17 February 2011
Pergi Tak Kembali .
Waktu berjalan dengan pantasnya. Waktu kini memakan usia. Bumi berputar mengikut paksinya. Siang malam silih berganti. Kalendar sering menukar tarikhnya. Tanpa aku sedari, aku telah menjadi seorang remaja tujuh belas tahun yang hanya punya ilmu cetek di dada. Seorang remaja yang masih mencari diri. Seorang remaja yang masih terkontang-kanting. Dan seorang remaja yang masih terpinga-pinga dengan alam dunia.
Di kamar aku bersendirian, mengintai di luar tingkap, melihat burung-burung berterbangan hinggakan buat aku rasa cemburu Terbang sama-sama, cari makan sama-sama dan semuanya sama-sama. Pernah aku meminta kepada tuhan mengapa aku tidak dilahirkan ke atas muka bumi ini sebagai seekor burung. Mungkin itu menyeronokkan. Tapi harus aku terima dengan ketentuan Ilahi. Harus aku rasa bersyukur.
Pernah sekali aku terfikir, walau haiwan tidak punya otak seperti manusia, tapi haiwan lebih bijak pandai daripada manusia. Haiwan juga tahu erti kasih sayang. Kasih sayang kepada keluarganya. Pengorbanan terhadap keluarganya. Betapa pentingnya sesebuah keakraban sesebuah keluarga. Di sini dapat aku konklusikan, tanpa keluarga di sisi, siapalah kita. Kasih sayang itu harus wujud dalam diri. Biar kita dapat rasa ikatan kasih sayang antara keluarga itu ada. Biar kita tidak rasa dipinggirkan. Biar kita tidak rasa hidup ni kosong.
Harus aku rasa bersyukur punya sebuah keluarga. Kerna masih ada yang lain hidup sebatang kara yang kurang kasih sayang. Harus aku ingat aku masih punya ayah, ibu, abang, kakak walau kadang-kadang aku rasa benda tu semua boleh nampak depan mata, tapi bukan dalam hati. Harus aku tahu, hanya keluarga itu yang aku punya. Dan harus aku berdoa kepada tuhan, agar diberi kebahagiaan dan kesejahteraan kepada keluarga aku.
10 February 2011
Hanya Kerna Dia ,
Dia, memang hanya dia, ku selalu memikirkannya, tak pernah ada habisnya. Benar dia, benar hanya dia, ku selalu menginginkannya. Belaian dari tangannya. Mungkin hanya dia harta yang paling terindah. Ku ingin kau tahu isi hatiku, kau lah yang terakhir dalam hidupku. Tak ada yang lain hanya kamu, tak pernah ada, takkan pernah ada. -Geisha
Aku lihat dia pada pandangan pertama, 250910 disitu bermulanya kisah antara kami, yang menghiasi dunia kelamku, buat ia bersinar dengan penuh warna warna. Ku ingat dia sewaktu bersama yang membuatkan hati aku gundah gulana dengan senyuman serta gelak ketawa sehingga aku tertarik padanya. Aku diam membisu, aku tidak tahu bagaimana bisa aku ucapkan kata terima kasih pada tuhan kerna mempertemukan aku dengan dia. Tidak pernah terlintas di fikiran untuk mengenali dirinya. Tapi aku bersyukur yang teramat kerana bisa mempertemukan dirinya.
Takdir yang menentukan segalanya, 101010 bermulanya segala cerita antara kami, diri aku buat aku rasa terharu kerna aku bisa punyai laki-laki seperti dia, yang bisa terima apa adanya aku. Tanpa aku sedari aku mula jatuh hati padanya sampaikan aku takut untuk kehilangannya. Aku ikhlaskan hati menerima cinta daripadanya. Membuka semua ruang yang ada kepadanya. Cuba ungkapkan kepadanya apa yang tersirat di hati agar dia tahu apa isi hatiku terhadapnya betapa besar cinta dan sayang ini. Selalu meminta hati ini tak akan pernah berubah atau beralih kepada yang lain. Selagi aku bernyawa, dan selagi itu aku berdoa dan terus meminta agar tiada sumpahan yang tempias pada hubungan kami. Yang aku bisa nyatakan adalah, moga perhubungan ini berakhir di satu titik yang bisa bawa kami ke arah kebahagiaan.
Langkah demi langkah mengikut detik yang berlalu, melalui berbagai saat suka duka tika bersama. Pahit manis semua aku tempuhi. Hari demi hari, sinar sang suria membakar kulit tanpa sakit malahan perit. Tapi itu semua dilitupi oleh pelangi yang bisa membawa cahaya kebahagiaan kepada aku. Walau aku tersungkur, hanya dia yang bisa buat aku bangun kembali mengubati luka di hati. Hanya dia yang mampu hilangkan parut di jiwa.
