sampaikan apa orang cuba lontarkan pada aku. Aku terima apa adanya aku, sebab aku tahu, mereka ada mulut yang tuhan kurniakan, so mereka manfaatkannya dengan mengata orang tak tentu pasal. Hebat kan mereka, aku tabit.

Melayu, biasalah. Bila up sikit, mulalah melopong mulut tunjuk bajet sana-sini, perasan diri bagus, perfect situ-sini, apa kejadahnya. Langsung aku tak hairanlah. Sehebat mana pun kau dekat dunia ni, tapi tu semua bukan hak kau. Kau-kau boleh nak show off semua kehebatan kau dekat Bukit Bintang, dekat situ orang pasti ramai nak tengok aksi lucah kau. Cis, balik rumah pergi tidur lah kau. Tuhan nak tarik balik semua yang kau punya, dia bisa lakukan. Sebab kau tu lupa, dia lebih hebat dari kau.

Aku rasa aku tak overdose lagi. So aku nak cakap lagi. Aku tafsirkan melayu ni semua sama. Macam dilahirkan dengan satu ibu. Sifat melayu sama, suka janjikan kepada sesuatu benda yang belum pasti. Itulah orang cakap, janji melayu tak pernah betul. Satu hal lagi, melayu suka cakapkan benda-benda hal yang kadang-kadang kita rasa macam tak masuk akal. Suka ceritakan hal-hal yang karut. Macam mitos, punya cerita tapi kenyataan benda tu tak pernah wujud. Hanya khayalan. Buang masakan dengar semua tu.

Melayu perlukan pembimbing supaya mereka tak lupa akan semua itu. Supaya melayu tidak terus dipijak. Melayu masih mampu berdiri, masih mampu. Aku akan ingat pesan pari-pari yang pernah datang dalam mimpi aku. Dia tolong ingatkan aku realiti sebuah kehidupan. Dan aku akan minta pertolongan pari-pari tu, jadi pembimbing melayu. Dia akan jadi pembakar semangat. You learn how to die, you learn how to live. Im living and learning.

Makna Dalam ,



*Kali pertama aku mendengar lagu ini, sungguh menyentuh hati ini sampai ke dalam, hinggakan air mata aku jatuh ke pipi. Tidak aku mengerti, apa yang sebenarnya perasaan aku ingin lakarkan. Begitu beerti makna lagu ini.

12 March 2011

Lupakan Hari Semalam .


" Aku dah give up. Titik. Tak cukup udara nak berkelip mata. Aku tak kuat lagi, dah tak mampu bangun. Aku sakit, sakit yang teramat sangat. "

Itu keluhan aku. Aku hilang diri tika hari itu, dunia ini bukan milik aku lagi. Lenyap semuanya dimamah bumi. Tidak pernah aku merasakan sakit yang sebegitu rupa. Ya Allah, hanya Allah yang dapat merasai betapa peritnya sakit aku tika itu. Sakit luaran ada penawar, tapi sakit dalam susah diubati. Tika itu luka yang menggerakkan jalan cerita hingga sakitnya yang membaca turut menusuk ke pangkal nyawa.

Bodoh, aku memang bodoh. melihat diri dalam alpa. Aku hanya menyeksakan diri aku. Aku bisu tika saat itu, lidah kelu tidak terkata. Aku kurung diri aku, tidak bercakap dengan sesiapapun. Aku cuba peluk diri aku sendiri, aku menangis, aku terus menangis sehingga aku rasa puas. Menyelongkar jiwa yang makin kelam, jeritan samar-samar yang memanggil nyawa. Sakit jiwa, sakit kepala, ingin ku hantukkan segalanya tika itu, namun ianya tidak hilang. Ya Allah, sememangnya pernah aku bilang, kau memang tidak puas menguji umat-Mu yang lemah ini. Mengapa Ya Allah, atas sebab apa kau lakukan ini.

Baru aku sedari. Aku mendengar luahan hatinya, rintihannya. Mungkin aku yang silap, maka wajarlah aku menyeksa diri aku. Maafkan aku, tidak pernah aku berniat untuk melukakan hatimu walau sedikitpun. Tapi maaf aku, kau tidak perlu lagi tika itu. Tiada gunanya lagi. Mungkin besar benar salah aku pada dia sehinggakan dia tidak mendengar sedikit pun maaf aku. Sungguh menyesal diri aku tika itu. Sedih telah memerangkap diri aku lagi.

