07 November 2010

Rakus Tetap Rakus ,


Tiada masa lagi nak membangkaikan keadaan yang sudah parah. Aku jadi terfikir sendiri. Bergaduh aku rasa aktiviti yang paling sihat dan paling merangsangkan.

Macam kelmarin, aku jadi berminat doh dengar cerita perempuan tu. Aku rasa sangat terangsang. Mendengar cerita si minah-yang-suka-layan-perasaan.

Perempuan tu naik darah. Sebab ada betina yang cuba nak campur adukkan life dia. Betina tu cakap, perempuan tu perampas. Perempuan tu cuba rampas kekasih dia. Padahal tak sebenarnya. Betina tu gila, tak pandai nak jaga kekasih sendiri sampai kekasih dia nak mengorat perempuan lain.

Perempuan tu jadi mangsa. Tak pernah ada niat nak rampas kekasih orang sebab perempuan tu pun dah bahagia dengan kekasih dia. Mulut betina tu boleh tahan, maki-hamun dekat perempuan tu. Segala carut-marut betina tu lempar. Betina jenis macam ni memang suka jahanamkan life orang. Sebab mungkin life dia macam celaka so dia tak puas hati dengan life orang.

Betina tu ajak lawan. Apa kes? Ingat badan kera macam kau gagah sangat nak ajak orang lawan. Perempuan tu diam. Malas nak cakap banyak dengan betina yang tak matured. Perempuan tu gelak besar dekat betina tu. Macam budak kecil nak main gaduh-gaduh pasal jantan. perempuan tu dah jumpa diri dia, sebab tu dia berfikir matang. Betina tu je yang perasan orang nak rampas kekasih dia sebab dia baru jumpa diri dia dalam longkang.

Aku kusyuk dengar cerita perempuan ni. Rasa geram dekat betina tu. Aku tabit dengan perempuan ni sebab dia kool tak gelabah macam minah-minah lain. Aku sebenarnya ada banyak masa nak maki hamun betina cilaka tu. Tapi aku tak nak lah orang cakap aku dah jadi macam dia pulak. Minah kecoh kan.

Ramai perempuan bajet superwoman. Perasan lebih, padahal tak sebenarnya. Perempuan, biasalah. The power of not knowing is much much better.

04 November 2010

Lonely Crap ,


Aku tak ada pengalaman sangat sebab aku masih budak mentah. Aku tahu aku masih belum jumpa diri. Tapi as far as i've come, aku sedar ada satu benda penting yang selalu yang bermain di fikiran aku. Maksud aku sesuatu benda yang aku rasa sia-sia.

Benda ni macam bodoh je kan bila kita dah serah pada takdir apa yang berlaku, dan lupakan semua kisah silam kita, lepas tu terima hakikat yang kita tak akan kembali lagi dalam kisah silam tu. Tapi at last, benda tu semua datang balik secara tiba-tiba. Secara serentak tanpa sebab dan alasan yang kukuh. Apa cerr? Dah boleh lupa semua benda tu, kenapa datang balik? Hutang apa yang tak selesai lagi? Bikin serabut, masalah lama macam tak settle lagi. Susah kan kalau benda ni terjadi.

Kadang-kadang benda yang kita sayang akan mudah dicuri. Akan mudah hilang sampai membuatkan kita jadi tikus busuk yang terkurung dalam sangkar. Kecewa dengan apa yang berlaku, sampai kita terpaksa salahkan diri kita sebab tak pandai jaga dan simpan kemas-kemas benda yang kita sayang.

So frankly, im the only one in sane state. Im the one who’ll do all the thinking for myself. So if im gonna live good. I gotta think good. Mungkinlah. For a girl like me. I have a lot to think about. Im just a lonely crap. Tak dapat menangani problem sebegitu rupa. I work alone and will keep all that way. I don't trust anyone. Maaf, ini bukan kemahuan aku, tapi kehendak aku.

Mana Boleh Tahan


Done. Dah prepare barang-barang nak pergi trip to Kuantan besok dengan pasukan koir sekolah. Seryes aku cakap tak sabar doh nak pergi. Sebab mungkin lesbo-lesbo semua ada, jadi macam terlebih semangat. Hope otw pergi dan balik semua berjalan lancar dan selamat sampai. Tiba-tiba rasa takut dan gerun bila dengar banyak sangat berita pasal kemalangan bas. Ragut nyawa ramai orang, kasihan. Umur tak panjang, tuhan lebih menyayangi mereka. Moga mereka ditempatkan di tempat-tempat orang yang beriman.

Hairan. Sampai bila nak tipu diri sendiri. Come on folks, cheer up lah sikit, jangan mudah give up sangat. Nanti ramai pulak yang pijak atas kepala. Apa susah, problem datang tu sambar jelah. Buat apa nak fikir, tu semua takdir. Kita mana boleh lawan takdir kan.

Senang cerita, kita perlu cari seseorang yang boleh bimbing kita ke arah itu. Ke arah yang boleh buat kita ke depan. Bukan berundur ke belakang. Tapi aku selalu akan ingat kata-kata nenek sihir yang selalu membakar semangat aku. Macam dalam dongeng FairyGodSister. Im living and im learning.

02 November 2010

All Up ,


Minah ni menulis entri ni dengan perasaan tiada rasa bersalah langsung. Tambahan dengan badan berbau, tak mandi, bau rokok dan fikiran kusut. Minah ni bukan sibuk sangat. Macam lah rutin harian dia penuh. Dia sengaja sembang konon dia lah sibuk sampai tiada masa free nak sentuh benda ni. Maaf nyah, tiada mood nak layan benda ni. Cheers up lah, dulu minah ni bukan macam ni, cool kan dulu.

Tiap-tiap hari bangun pasti buat benda yang sama. Kadang-kadang rasa life ni bosan. Life's been really really hard. I was able to cope so many shitty momentos in my life. And for now, try to find people that can make my source of inspiration.

Benda alah macam ni bukan senang kita nak tempuhi kan? Bukan senang kita nak fikirkan dengan siapa kita nak habiskan sisa hidup kita. Kadang-kadang kita baru tersedar kenapa dia yang perlu kita pilih? Kenapa tidak itu? Dan kenapa harus pilih ini?

Sometimes, kita susah nak buat keputusan. Benda yang kita rasa itulah yang terbaik, tapi benda itu lah yang rosakkan life kita. Thats why kita takut nak buat silap.

Well, here on earth. Falling is less dramatic.You drift, you wander off. I don't want to be in that state anymore. I want to make the right decision for myself. Stop drifting and start anew.

Life's been really hard. Trying to keep everything good. Trying to make everyone happy. Tying to be the best. Even if its just a lie. I understand the goodness in lying now. Yes, I do. Ini yang macam Ulii Azman cakapkan.