31 December 2010

Penghabisan Terakhir ,


Saat inilah untuk aku jelajahi balik zaman-zaman kegemilangan aku. Dan juga termasuk zaman-zaman kejahilan aku dulu. Mengaku, aku bukan sempurna macam yang kau-kau semua fikirkan sebab biasalah aku belum jumpa diri. Yang aku terjumpa, cuma rangka aku dalam longkang.

Aku ni bukanlah seorang penulis yang tegar. Bukan juga pakar bahasa. Malah, kadang-kadang aku tak panggil pun penulisan aku sebagai tulisan. Mungkin aku akan panggil sebagai taipan. Macam yang Zahiril Adzim cakapkan. Itu yang cuba aku huraikan.

Seperti biasa, kita sebagai manusia akan menjalani liku-liku hidup. Dan kita akan menghabiskan masa demi masa, bulan demi bulan, tahun demi tahun. Dalam perjalanan itu, bermacam-macam jenis cubaan yang berlaku. Sebagai manusia mungkinlah kita perlu tahu itu semua ujian daripada-Nya. Walaubagaimanapun celakanya hidup tu, kenyataannnya ia memang sebuah kehidupan yang nyata. Bukan di alam fantasi macam filem Alice In Wonderland. Jangan nak cakap topik selenge lah benda semua tu tak akan pernah wujud walaupun sedetik. Kecuali ada keajaiban daripada-Nya.

Seteruk mana pun kehidupan aku, tiap-tiap tahun aku pasti akan cari azam baru. Walaupun hakikatnya aku tak boleh capai azam itu. Tapi sekurang-kuranya aku punya cita-cita, aku punya azam untuk terus ke hadapan. Setiap manusia pun tak akan boleh capai sesuatu benda tu kalau tiada usahakan. Kecuali dia guna kuasa sakti. Tapi itu hanya khayalan kan.

Jadi untuk hari-hari seterusnya, aku akan selalu simpan stok power root supaya aku boleh minum setiap masa. Biar aku jadi gagah so, aku bolehlah simenkan mana yang berlubang sebelum ni. Okay 2011, aku akan bergomolan dengan SPM. Dan pastinya aku tak boleh macam sebelum-sebelum ini. Mungkin lebih fokuskan kepada SPM. Dan selepas selesai semua itu, bolehlah aku jadi seorang remaja yang betul-betul dinamakan remaja. Bukan budak sekolah lagi. Saat itu akan datang tidak lama lagi. Muka bajet sekarang, ayat memang tak boleh blahh.

24 December 2010

Love this .

Face The Truth


Situasi sekitar sering mendominasi diri aku. Keresahan sering terpapar di wajah ku. Somebody please tell me that i'm not dreaming its not easy to stop from screaming! Its hard, i can face the truth. Banyak halangan yang mendatang. Kadang-kadang walau sekuat mana pun seseorang itu, pasti ada satu saat dia akan merasakan oh i give up the fight. Takdir tuhan memang kita tak boleh lari dari benda tu walau sekuat mana pun kita lari. We must face the truth.

Kalau orang tanya aku, kau suka dilahirkan di dunia ini? Akan tak akan angguk tapi lantas aku akan jawab, kalau boleh aku nak jumpa tuhan cakap terima kasih sebab wujudkan aku insan yang tak berapa berguna ini berpijak di atas perut bumi ini tanpa dikenakan bayaran sama sekali. Dan akan aku cakap terus terang dengan tuhan, walaupun aku tak berapa suka ujian yang kau berikan, tapi aku mampu bertahan lagi atas pertolongan-mu itu. Thanks to God. Tak semua soalan harus diberikan jawapan yang real. Kita perlu guna otak untuk fikir yang tersirat. Itu gunanya logik akal.

Now im getting nervous. Words escape me when i try to speak. Sometimes, apa yang mahu kita luahkan tidak terkeluar dan sampai satu masa kita terpaksa simpan sesuatu benda seorang diri tanpa meluahkannya kepada sesiapapun. Im waiting in my cold cell.Its hard to be all alone. Oh someone calls from a cell, ' God be with you! '.

Aku juga seorang manusia dan aku juga seorang perempuan. Aku tak punya kuasa untuk terus gagah menerima ujian daripadaNya. Tapi aku tahu disebalik semua itu ada hikmahnya. Now im confident.  I've gone beyond to seek the truth. I need to step outside, just to see if i can breathe. No matter where i go, it's always pouring all the same. So thanks to god sebab kau lahirkan insan yang lemah ini untuk melihat dunia dan mengenal erti kehidupan.

14 December 2010

Mengharungi ,


Ada banyak benda nak tulis. Tapi tak semudah itu aku nak bongkarkan semua di dalam ni.

Cuti, cuti tahun ini tak hebat sangat. Cuti yang bukan dirancang terlebih dahulu. Seronok, cuti bersama dengan cousins. Belum sempat untul luangkan masa bersama family. Memori, memori yang memang tidak bisa aku lupakan. Terima kasih cousins, kau semua yang terbaik sebab dapat kembalikan mood happy aku. Sekarang rasa macam hidup kembali.

Sekarang cuma stay rumah layan filem hindustan lepas tu habiskan tisu-tisu dalam kotak sebab tengah layan perasaan. Mungkin cerita tu terlalu romantik ataupun aku sendiri yang terlalu over layan cerita tu. Now, cuba intai-intai tusyen berdekatan. Mula rasa ingin belajar. Hairan sekejap. Mungkinlah baru terperasan SPM tahun depan. Akan jadi orang lebih dewasa. Dan akan jadi orang yang lebih kuat belajar.

Sebelum terlupa kepada satu benda, sedang menghitung hari. Menunggu kepulangan si dia pulang daripada indonesia. Kami semua akan merindukan mu ogy. Tidak pernah sesaat melupakan kamu. Harap selamat sampai di Malaysia nanti. Jumpa lagi tahun depan buddy.

01 December 2010

Tak Bisa Memilihmu .




Ku sakiti hati mu yang tulus, mencintaiku. Maaf ku tak bisa memilihmu.