08 December 2011

Dulu Memang Celaka Tapi Rindu .


Walau sepalat manapun kehidupan aku dulu, tapi boleh undurkan masa untuk aku bermain dengan saat-saat dulu walau hanya sebentar ? Bisa tuhan ? Aku rindu. Aku ramai kawan. Lelaki, perempuan, bapuk, pengkid, semua tu kawan aku. Aku kawan dengan semua orang. Kalau ada yang bawak mulut sebab aku berkawan dengan orang-orang yang tak sepatutnya, aku cuma tutup telinga. Apa mereka kesah ? Itu masalah aku nak berkawan dengan sesiapapun.

Biasanya dulu aku akan habiskan waktu-waktu aku dengan kawan-kawan. Tak kiralah dekat celah-celah lubang manapun, akan dijadikan tempat bahan percakapan. Seronok. Aku nak berkawan dengan sesiapa, nak berkepit dengan sesiapa nak buat apa-apa, okay memang takkan ada sesiapa yang kesah. Cuma ada sesetengah pihak yang kurang senang dengan aku. Biasalah, masyarakat Melayu kita, mata bukan main liar ke sana ke sini, mulut kepoh satu dunia agaknya semua boleh dengar.

Tapi itu semua dulu. Life aku yang dulu bukan sekarang. Dan mungkin aku takkan kembali kepada kehidupan yang dulu walaupun kadang-kadang aku rindukan semua tentang dulu-dulu. Sebab sekarang ni ada seseorang yang betul-betul peduli akan aku. Seseorang yang buat aku takut untuk lakukan sesuatu hal walaupun kadang-kadang aku terlanjur melakukannya. Sesuatu perkara yang berlaku kadang-kadang bagi aku tiada silapnya, tapi salah dimata orang. Biasalah, pendapat masing-masing.

" Kau sayang aku ? " katanya.

" Wajarlah aku sayang kau. "

" Kalau kau sayang aku, kalau kau mahu terus hidup dengan aku, kau kena ikut cara aku. Kalau kau lebih suka dengan cara hidup kau yang dulu-dulu, just go on. "

" Tak. Aku tak perlu kehidupan yang dulu. "

" Aku beri kau masa. Kau pilih sama ada kehidupan kau yang dulu atau kehidupan kau dan aku. Macam sekarang. "

" Aku cuma nak kehidupan yang sekarang. "

" Kalau tu yang kau pilih. Kau kena tahu apa yang aku suka lihat dan apa yang aku tak suka lihat. Kau sendiri tahu yang aku orangnya kuat cemburu. Kalau aku kata jangan contact mana-mana lelaki tanpa pengetahuan aku, jangan lakukannya. Jadi semua tu kau dah boleh fikirkannya. "

" Err, maafkan aku. Aku tahu akan semua tu. Aku janji takkan lukakan kau lagi. "

" Mungkin kau pernah mintak aku kongkong hidup kau, dan ya sekarang aku kongkong semuanya. "

Kini aku sedari, di dunia yang penuh kejahilan ini aku berdiri, menjadi seorang pelakon, dan aku mengupah kau untuk menjadi pelakon bersama aku. Untuk membantu aku agar lakonan aku nampak baik. Kau mengajar aku supaya tidak menjadi iblis sebelum dibuang ke syurga. Memang dari dulu berat bagi aku untuk meninggalkan semua yang aku ada, yang paling penting kawan aku. Tapi aku terpaksa. Demi kau. 

Aku tidak gah. Tapi sewajarnya aku cakap aku profesional. Tanpa ada skrip yang tersedia, aku bisa berlakon. Dunia ini mempunyai pentas yang sangat besar untuk aku beraksi. Sekarang, inilah sketsa kehidupan aku, sudah aku masuk dalam plot yang menarik, menuju ke klimaksnya, realitasnya, kau dan aku watak utama. Dan jalan cerita ini, aku perlu belajar lagi untuk menerima cara kehidupan kau. Cara kehidupan yang kau berikan untuk aku. 

Jangan anggap manusia yang dicipta dari tanah liat kononnya kotor tidak bisa menjadi suci. Tingkah laku yang baik, nawaitu yang baik, sifat yang baik itu yang menjadikan manusia suci. Bersih dari segalanya. Tolong jauhkan aku dari mata-mata yang liar. Jauhkan aku dari buruk sangka sesama manusia. Dan kita bisa mengerti  buruk baik diri ini.

05 December 2011

Satu Hari ,


Lihat kami Tuhan. Dengarkan bisikan kecil kami. Berikan kami nyali untuk meneruskannya

" Jom kahwin. "

" Kahwin apa ? Kalau soal kahwin aku tak nak buat main-main. Jadi jangan bergurau macam ni. "

" Aku tak pernah main-main. Aku serius dengan semua percakapan aku. "

" Jangan nak perli aku sangatlah. Boleh tak sayang ? "

" Kau nampak muka aku tengah perli ke sekarang ? "

" Macam mana aku nak nampak ? Bukan aku di depan kau sekarang. "

" So jom kahwin. Kahwin lari. "

" Aku tak nak. "

" Kenapa ? Kau tak nak kahwin dengan aku ? Kau tak sayang aku lagi ? "

" Bukan. Aku dah terlebih sayangkan kau. Tapi bukan sekarang untuk kita kahwin. "

" Tapi bila ? "

" Tunggulah. Satu saat nanti. Kita akan bersama nanti. Selamanya. Berdua. "

" Tapi... Aku takut akan suatu hari nanti. Aku takut aku kehilangan kau. Selamanya. "

" Kau lupa ? Satu malam tu kau suruh aku janjikan suatu perkara dengan kau. Kau suruh aku janji yang aku kena kahwin dengan kau. Cuma dengan kau. Bukan orang lain. Dan ya, malam tu kita mengikat janji depan khalayak ramai. Dan juga aku takkan pernah lupakan janji aku walau sepalat manapun kehidupan aku nanti. "

