13 June 2012

Take Care

Maka besok aku akan berangkat pergi ke Kuantan menyambung pelajaran aku. Jadi aku harap orang-orang yang aku sayang terutama orang tua aku, saudara terdekat, kekasih hati dan kawan-kawan boleh jaga diri semasa ketiadaan aku. Aku harap korang semua takkan lupakan aku semasa di tempat orang. Buat Mak Abah, sumpah saya berat hati sangat sebab saya sedar yang kita memang tak pernah duduk berjauhan. Jadi kali ni saya pergi dari Mak Abah. Cuba belajar hidup berdikari. Aku harap aku boleh berdiri di atas kaki sendiri. Buat kekasih hati, Fauzy, aku harap kau boleh jaga diri kau sebaiknya. Ingat semua pesanan aku untuk kau. Kau kena tahu, yang aku akan selalu sayang dan cintakan kau. Takkan ada yang bisa menggantikan kau dihati aku. Cuma kau selamanya. Dan aku janji aku akan pegang segala janji-janji aku dengan kau semasa keberadaan aku disana. Yang penting kita saling menyayangi, saling percaya, saling jujur dan saling setia moga Allah perkuatkan hubungan kita. Walau jarak memisahkan kita, tapi hati kita tetap bersatu. InsyaAllah akan aku menjaga diri ini dengan sebaiknya di tempat orang. Moga Allah permudahkan segala jalan untuk aku. Amin.

05 June 2012

Untuk malam ni, hanya satu yang ingin aku sampaikan. Aku rindukan Nur Amalia. Tetiba rasa pilu dan aku pun tak tahu apa penyebabnya. Mungkin dia rapat dengan aku dan bila dia jauh dari aku, aku mula merasakan jarak tu teramat jauh. Saya rindu bie saya. Dekat sana bila dapat kawan baru, jangan lupa teman di sini ya. Jaga diri sana. Sayang selamanya.  :(


(MARA)


Pada 26 Mac 1994, saya dilahirkan dan diberi nama Nur Iwani binti Mohammed. Seorang perempuan pastinya. Bersyukur kepada Maha Esa, saya dapat melihat dunia dan cahaya tanpa apa-apa pancaroba juga sekaligus berasa berbangga kerana dapat berpijak di bumi yang nyata ini. Dapatlah ibubapa, kaum kerabat saya menarik nafas lega. Hospital Besar Kuala Terengganu atau kini digelar Hospital Sultanah Zahirah ialah tempat saya dilahirkan. Di sana lah juga tempat saya membesar, kenal budaya dan warna dunia. Boleh kira saya ini boleh diklasifikasikan sebagai anak jati Kuala Terengganu, Terengganu. Cerita tentang Terengganu, tiada apa yang besar. Tiada apa yang megah. Indahnya terletak pada alam semulajadi ciptaan tuhan, keindahan lapisan masyarakatnya yang pelbagai umpama pelangi. Kini, Bandar Kuala Terengganu juga dalam pembikinan maju setapak dan telah diiktiraf sebagai Bandaraya Pesisir Air.
Saya dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Tidak mewah, dan tidak papa. Betul-betul di tengah. Utamanya, keluarga saya mempunyai enam anggota keluarga termasuk saya. Dihitung mengikut hieraki, saya ada ayah, ada ibu, seorang kakak, dua orang abang, dan saya sebagai anak terakhir melengkapkan koleksi keluarga bahagia.  Bercakap tentang pekerjaan, bapa saya hanyalah seorang anggota polis yang sedang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu dan ibu saya hanyalah menjadi suri rumah sepanjang masa yang sentiasa menjaga makan minum kami sekeluarga. Mereka selama ini menampung hidup kami empat beradik semenjak kecil. Kembali ke atmosfera pembelajaran, saya mendapat keputusan yang agak baik sewaktu menduduki peperiksaan UPSR. Tetapi, dari ujikaji selidik saya selama beberapa tahun saya hidup, lagi lanjut umur, lagi teruk keputusan saya. Sekarang adalah masanya untuk saya berubah. Masa untuk serius dalam belajar dan menggunakan masa sebaik-baiknya.
Melanjutkan pembelajaran ke University College Shahputra selama tiga tahun dalam bidang Seni Lukis dan Seni Reka (Industri) Program Kerjasama (UITM) di Kuantan, Pahang. Tamparan yang besar bagi saya kerana tidak pernah berjauhan dengan keluarga saya. Demi masa depan, saya tidak akan berundur ke belakang walaupun setapak kerana ia adalah keputusan terakhir saya iaitu pergi ke sana. Jujur kata, saya akan merindui Terengganu. Semuanya, keluarga, kawan-kawan dan tempat. Bila terserempak dengan orang, mereka akan bertanya, “ Kenapa ambil kos Art & Design ? Memang minat atau paksaan ibu bapa ? “ Terkumat-kamit saya menjawabnya. Bagi pendapat saya, memilih sesuatu kos itu minat adalah penting dalam mengekalkan hati kita tetap dengan kos itu. Art & Design (Industry) juga mempunyai banyak profesion.
Dalam masa yang sama, mengajar memahami trend masa terkini disamping dunia makin hari makin maju. Pembangunan semakin pesat membangun. Jadi biarlah kemajuan negara kita berjalan dengan seiring industri di Malaysia. Selain itu, saya suka dengan bidang ini dan suka mencari benda baru dalam hidup.

Selepas habis belajar, kebanyakkan pelajar akan menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya. Cakap bidang pekerjaan, pelbagai sektor  kerja yang ada. Saya akan cuba mencari kerjaya yang sesuai dengan saya dan sesuai dengan apa yang saya belajar. Tambahan juga saya dapat kerja sebagai design consultants, design managers, designers in the marketing dan manufacturing sectors. Rezeki itu ada dimana-mana tidak kira dimana kita berada, akan ada peluang kerja itu jika tidak pernah putus asa untuk berusaha. Jika punya kudrat, saya akan membuktikan bahawa industri bumiputra juga boleh berjaya biar boleh berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain.
Saya menyimpan setinggi-tinggi harapan, agar pihak MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) meluluskan permohonan pinjaman saya selama tiga tahun pengajian saya di University College Shahputra di Kuantan, Pahang. Saya memilih (MARA) adalah kerana keyakinan saya terhadap MAJLIS AMANAH RAKYAT dan semoga kerjasama dari pihak (MARA) dapat membantu melancarkan pengajian saya. Akhir kalam kerjasama dari pihak (MARA) amat saya sanjungi dan hargai.
Sekian, terima kasih.

-DONE-