Aku jatuh tersungkur. Aku tidak bisa bangun lagi. Tiada siapa yang boleh bantu aku kecuali hanya dia. Mungkin kerna terlalu sayangkannya, aku perlu dia. Nasihat sahabat-sahabat aku, aku endahkan. Aku tutup telinga aku, aku cuba buang nasihat itu semua. Mereka tolong aku, beri semangat untuk aku hidup kembali, tapi aku masih tak mampu. Kerna aku rasakan nyawa aku ada pada dia. Tika itu aku tak fikir yang aku masih punya sahabat yang masih boleh buat aku berdiri lagi. Tapi saat itu syaitan yang telah menguasai semua diri aku sampaikan aku lupa segala-galanya.

Padahal Allah itu ada. Aku cuba meminta kepada-Nya supaya aku mampu bertahan meniti kehidupan ini. Aku meraung kesakitan tika berdoa kepada-Nya supaya Allah dengar apa yang cuba aku sampaikan kepada-Nya. Aku tahu Allah itu tidak kejam pada umat-Nya. Mungkin doa aku dimakbulkan oleh-Nya. Aku pulih kembali, dia datang lagi. Terima kasih Ya Allah. Begitu besar nikmat yang kau curahkan pada aku saat itu.

Tidak pernah aku mengalami situasi teruk sebegitu rupa. Tidak pernah aku menyeksa diri aku sehingga lemah begitu. Tidak pernah. Itulah aku harap yang pertama dan terakhir dalam hidup aku. Tidak sanggup untuk aku mengharunginya lagi. Akan aku lupakan hari semalam dan akan aku buat ia sebagai pengajaran dalam hidup aku. Terakhir, maafkan aku sekali lagi di atas semua kesilapan yang telah aku lakukan.

04 March 2011

Menggoreskan Segalanya .

Dengan apakah aku harus tuntaskan perasaan ini. Aku cuba ungkapkan sesuatu. Keadaan yang sebenarnya. Yang aku sememangnya tidak boleh lari dari kenyataan. Harus aku hadapinya. Jangan timbulkan dusta, tunjukkan, keluarkan diri aku yang sebenarnya. Aku perlu buktikan, aku bukan wanita yang lemah, jadi aku tak boleh tutup lagi semua kesedihan aku, semua kepahitan dalam diri aku dan juga kegembiraan, keceriaan pada diri aku. Aku perlu tunjukkan semua apa yang ada pada diri aku. Biar orang tak pandang aku dengan sebelah mata, dan biar aku tidak diperbodohkan oleh manusia-manusia yang suka perlekehkan manusia yang selalu jatuh ke bawah. Mungkin aku cuba huraikan melalui gambaran, bukan melalui percakapan, tulisan, atau lukisan.


Pabila saat itu datang, dimana saat kita mendapat dugaan daripadanya, kita hanya mampu menyalahkan takdir. Bersandar pada dinding, peluk diri sendiri, tangiskan diri dan hanya seksakan diri. Perit di hati siapa yang tahu. Beribu duri yang menusuk.


Dalam diri timbul seribu pertanyaan mengapa cubaan yang setimpal yang perlu kita tanggung. Fikir sejenak. Apa yang harus dilakukan. Ada masanya disaat kita mendapat cubaan, kita akan berusaha sedaya yang termampu untuk hadapi cubaan itu. Kita akan cari jalan bagaimana mahu selesaikan semua itu.


Hanya dengan sekeping kertas putih yang tidak bersalah, kita bisa luahkan semuanya. Kita lepas kemarahan kita. Pena digunakan dengan menulis apa yang kita mahu, biar kita rasa puas. Cuba selongkarkan apa yang tuhan cuba ujikan. Sekeping kertas diconteng oleh tulisan, di permukaannya terlakar pelbagai kisah yang terpendam dengan air mata yang meloncat-loncat seperti huruf-huruf di atas kertas itu mengikut apa saja yang kita tulis, ia seperti sebuah perasaan meloncat-loncat di dalam hati lalu meloncat keluar sebagai air mata. 


Pena itu kembali menggigil, menggoreskan kegelisahan. Hanya genangan tinta terbentuk seperti teluk melayarkan kata-kataku ke samudera peluk. Kadang-kadang kita hilang sabar membuatkan kita jadi buntu untuk lakukan sesuatu.


Mungkin di pertengahan jalan kehidupan ini, akan punya masa dimana kita merasa tersesat. Tersesat dengan penuh ketakutan kerana mungkin yang dulu kita rasa cerah dan sekarang menjadi kabur. Semua yang dulu jelas dan sekarang menjadi suram. Kita pun berlari, lari untuk mengejar kebahagiaan kembali, mengejar apa yang seharusnya menjadi milik kita. Tapi kita akan sedar bahawa kebahagiaan yang kita dapatkan hanya untuk sesaat. Yang terukir hanyalah cubaan-cubaan hidup yang menghancur dan menggores hati ini.


