31 December 2010
Penghabisan Terakhir ,
Saat inilah untuk aku jelajahi balik zaman-zaman kegemilangan aku. Dan juga termasuk zaman-zaman kejahilan aku dulu. Mengaku, aku bukan sempurna macam yang kau-kau semua fikirkan sebab biasalah aku belum jumpa diri. Yang aku terjumpa, cuma rangka aku dalam longkang.
Aku ni bukanlah seorang penulis yang tegar. Bukan juga pakar bahasa. Malah, kadang-kadang aku tak panggil pun penulisan aku sebagai tulisan. Mungkin aku akan panggil sebagai taipan. Macam yang Zahiril Adzim cakapkan. Itu yang cuba aku huraikan.
Seperti biasa, kita sebagai manusia akan menjalani liku-liku hidup. Dan kita akan menghabiskan masa demi masa, bulan demi bulan, tahun demi tahun. Dalam perjalanan itu, bermacam-macam jenis cubaan yang berlaku. Sebagai manusia mungkinlah kita perlu tahu itu semua ujian daripada-Nya. Walaubagaimanapun celakanya hidup tu, kenyataannnya ia memang sebuah kehidupan yang nyata. Bukan di alam fantasi macam filem Alice In Wonderland. Jangan nak cakap topik selenge lah benda semua tu tak akan pernah wujud walaupun sedetik. Kecuali ada keajaiban daripada-Nya.
Seteruk mana pun kehidupan aku, tiap-tiap tahun aku pasti akan cari azam baru. Walaupun hakikatnya aku tak boleh capai azam itu. Tapi sekurang-kuranya aku punya cita-cita, aku punya azam untuk terus ke hadapan. Setiap manusia pun tak akan boleh capai sesuatu benda tu kalau tiada usahakan. Kecuali dia guna kuasa sakti. Tapi itu hanya khayalan kan.
Jadi untuk hari-hari seterusnya, aku akan selalu simpan stok power root supaya aku boleh minum setiap masa. Biar aku jadi gagah so, aku bolehlah simenkan mana yang berlubang sebelum ni. Okay 2011, aku akan bergomolan dengan SPM. Dan pastinya aku tak boleh macam sebelum-sebelum ini. Mungkin lebih fokuskan kepada SPM. Dan selepas selesai semua itu, bolehlah aku jadi seorang remaja yang betul-betul dinamakan remaja. Bukan budak sekolah lagi. Saat itu akan datang tidak lama lagi. Muka bajet sekarang, ayat memang tak boleh blahh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.