27 September 2010

Makan Besar ,


Jamuan hari raya dekat sekolah hari tu enak. Mula-mula macam kelam-kabut sebab kena buat macam-macam persiapan. Dada pun semput tersedut-sedut. Rasa macam nak mati dah. Tapi at last semua okay. Program semua jalan bagus mungkin. Artis pun ramai datang. Maksud aku anak murid dan staff-staff lain yang buat persembahan. Suara masing-masing makan dalam. Nasib hujan tak turun.

Result semua sudah aku dapat. Markah semua boleh dikatakan lawa-lawa. Buat aku tergoda. Okay, cukup. Aku tipu. Tak lah selawa yang aku cakap. Semua hodoh, langsung tak pakai mekap. Cuma pakai lipstik merah banyak, tu pun cikgu kasik free dekat aku. Aku tak rasa benda pun, sebab macam sudah terbiasa dapat benda sebegini.

Aku tunggu saat itu. Saat aku dapat Phd. Aku bukan nak cakap besar, tapi kenyataan yang aku cakap. Aku bisa senang bila aku dapat Phd. Anugerah terbesar. Maksud aku Peperiksaan Habis Dah. Mungkin nanti. Tunggu, tak lama lagi. Aku bisa bertahan.

17 September 2010

Tinggal Sisa ,


Makin dekat dengan hari persekolahan. Mungkin lepas ni harus ikut jadual pembelajaran dekat sekolah seperti biasa. Cuti sekolah masih tinggal sisa-sisa. Tinggal lagi dua. Nak manfaat pakai apa agak-agak? Mungkin mengadap benda ni saja. Raya tahun ini macam masam-masam manis saja. Tiada yang buruk, tiada yang baik. Tawar saja.

Semalam indah. Dapat pergi keluar dengan kawan-kawan. Release tension dekat gigs. Lihat anak jantan moshing habis segala tenaga, keluar segala peluh. Buang baju dan segala bagai benda biasa, bukan lucah. Tahan, tahan, perkara biasa. Tapi malang, gig habis awal. Jadi aku beralih ke pantai. Lepak sana, buang segala toksik dalam badan. Mengancam, dapat hirup udara segar, tengok pemandangan indah di waktu malam. Tengok atas, nampak bulan dan bintang lawa sangat. Rasa nak petik satu. Jika bisakan.

Buka sekolah nanti, pasti tak seronok lagi. Pasti harus tengok muka cikgu yang aku rasa dah meluat untuk tengok. Kena tengok markah exam lagi. Pasti membunuh kan kan. Okay, stay kool. jangan gelabah sangat. Tak perlu fikir sangat. Fikir benda lain lagi bagus.

11 September 2010

Raya Kedua ,


Semua sibuk. Beraya rumah sanak-saudara, nenek moyang, sahabat handai. Kanak-kanak seronoklah, dapat duit raya. yang macam aku ni, tua bangka, mana ada kaum dah nak bagi. Tapi kalau dapat pun, wah lumayan juga. Seronok-seronok. Gua simpan dulu dalam poket, lepas tu gua belanja lah.

Raya semalam macam sunyi tapi seronok. Pagi hujan, tuhan bagi nikmat. Semua pakai baju lawa-lawa, perempuan muka mekap tebal masing-masing, kanak-kanak poket penuh dengan duit raya. Aneh, budak-budak zaman sekarang dah tak nak masuk rumah beraya, duduk tepi pintu je, datang nak kutip duit raya. kalau macam aku dulu kira masih baik hati, sebab masih jaga hati tuan rumah walaupun dalam hati hanya nak duit raya lah katakan.

Raya kedua pula diberkati dengan kedatangan malaikat baru. Maksud aku baby baru. Bukan adik aku sebab mustahil dah aku bakal dapat adik. Hanya anak saudara gua. Seronok-seronok.

09 September 2010

Selamat Hari Raya


Esok menjelang tiba hari raya. Bulan puasa sudah pulang ke tempatnya. Mungkin bisa ketemu lagi pada tahun hadapan. Semua umat islam tak sabar lagi nak menyambut hari raya. Nak pakai benda baru dan segala bagai. Takbir raya akan berkumandang malam ini di masjid dan di siaran tv. Bunyi mercun pasti kedengaran.

Kanak-kanak pasti bersorak tanda gembira. Warga emas pasti gembira dalam tangisan kerana masih dipanjangkan umur untuk menyambut lebaran. Ibu, kakak pasti sibuk menyusun kuih, memasak juadah untuk hari lebaran. Para remaja pasti sedang berang dan marah. Tak boleh nak sent mesej ucapan hari raya dekat para sahabat sebab mungkin line telefon busy pada masa itu. Mungkinlah.