 Usah kita gusar. Ada kalanya juga dimana saat dugaan itu datang, kita hanya bisa duduk termenung, mengenangkan nasib, tidak mengetahui apa yang terbaik yang harus kita lakukan. Tidak terdaya lagi untuk menempuh semua ujian. Pada tika itu jualah, hanya titisan air mata yang kita mampu jelaskan semua yang sedang terjadi.


Tapi harus kita percaya, hari esok adalah hari yang lebih baik dari semalam. Jadi tidak perlulah kita rasa gusar, buanglah segala kesedihan yang ada, biar kegembiraan yang selalu menjadi teman kita. Biar kita dapat rasa yang dunia ini adalah milik kita. Harus kita tahu, kita punya ramai orang disekeliling kita yang mampu memberi sejuta kebahagiaan pada kita. Ini semua takdir Allah harus kita jalaninya dengan tabah. Harus kita selalu berdoa kepada-Nya agar kita diberi kehidupan yang sempurna.

Ujian Tuhan .


Ya Allah, aku hanya insan yang lemah yang tidak henti-henti memohon pertolongan daripada-Mu ya Allah. Aku juga insan yang lemah sudah tidak kuat lagi untuk menerima ujian daripada-Mu. Mengapa ya Allah, mengapa begitu berat untuk kau menjawab semua pertanyaan aku? Mengapa selalu aku yang harus menerima ujian-Mu yang begitu setimpal? Adakah kerna aku begitu berdosa dengan-Mu?

Aku ibarat sebuah boneka yang hanya bertopengkan senyuman tapi disebalik semua itu langsung tiada yang bermakna. Diri aku sudah mati kerna tidak bisa ketawa lagi. Sememangnya aku bahagia disaat dia mampu ketawakan aku. Sehingga aku merasakan dunia ini milik aku. Aku tahu, dia mampu lakukan semua itu untuk bangkitkan aku kembali. Hanya kerna dia. Tapi, dirinya berubah. Mungkin semua hanya kerna aku yang salah. Maaf, aku bukan insan yang sempurna. Mana senyuman dia, mana gelak ketawa dia, dan kemana dirinya menghilang? Mengapa hanya tinggal bayang-bayang? Aku perlukan dia, nyawa aku ada pada lelaki itu, ogy.

Aku berlari dengan sekuat yang aku mampu untuk cari tempat berteduh. Aku berlari lagi untuk terus mengejar dimana tempat untuk aku pergi. Akhirnya aku berhenti di satu tempat, rupanya aku masih punya seseorang yang boleh aku jadikan tempat aku berlindung. Aku punya seorang ayah. Ayah yang selalu sabar dengan sikap buruk aku. Ayah yang selalu turutkan semua kehendak aku. Aku masih mampu berdiri lagi. Tapi itu tidak cukup. Aku masih perlukan dia, dia yang selalu menawan hati aku. Dia yang selalu memberi warna dalam hidup aku. Dia yang selalu tertawakan aku tika aku sunyi. Hanya dia lah.

Di waktu aku sendirian malam-malam, buat aku rindukan pada sesuatu. Rindu sangat pada hari semalam. Tika saat dia ketawakan aku. Saat itu aku lah orang paling bahagia. Tapi bila jatuh air mata ke pipi, aku cuba mengusapnya, biar tiada siapa pun yang nampak kesedihan aku. Kerna aku mahu orang sekeliling aku tahu aku lah perempuan yang selalu gembira. Mungkin hadirnya dirinya yang dulu, dapat buat diri ini tertawa lagi.

Perasaan sayang ini sudah tidak bisa lagi dilupuskan. Jika bisa, andai kau diberi waktu satu minit untuk dalami hati aku, aku mahu kau rasa apa yang ku rasakan. Aku mahu kau bisa lihat dan telitikan apa yang aku lalui. Aku mahu kau selami perasaan ini. Semuanya aku inginkan. Biar kita sama-sama rasa.

Akan aku lalui pahit manis semua ini. Walaupun ia beracun terpaksa jua aku menelannya. Maafkan aku jika aku bukan yang terbaik untukmu. Tapi terima kasih yang tak terhingga kerna kau adalah satu-satunya yang pernah bagi kebahagiaan pada aku yang tak terhingga. Ya Allah, maafkan aku jika aku bukan umat-Mu yang terbaik. Sudah aku bilang, aku tak mampu terima semua ujian-Mu. Terlalu payah buat aku untuk jalankan semua itu dengan keadaan yang sebegini rupa. Tapi akan aku lakukan yang termampu. Ya Allah, terima kasih atas segala-galanya. Terakhir, sayang kau pelat.