04 March 2013

Fly

Aku cuma ada satu permintaan. Tu pun kalau aku boleh mintanya dengan tuhan. Aku cuma nak hidup dalam dunia aku sendiri. Kalau tuhan beri aku waktu, cuma sehari untuk hidup dalam dunia aku sendiri sambil bermainkan fantasi, aku mahu.

Sebab aku terlalu penat dengan keadaan sekeliling. Boleh aku lari sebentar? Alone? Lari dari semua situasi biar aku dan hati sahaja tika saat itu. Agar kami bisa berbicara. Biar kami saling pujuk memujuk, agar kami bisa sembuh dari segala perih. Bisa?

Penat berceloteh. Penat berkata. Penat juga menangis. Penat memendam. Penat. Aku nak rehat. Aku mahu dunia aku. Jangan pertikaikan cela aku. Sebab aku memang banyak cela.

07 January 2013

Antara Dua ?

Pasrah atau redha? Pilih. Kalau semua hal berjalan seiring dengan semua apa yang kita mahukan,  mungkin tiada kata susah, perih, perit dan payah dalam hidup kita. Maka itu tuhan akan tidak pernah lelah untuk menguji kita dalam apa keadaan kita. Tapi tuhan itu bukanlah sekejam yang kita fikirkan, tuhan itu maha adil sebenarnya. Dia takkan memberi dugaan yang setimpal untuk kita. Dia tahu sekuat mana kekuatan kita untuk melawan dan mengawal segala ujian dariNya.

Ya Allah. Dengan namaMu ya Allah, aku menyeru, aku redha dengan segala ketentuanMu. Biarlah dengan segala apa yang terjadi ini aku akan anggap dia cuma mimpi buruk dalam kehidupan aku. Dan biarlah mimpi itu adalah mimpi yang pertama dan terakhir untuk aku. Kau jauhkanlah aku dari segala mimpi-mimpi buruk. Masa ini tidak panjang untuk aku persoalkan apa itu kerja tuhan, apa itu takdir tuhan ke atas hidup aku. Kalaulah semua orang bisa mendengar kata hati ini, pasti semua orang akan tahu apa yang aku rasa dan apa yang aku cuba harungi sebenarnya. Dan juga pasti mereka di luar sana akan cuba memahami macam mana aku cuba berlari dari semua kekejaman yang berlaku ke atas diri ini, dan macam mana aku cuba bangkit dari kejatuhan ini. Allah.

Tangisan. Tangisan itu bukan cara untuk selesaikan masalah. Tapi tangisan hanyalah untuk memuaskan hati untuk segala keperitan dan keperihan. Aku tahu, untuk lupuskan segala hal yang terjadi itu bukanlah senang. Tapi untuk membuang segala rasa itu adalah yang terbaik. Bukan aku yang minta jadi macam ni. Dan bukan kita yang mengharap untuk benda ni terjadi. Tapi keadaan yang memaksa kita jadi macam ni sebenarnya. Hanya sebab satu keadaan yang teramat susah untuk kita semua kawal, kita semua selesaikan, semua ni lupus dalam sekelip mata. 

Kenapa dan mengapa? Aku? Bukan orang lain? Sebab semua ini sudah tertulis pada kalamNya. Tolonglah dengar suara hati. Tolonglah. Aku dah penat untuk bertahan.

01 January 2013

Penulisan Terakhir

Sudah tiba masanya, muka surat 366. Masa untuk buka buku baru. Masa untuk buka cerita baru. Masa itu berjalan terlalu pantas. Tidak terasa ia berjalan. Secara sedar atau tidak sedar, sudah banyak hal yang sudah berlaku tanpa kita jangkakan. 31/12/2012 akan berakhirlah. Pergilah bersama kenangan. Bawalah bersama dengan kepahitan. Biarlah yang tinggal hanya kebahagiaan yang boleh merawat segala duka dan luka.

Dua ribu dua belas. Terlalu banyak kenangan yang tidak boleh ditaip oleh jari jemari. Terlalu banyak cerita yang sukar untuk diceritakan kembali. Terlalu banyak rintangan dan cubaan yang teramat susah untuk dimengerti oleh hati. Terlalu banyak luka yang sangat susah untuk diubati. Tetapi disebalik kepayahan dan kesusahan itu, ada terselitnya saat saat bahagia yang teramat susah untuk dilupakan dan untuk dikuburkan. Mungkin kenangan itu hanya akan tinggal kenangan dan tidak mungkin akan kembali lagi kelak. Tidak sama sekali.