Walaupun kadang-kadang dia juga pernah buat hati ini terluka, tapi aku ikhlaskan dengan hati. Kerna selalu tetapkan dalam hati bahwa apa yang terjadi adalah ujian daripada tuhan dan pastinya semua itu ada hikmah disebaliknya. Manusia juga tak akan terlepas daripada buat kesalahan kerna tuhan jadikan manusia semuanya tak sempurna. Tapi ada kadang-kadang aku nangiskan diri kerna sudah lemah dan tidak mahu menerima ujian daripada-Nya lagi. Tak pernah sekali aku sesali, kerana sengsara itu mengajar aku bercerita dan duka itu membawa aku bahagia.
Akan aku menjalani liku-liku perhubungan ini walau sepayah mana pun. Kerna aku tahu, hati kecil ini hanya bisa mengisi kasih sayang daripadanya. Berharap ia terus mekar di dalam hati. Dan akan terus berharap perhubungan ini ada kesetiaan dan kejujuran. Terakhir, harap cerita antara kita tidak akan ada habisnya.
You are an angel, making all my dreams come true tonight. All i wanna do is love you.
07 February 2011
Komplikasi Jiwa
Aku masih berjalan di titian masa yang dipenuhi kaca-kaca. Aku masih berjalan dalam suasana kelam tanpa bantuan mana-mana hamba. Aku masih berdiri di luar kemampuan sendiri masih cuba untuk berlari dan aku masih di sini untuk terus mencari siapa diri aku. Tolong ingatkan aku dengan masa lalu, ketika aku tersungkur dan sekaligus cuba untuk bangkit kembali demi melalui liku-liku hidup ini.
Tidak perlu aku menaburkan sesuatu dengan apa yang aku miliki. Bagi yang mengenali diri aku, pasti ada yang berbunyi seperti hamba lain bahawa aku perempuan ganas yang tidak punya hati dan perasaan. Tapi bila difikirkan, aku lah manusia paling lemah yang mudah terasa pabila disakiti. Hati perempuan ini lah yang selalu rapuh pabila dikecewakan. Hati perempuan ini juga lah yang selalu terbelah pabila disisihkan. Diri aku, aku suka lakarkan melalui perkataan, tulisan, lukisan dan contengan. Kerna aku tidak mudah bisa untuk bicarakan apa yang aku rasa pada seseorang.
Andai aku bisa, aku mahu ungkapkan terima kasih pada orang disekeliling aku yang mampu memberi seribu kegembiraan pada aku. Terutama pada lelaki yang telah masuk ke dalam hidup aku sewaktu aku jatuh tersungkur lantas dia mewarnai hidup aku. Andai diberi kekuatan, akan aku jaga hubungan ini sedaya yang termampu. Akan aku paparkan sejuta keceriaan di wajah ku walaupun di dalam hati beribu duri yang menusuk. Aku rela menangis kesayuan sendirian yang tergenang di dalam hati yang kalut ini tanpa menyusahkan orang disekililing aku. Yang pasti, orang-orang yang aku sayang dan kasihi, dapat menjalani hidup dengan gembira.
Aku tak tahu sampai bila aku harus pendamkannya. Aku tak tahu sampai bila aku harus menyuarakannya. Dan aku tak tahu sampai bila aku harus bersabar. Cuma aku terus berdoa dan terus meminta, agar kehidupan aku sekarang terus berjalan dan meniti tanpa berhenti di separuh jalan kerana aku tidak mahu ada penyesalan berlaku di akhir cerita. Aku bersyukur kerana tuhan kurniakan orang-orang disekeliling aku yang bisa buat aku gelak ketawa. Berharap kepada hanya yang satu iaitu tuhan agar bisa lupuskan semua memori hidup aku sebelum ini agar aku terus bisa meniti kehidupan ini. Mengharap ia terus mati dan takkan pernah kembali dalam kehidupan ini lagi.
02 January 2011
Starting ,
Okay mungkin aku terlambat post. Kecoh sana-sini happy new year, selamat tahun baru. Say hello 2011 and then say goodbye 2010. Tarikh tahun baru tahun ni memang lawa, 1.1.11. Memang tak boleh dinafikan ramai orang jatuh hati dengan tarikh ni untuk dijadikan sebagai tarikh couple ataupun tarikh perkahwinan. Macam seperti yang lepas 10.10.10. Memang ramai orang yang memiliki tarikh itu.
Sebut tahun baru, memang setiap orang pasti punya azam baru. Memang semua tanam azam baru dan ada juga pasang angan-angan. Tidak terkecuali kepada VVIP, Raja-raja dan juga orang-yang-mudah-putus-asa. Sememangnya kita mahukan yang terbaik daripada yang lepas. Dan moga tahun baru ini lebih lancar daripada yang sebelum ini. Lebih maju ke depan.
Subscribe to:
Posts (Atom)