28 July 2010
Anak Kecil ,
Biasalah budak kecil yang masih belum jumpa diri. Fikiran belum matang. Sudah pasti pendek akal. Diri pun masih mahu nak main-main tembak-menembak seperti dikala zaman kanak-kanak kan. Sebab itu bila besar pun sebegitu rupa. Diri pun masih ada rasa nak berbalas tembakan. Belum jumpa diri, tapi berlagak macam sudah lama makan garam.
Setiap saat, terasa diri dia yang paling cun, paling lawa, paling hot dan paling hebat. Dan bila orang cakap pun, dia terasa. Kenapa? Mungkin dia terlebih perasan ramai orang bercakap pasal dia. Jadi dia mula rasa hot sebab orang duduk sibuk cakap dia macam-macam. Padahal itu cuma perasaan dia saja, bukan kenyataannya.Dia tunjuk belang depan semua orang. Konon dia lah serigala. Mulut dia memang tak boleh pakai. Cakap tak ada toleransi langsung. Lempar semua rasa sakit hati dia dekat semua orang. Semua orang jadi mangsanya.
Dia tak open-minded. Bikin malu saja. Hal kecik, dia buat kecoh. Kalau rasa dia hebat, boleh settle face-to-face. Tak perlu babitkan orang lain. Kalau aku jadi dia, aku nak berbaik dengan semua orang. Duduk semeja, cakap baik-baik, mintak maaf sambil minum kopi. Tak perlu sampai nak berlutut dekat kaki dia kan.
Panas. Geram. Benci. Sedih. Segala bagai perasaan aku ada. Tahan, tahan air mata tu, aku kene kool.
27 July 2010
Main Lucah ,
I prefer to sit back and fuckin fuck you from the heart.
Kenapa selalu tak puas hati dengan kesenangan orang lain? Aku hairan, hairan sekali. Aku semua tak hairan setakat nak masuk persembahan koir tu. Kami tak lapar. Tapi kami dipelawa oleh cikgu kami. Kami bukan anak emas, tapi cikgu ketagihkan kami.
Kenapa kau harus pura-pura? Aku tahu, tapi kau saja buat ok-ok saja. Kau sanggup tipu semua orang untuk masuk koir tu jugak. Kau sudah main lucah. Kau fikir kau saja yang bijak. Tapi dari batin, kau memang bodoh. Menyampah sebenarnya nak cakap pasal kau lebih-lebih. Budi bahasa tak ada langsung, cakap tahik. Perasan diri kau bagus, boleh buat segala benda hal. Kenyataan tak begitu, sebab depan khalayak ramai kau sorang saja yang panik mudah gelabah tak tentu pasal. Peluh kau pun dapat menampung mandi harian kau selama seminggu.
Tak kisah lah apa jenis bentuk life kau. Asal kau tak cakap tahik pasal kami semua. Buang topik selenge kau. Semua itu basi. Makan, aku sedang kutuk kau.
26 July 2010
Kau ada life ?
Aku atau kau yang sedang membabibutakan sesuatu?
Baru aku sedar orang macam kau memang layak untuk digelar orang yang pendek akal. Memang nama kau top-ten dalam senarai. Kau memang suka tiru gaya orang. Bila orang beli anjing, kau pun beli sepuluh. Bila orang beli babi, kau beli jugak dan buang semua anjing-anjing kau. Kau pendek akal. Kau masih mentah, kau perasan kau sudah jumpa jati diri. Padahal yang kau jumpa hanyalah dalam longkang. Sebab itu kau macam syaitan.
Kau siapa sebenarnya? Makhluk tuhan jugak? Apa yang lazat sangat pasal hidup kau sampai semua orang nak jilat kau sana-sini. Kau tak pernah ada life sendiri ke? I may be a fuckin loser. But I guess compared to me and you,girl.i win most of the time. Aku nak cakap, aku tak suka cara life kau. Aku tak bajet life aku macam bunyi muzik merdu, tapi saja nak cakap.
Kau tak puas hati apa aku bilang? Kau tak suka aku? Baguslah, aku pun tak suka kau. Jadi kalau kau rasa kau dewasa boleh kita buat temu janji. Kita settle cara dewasa. Jumpa dekat mcd pun boleh tahan sambil jilat mcflurry.
