16 June 2010

Lucahan Mulut


Aku bukan perdana menteri, aku hanya masyarakat biasa. Aku hairan, begitu banyak masalah. Aku tak perlu jadi gelabah, aku tidak boleh panik, aku harus jadi kool. Aku yakin kita semua hipokrit kan. Jangan berlagak suci depan aku. Aku bukan malaikat, aku tak boleh sabar lagi. Cepat, tolong muncul lagi depan aku. 070610, tarikh itu dia muncul lagi. Faiz Farham hidup lagi. Aku kaget, aku terkedu seketika. Gembira dalam tangis. Jangan jadi lembek, tak perlu menangis. Aku harus bersyukur, dia masih seorang manusia. Terima kasih, doa aku dimakbulkan. 06062010, tarikh itu, tarikh bersejarah bagi kami. Aku perlu simpan tarikh itu elok-elok dalam memori aku. Aku tak mahu sampai siapa-siapa usik tarikh itu. Tolong, kau jangan hilang tanpa berita lagi. Aku cepat panik, takut kau mati.

Maaflah, aku terpaksa cakap benda lucah ini. Aku lama sabar. Aku sedih lihat keadaan huru-hara begini. Kau bukan lagi yang aku kenal lebih kurang tiga tahun setengah dulu. Kau benar-benar berubah. Aku tak suka lihat perubahan kau yang sekarang ini. Aku benci, aku rasa hina sangat. Memang kita semua sudah berubah hakikatnya. Tapi tolong, cara kau begitu, lucah bagi aku. Maaf sekali lagi, seryes tiada niat nak sakiti siapa-siapa.

05 June 2010

Muse - Unintended

Benda Durjana


Hati tak berapa tenteram ini hari. Banyak masalah yang tersumbat. Aku tak tahu nak cari tukang dekat mana nak selesaikan masalah itu semua. Sudah bosan hidup dengan macam-macam-masalah-yang-membawa-beban. Objektif itu semua apa ? Jangan tanya aku, aku tak tahu, mungkin itu sudah takdir. Masalah bukan kayu bila bakar ia tetap masih ada abunya. Tapi masalah perlu macam plastik bila bakar lenyap terus. Sebab itu semua problem yang kita perlu selesai baik-baik dan kita jangan jadi manusia pengecut yang suka cari jalan mudah lari dari masalah. Sekarang aku macam nak tekan nombor 999 sebab nak tahu dimana keberadaan si jejaka bernama Faiz Farham. Aku jadi hairan sebab jantan itu hilang secara tiba-tiba. Aku jadi risau sebab takut makhluk asing yang kebas dia daripada aku. Tolong, carikan jejaka itu untuk aku. Dia bercirikan seorang lelaki, punya mata, telinga, mulut, hidung dan semua cukup sifatnya. Jika terserempak dimana-mana, tolong contact aku dengan segera. Aku mohon, ini seryes, bukan lawak bodoh.

03 June 2010