Mohon maaf andai pernah melakukan salah dan silap. Berjabat tangan tanda meminta maaf. Izinkan aku mengucap Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin.

07 September 2010

Menjelang Tiba ,


Kian tiba hari aidilfitri. Dalam hati makin berkobar-kobar nak sambut raya. Pada zahirnya sebab nak pakai baju baru dan segala bagai lah benda baru. Lagi-lagi sebab tangan gatal nak dapat duit raya. Diri sendiri tak mahu cermin doh sudah tua bangka, muka tak malu memang macam tu. Aku mengaku itu sudah kepunyaan diri aku. Aku tak kisah apa orang cakap, asal aku jadi diri aku. Mereka jugak yang bakal face to face dengan tuhan sebab sibuk mengumpat aku. Aku tak peduli. Budak main bunga api, aku main. Orang main mercun, aku main. Tapi tolong dengar bunyinya saja lah. Sebab tak berani sangat dengan api.

Bila nak raya, semua pakai benda baru. Sampai underwear pun kalau boleh nak baru. Aku tengok jiran sebelah tiap-tiap tahun tukar langsir baru. Aku cakap dekat mak aku, jangan cemburu sangat, langsir kita lagi cantik daripada dia. Dia tu nafsu kuat, selalu nak lebih daripada orang. Beli langsir pun kain Satu Ringgit Satu Meter. Apa nak hairan, kain murah. Semua boleh tukar tiap-tiap tahun. Tapi jiran aku ni bila raya dia tutup pintu rumah. Konon balik kampung. Padahal tak nak bagi budak datang beraya, sebab nak save duit. Tak nak kasik duit raya atas alasan belum dapat duit gaji, bos tak bagi bonus raya. Manusia ni pun boleh jadi jiran aku. Rosak rukun tetangga.

Tengok aku. Anak bagus, budak bagus. Aku tolong mak aku jilat lantai, panjat tingkap, tiup segala jenis debu, gilapkan daun, baguskan ? Tak macam yang lain, goyang kaki, korek hidung, lupa padahal sedang berpuasa, memang pemalas. Macam pelik bunyi tu. Konon, padahal tak sebenarnya. Itu hanya omongan aku. Hakikat, aku lebih daripada seorang yang pemalas. Mugkinlah.

Tunggu keajaiban dari tuhan beri nikmat pada aku jadi budak rajin. Perhaps.

03 September 2010

Bulan Baru Lagi


Mungkin bulan Sepetember ni aku sambut kau dengan mood yang tak berapa nak elok. Mungkin. Maaf atas kesulitan itu. Patut aku sambut bulan baru ni dengan mood yang meriah mungkin bisa, tapi sebaliknya. Belum jumpa lagi mood baik aku. Aku dah dapat cuti, dan semua pun mungkin dapat kan. Konon istilah betul cuti raya. Mungkin aku bisa isi cuti aku ini dengan aktiviti yang boleh buat aku ada mood okay balik macam dulu-dulu. Bukan stupid-things. Agaklah.

Semua manusia bukan sama. Mungkin hanya pada dasar rambut sama hitam, tapi hati tak sama putih. Mungkin aku tak boleh cakap bajet nak nilai orang dari kulit badan. Jika bisa, aku mahu scan hati manusia, nak tahu apa isi dalam. Pada hakikat, aku atau siapa-siapa tak boleh buat benda tu. Jadi, ambil langkah mudah, kita semua nilai seseorang tu dari pandangan luar. Kita tak tahu sama ada tanggapan itu betul atau tidak, sebab kita cuma tepuk dada tanya selera. Dan itulah jawapannya. Disini, aku boleh cakap kitalah orang-orang-yang-paling-bodoh bila buat keputusan.

Itu yang menjadikan manusia merasa lost, loser, fucked up. Hidup ini tak banyak pilihan. Pada mulut orang mungkin semua bicarakan hidup ini sebuah perjalanan yang kita kena lalui. Tapi aku rasa tak, sebab cubaan yang perlu kita jalani sepanjang jalan itu. Jadi kita kena pilih saja yang ada depan mata kasar kita. Mungkin juga yang sudah ada depan mata kita, itulah yang terbaik. Kita harus teliti, jaga, simpan benda tu elok-elok jangan sampai tercalar. Sebab kalau hilang, susah nak gilap benda tu balik.