" Aku ingat. Mungkin sekarang kau masih pegang janji-janji kau. Tapi suatu hari nanti ? "

" Kau kena tahu satu benda. Tuhan itu tidak kejam. Jadi dia telah menyusun segala cerita dengan baiknya. Walaupun kita tak berdua selamanya, walau kita tidak berjaya untuk mendapatkan apa yang kita impikan selama ini, yang pasti kita telah berhasil mendapatkan dan menyimpan segala memori antara kita. Sebuah cerita yang tersimpan. "

" Ya... Aku percaya. Aku nak kau tahu satu benda. Contohnya kalau takdir yang menentukan suatu hari nanti kita berpisah jua, tidak kiralah kapanpun, dan jodoh kita masih kuat, aku akan datang jua untuk kau, sewaktu tu aku datang semasa aku sudah sukses dengan kehidupan aku. Yang pasti, aku boleh sara kehidupan kau dan aku iaitu kita sampai akhir nafas. Aku nak kau pegang kata-kata aku. Selagi nota ini tiada titiknya, aku tidak akan pernah berputus asa. "

" Amin. Aku akan doakan semua itu kalau memang semuanya sudah direncanakan-Nya. "

" Sayang, kalau ada seseorang yang mencelakakan hidupnya aku, kau akan datang bantu aku ? "

" Untuk apa pertanyaan itu ? Kau lupa kata-kata aku ? Selagi aku masih ada, selagi hayatku dikandung badan, aku akan pastikan tiada siapapun yang bisa mencalarkan kau. Aku akan jaga kau sebaik mungkin. Sebabnya aku sayang akan kau. Aku cinta kau Arang. "

" Terima kasih sayang. Aku sayang kau juga. Dan aku cinta kau juga Pelat. Selamanya. Amin. Dengan kehendak-Nya. " 

04 December 2011

Aku tunggu di Timur .


" Aku sayang kamu seperti obat dan penyakit, seperti burung dan nyanyiannya "

Agaknya hujan yang akan datang lagi. Panas hanya sebentar. Semakin lama semakin gawat lalu mengubah nama dari Hujan kepada Taufan dan akhirnya memusnahkan semua kemudahan di sekeliling manusia. Aku lagi sedang merapu. Sebenarnya semua tak tentu arah, bila kau tak ada di sini nanti. Sepertinya aku harus berada terus dengan kau tak kiralah tengah buang air besar ke tengah korek hidung ke tak pun tengah mandi. Mengarut sangatlah tu.

Seramnya aku bila ombak yang tinggi menunggu masa membaham seluruh jiwa aku dan bakal mendajalkan diri menyimpan seluruh rindu-rindu aku. Kenapa ? Kerana sebentar lagi dia akan pergi. Kemana ? Ke suatu tempat. Berapa lama ? Tiga bulan. Untuk ? Mendisiplinkan diri dari syaitan ke malaikat. Terus ? Aku tidak menghalang. Tapi hati berat untuk merelakannya pergi. Tempatnya jauh ? Di bulan ? Bukan. Hanya di bumi.

Bukan tiga hari, tapi tiga bulan. Aku kena tunggu sembilan puluh hari. Kalau dia pergi, aku kena berasmara dengan airmata. Sebab nanti rindu tu... Ya tuhan tak boleh nak bilang dengan jari. Itu tak syok. Aku cuma syok berasmara dengan dia. Kalau dia tiada dipangkuanku, siapa nak jaga aku. Kau percaya cinta dia ? Percaya. Cinta dia yang akan jaga kau sebaik mungkin. Kau sayang dia ? Sayang tak terkira. Kau nak tunggu dia atau kau nak orang lain ? Aku nak dia. Kau percaya tuhan ? Mestilah, tuhan mana pernah menipu. Kau tahu tak tuhan akan pertahankan kau berdua kalau selagi Dia restui ? Ya, aku tahu akan semua itu.

Realitasnya, apa sahaja yang akan terjadi, jadilah. Asalkan kita berdua tahu yang pada satu saat itu, kita telah menjajah dunia. Dunia yang pernah menjadi milik kita. Dan selamanya, dan kuasa kita, dan selamanya kuasa itu ada, kita sahaja. Dan ucapan malam itu, aku masih ingat kau berkata padaku, ' S kuasa tiga - Saya Sayang Sayang. ' Walau kau terbang ke barat, aku di timur akan tetap pegang S kuasa tiga kau tu.

Sebelum aku melabuhkan mata yang hampir terlelap ni, untuk parents aku yang paling aku sayang, yang tak pernah berhenti melayan kerenah merepek aku, terima kasih kerna sentiasa kecapi semua mimpi-mimpi indah aku jadi kenyataan. Dan untuk buku ' Bogel Menuju Tuhan ' tunggu aku akan datang sambut kau dengan penuh rasa berbangga kerna akhirnya bisa memiliki kau. Terima kasih Zahiril Adzim penuhi hasratku yang ku cari selama ni dan sudah ku temui.

01 December 2011

Back To December.


Untuk tahun dua kosong satu satu ini, yang pasti aku jumpa lagi Disember. Disember yang aku rindukan. Disember yang pernah aku gelak bersama-sama tahun lepas. Disember yang tersimpan banyak memori tahun lepas. Dan untuk tahun ini, aku harap Disember kali ini sama wataknya macam Disember yang lepas-lepas. Aku juga harap Disember kali ni lebih baik dari Disember yang lepas. Hai bulan yang bernama Disember, aku harap semua yang berlaku dan saat-saat yang akan menjelma semuanya indah. Kayak biasanya.