14 October 2010

Hanya Satu


Dah lama tak layan benda ni. Sibuk mungkin. Lagipun tak tahu nak story apa dalam entri ni. Sekolah aku rasa macam sudah bosan, tersangat sangat bosan. Tengok buku, sumpah tak minat langsung. Belajar, makin tiada nafsu. Entah, tak tahu macam mana nak kembalikan balik mood-mood tu semua. Jin mana entah dah curi mood aku semua tu.

Problem problem. Semua tu aku dah lama campak kat dalam laut. Tak tahu kat mana dah semua tu mengalir. Harap benda tu semua tak datang balik lah dekat diri aku. Dulu moyang aku selalu darah tinggi punca utama selalu marah-marah aku. Sebabnya aku kuat hisap rokok. Dulu aku penagih. Bukan aku nak semua tu, tapi tension sangat. Dulu aku juga pelajar bermasalah. Polis selalu buru aku mana aku pergi. Sebab aku pengedar dadah terbesar.

Sekarang, life aku much much better lah dari dulu. Mungkinlah. Aku pun tak berapa nak sure sangat. Sebab kadang-kadang aku ni tak tetap pendirian. Aku kan penipu besar. Tak mungkin kau baru tahu kot. Tapi never mind. Mungkin belum jumpa apa yang aku mahu, apa yang aku ketagihkan. Tapi aku pasti sudah ada benda yang boleh isi ruang hati aku. Agaklah. Tak tahu lah tahan berapa lama perasaan itu semua. Takut ada yang expired date.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.