Biarlah segala rasa dan cerita yang sulit ini hanya aku yang merasa. Biarlah hanya aku yang memahaminya gimana rasa sebenarnya. Biarlah orang di luar sana sudah tahu yang aku mampu bergerak. Bergerak dengan langkah aku sendiri. Harapan dan cita-cita. Bukan semuanya akan menjadi kenyataan untuk suatu hari kelak. Mungkin ia akan terpesong dari apa yang kita impikan. Tapi usah khuatir, segala harapan kita itu tuhan akan gantikannya dengan perkara dan harapan yang lebih baik. yang mungkin satu hari kelak kita kan merasa syukur sangat kepada hadrat Ilahi. Cuma kita hanya perlu percaya, Allah itu maha adil.

Dua ribu dua belas. Banyak hal yang akan dikuburkan. Hidup ini terlalu singkat untuk bersedih. Buanglah segala keperihan agar hidup lebih tenang dan bahagia. Dunia ini terlampau pendek untuk menjadi seorang yang menyedihkan. Aku cuba untuk putarkan roda kembali. Buang masa untuk simpan segala cerita cerita sedih. Bangkit. Cuba kuatkan diri untuk bersama orang yang tepat. InsyaAllah. Aku harap kali ini tuhan sudah betul betul menemukan orang yang tepat untuk aku bukan dengan orang yang salah lagi. Moga tuhan mendengar doa aku. Amin ya rabbal alamin. Moga di tahun baru ini akan ada sinar baru. Moga ia tidak sekejam 2012 lagi. Bismillah.

SELAMAT TAHUN BARU 2013.



24 December 2012

Coba.

Sudah banyak hal dan banyak perkara sudah aku temui dan aku kenali. Dalam banyak hal dan juga perkara itu jugalah sudah berkali-kali aku berdiri, aku jatuh aku bangkit, aku jatuh lagi dan aku cuba untuk berdiri lagi. Semua itu bukan mudah untuk aku lakukan sebenarnya. Tapi aku cuba belajar, belajar dari semua kesilapan, belajar dari kepayahan, dan aku cuba. Selama aku hidup ini, aku dah banyak lakukan kekhilafan, tanpa aku sedari, segala kekhilafan itu telah memakan diri aku sendiri sehinggakan aku sendiri tidak tahu lagi macam mana untuk melangkah ke hadapan. Seakan semuanya kaku.

Aku. Harapan. Aku dan harapan. Aku pernah menaruh harapan dan meletak harapan yang sangat tinggi. Di satu tempat yang sangat tinggi dan paling mulia. Tapi sayangnya, ada benda yang telah melanggar tempat mulia aku itu lalu harapan aku telah jatuh berderai dari tempat yang paling teratas, hancur musnah di bawah, terhapuslah segala harapan. Aku cuba untuk membaiki harapan itu balik, tapi malangnya, tiada apa apa yang boleh digantikan dengan harapan itu.

Cintaku dibalas begitu kejam, cintaku hanyalah dipersiakan begitu sahaja, kasih sayangku diperlekehkan, hati yang suci ini sudah terlalu rapuh. Lalu aku nekad, aku tak mahu ia bertambah luka. Ya Allah, tolonglah temukan aku jalan yang sebetulnya. Cukuplah selama ini aku menahan. Aku cuma tidak mahu perkara yang sama terulang. Tolonglah temukan aku orang yang tepat. Bukan dengan orang yang salah lagi. Aku tak pernah pinta luka ini datang tapi aku tahu ini cubaan dariMu supaya aku bisa belajar dari semua kekhilafan dan kesakitan. Dan disini, aku hanya berdoa kepadaMu ya Allah, berikanlah aku peluang untuk aku mengubah segala hal agar hidupku lancar kayak orang lain. Temukanlah aku dengan seorang pria yang mampu membawa aku ke syurga, seorang pria yang mampu menjadi imamku kelak. Biarlah bukan seorang pria yang hanya sempurna dimata, itu tiada ertinya, tapi aku cuma mahu seorang pria yang sempurna dihati yang mampu memberi kebahagiaan untuk aku. Dengan nama Mu ya Allah aku meminta, amin ya rabbal alamin.