Jadi tolong jangan kutip diri kau dalam longkang. Jijik semua aku tengok.
25 July 2010
Robek Hatinya
' Hadirmu bagai sinar mentari pagi. Menerangi lorong kelam lagi sunyi yang selama ini kulalui. Melenyapkan kedukaan yang bagai berkurun lama memenjara jiwaku dalam sepi. Terasa dulu, bahagia ada di mana-mana. hanya dirimu yang bertakhta di hati ' , berbisik perempuan itu dalam hatinya yang suci.
Perempuan itu serba-salah. Dia buntu. Rupanya pun sudah macam perempuan gila yang hilang anak. Dia dalam dilema sama ada mahu meninggalkan lelaki itu ataupun tidak. Dia tidak sanggup untuk menghadapi cubaan ini. Dia benar-benar mencintai lelaki itu. Malah dia sudah berkorban apa jua untuk lelaki itu. Mahligai cinta yang telah lama dibina dengan lelaki yang dicintai itu kini sudah hancur musnah meninggalkan anai-anai.
Tetapi apakan daya pabila teman kepada lelaki yang dicintainya itu memberitahunya bahawa lelaki itu mempunyai teman wanita lain. Perempuan itu amat sedih lelaki yang dicintai itu berlaku curang kepadanya. Betapa hancurnya hati wanita itu pabila dia mendengar berita buruk itu. Hancur luluh jiwa raganya. Seolah-olah dia adalah perempuan paling malang dalam dunia ini. Katanya seorang diri, mengadu kasih, 'Sanggupkah aku menghadapi cubaan ini? Sanggupkah aku membiarkannya bersama perempuan lain?' Dia buntu, buntu sekali. Apakah lelaki sememangnya dilahirkan untuk melukakan hati perempuan? Perempuan pula, selama mana harus membiarkan hati terus terluka?
Perempuan itu kini nekad. Dia telah membuat keputusan untuk melepaskan lelaki yang dicintainya itu. Dia berharap semoga lelaki itu bahagia bersama perempuan yang dicintainya itu. Berbisik perempuan itu lagi, ' Adakah kau sudah memandang ke dalam mataku, selamilah jauh hingga ke dasarnya. Pasti yang akan kau lihat adalah rinduku terhadapmu dan kesucian cintaku padamu. Tapi, apakah getaran cinta yang meruntun hati hanya aku saja yang merasakannya? '
' Hatimu sebenarnya untuk siapa? Mengapa kau terus membisu pada ketika aku amat yakin yang aku bukan berbayang seorang diri? Aku tahu cintaku berbalas, tapi mengapa kini kau mula berlaku curang kepada aku seorang perempuan yang amat mencintai kau? Adakah cintaku dan kasihku belum cukup untuk kau? ' berbisik perempuan itu lagi dengan tangisan.
Perempuan itu tahu perhubungan mereka bukan satu janji syurga. Bukan janji bahagia, tapi sepenuh hati dan jiwa, dia telah pertaruhkan untuk lelaki itu. Dia sangka dia telah berkongsi impian yang serupa dalam membina istana bahagia bersama lelaki itu, tapi rupa-rupanya kehadirannya bagai tak bermakna apa-apa. Mungkin sejak kehadiran orang baru dalam hidup lelaki itu. Lelaki itu sudah melontar diri perempuan itu ke lembah duka nestapa tanpa meninggalkan rasa bersalah.
Sungguh kesucian perempuan itu tak tercela. Tapi lelaki itu buta tidak boleh melihat kesucian cinta perempuan itu terhadapnya. Perhubungan mereka berakhir begitu saja. Perempuan itu ibarat musafir di padang pasir yang dahagakan setitis kasih sayang lelaki itu. Menanti kembali saat lelaki itu datang kepadanya dengan penuh rindu. Tapi apakan daya, itu semua hanyalah mimpi semata-mata. Perempuan itu sudah tak berdaya berkawan dengan angan-angan bertemankan bayang-bayang.
Apakah sememangnya lelaki dilahirkan untk melukakan hati perempuan? Dan perempuan pula, selama mana harus membiarkan hati terus terluka dan diperbodohkan oleh lelaki?
Subscribe to:
Posts (Atom)