08 August 2010

Noisome ,


Kelmarin hari yang seronok. Dapat jumpa teman-teman lama. Borak sama-sama, makan sama-sama, snap gambar sama-sama. Teringat kenangan kami dulu-dulu. Cuma tak berapa nak lengkap sebab ada beberapa teman aku yang tak dapat datang. Harap dapat jumpa kau-kau semua lagi lepas ni.

Esok, aku pasti nervous. Aku tak boleh nervous, nanti aku rasa nak kencing. I wish tomorrow i and my team qoir will do the best the qoir competition. Harap kami semua dapat kemenangan. Sekarang rasa macam jantung nak tercabut, esok atas stage aku tak tahu lagi apa yang aku rasa. Sabar, aku kena kool. Tak boleh gelabah sangat. Buat-buat muka tenang sikit. Bisa kan?

Maaflah kawan. Tiada niat nak pinggirkan kau. Aku tak tahu kenapa, jangan tanya aku. Kau tanya yang lain, mungkin mereka semua ada alasan yang kukuh untuk kau. Ini mungkin ada salah faham. Kita mungkin sama-sama salah. Kita manusia, ada salah dan silap. Maaf jika aku lukakan hatimu. Aku sayang kau.

05 August 2010

Korban Semua ,


Korban apa saja demi kemenangan pasukan koir sekolah. Aku pasrah walaupun tiap-tiap hari terpaksa balik lewat sekolah disebabkan latihan koir. Macam-macam dugaan yang menimpa. Pergaduhan, rasa ketidak-puas-hati, cemburu, malah semua perasaan ada pada diri masing-masing. Biasalah lumrah manusia kita tak boleh ubahkan. Tapi masing-masing bajet tabah, cekal, sabar demi mahukan kejayaan pasukan koir sekolah. Harap titik peluh kami semua bawa kemenangan pada 9 Julai nanti. Contoh kalau menang, nak angan-angan sekejap, kalau boleh nak show off dekat semua orang, aku bukan ulat bulu, aku boleh buat. Cet, malas nak cakap besar seperi orang lain, nanti akan ada kerugian besar yang tuhan bagi.

02 August 2010

Kedekut ,


Orang jahat ada sana, orang jahat ada di situ, tapi orang kedekut ada di sekeliling aku. Aku tak berkira walau satu sen pun dengan semua orang. Tapi kenapa kau kedekut sangat?

Duit satu sen pun kau berkira ke dengan aku? Alahai, aku tak lapar dengan duit satu sen berkarat kau tu. Kalau boleh semua benda kau nak yang orang punya kan. Semua orang duduk sibuk cakap pasal kedekut kau tulah. Kau tak malu ke? Kalau aku dah lama buang muka jauh-jauh. Seryes aku cakap.

Well, aku tak tipu. Mungkin entri ini agak sensitive untuk kau. Kalau kau sedang membaca ini sambil buat muka marah, pasti kau keluarkan macam-macam spekulasi. Sebab kau rasa apa yang aku cakap semua tak betul. Aku bukan penipu, tapi mungkin aku penjahat sebab aku suka kutuk orang.

Bagi aku seorang loser adalah orang-orang-yang-tak-boleh-terima-kenyataan-macam-kau. Bila aku cakap macam tu, baru sekarang kau nak letak plot " Memang aku kedekut, sebab aku nak berjimat. Nak simpan duit sikit, nak beli baju baru " Boleh kau cakap macam tu, macam tiada falsafah.

Bikin malu, nak kesenangan diri, tapi menyusahkan orang lain. You suck, you should fix that. Seryesly aku cakap.

01 August 2010

Jiwa Obses


Macam seperti biasa, sudah pasti aku akan ucapkan hai kepada bulan-bulan baru. Hai bulan Ogos. Harap hari-hari kau dipenuhi dengan senyuman kambing. Aku tak mahu senyuman kuda, macam senyuman tak ikhlas.

Aku mogok sekarang. Aku tak suka. Kenapa orang perlu obses sangat nak dengar bila ada cerita hot tak pun cerita sensasi? Maklumlah, mungkin baru keluar dari oven kan. Jadi semua orang lapar nak makan kan. Aku hairan. Cerita apa sebenarnya? Apa yang lazat sangat sampai semua isi luar dalam nak jilat? Tak kebas ke mulut sibuk cakap pasal semua orang sana sini?

Kau semua sibuk cakap topik selenge pasal dia. Sampai kau jumpa dia pun, kau buat dia macam sampah masyarakat. Kau tengok dia dari atas sampai hujung kaki. Salah dia apa? Langsung dia tak tarik bulu ketiak kau. Tapi kau semua kalau boleh nak tengok bulu ketiak dia warna apa. Mungkin kalau bulu ketiak dia warna voilet, pasti semua jeles. Kecoh lagilah kau cerita pasal dia kan.

Tolonglah. Sudahlah. Jahit kain kau-kau semua sendiri. Jangan sibuk nak jahit kain orang. Kau semua tak mahu ke ada life sendiri? Pasti ada melodi.