Sudah banyak hal dan banyak perkara sudah aku temui dan aku kenali. Dalam banyak hal dan juga perkara itu jugalah sudah berkali-kali aku berdiri, aku jatuh aku bangkit, aku jatuh lagi dan aku cuba untuk berdiri lagi. Semua itu bukan mudah untuk aku lakukan sebenarnya. Tapi aku cuba belajar, belajar dari semua kesilapan, belajar dari kepayahan, dan aku cuba. Selama aku hidup ini, aku dah banyak lakukan kekhilafan, tanpa aku sedari, segala kekhilafan itu telah memakan diri aku sendiri sehinggakan aku sendiri tidak tahu lagi macam mana untuk melangkah ke hadapan. Seakan semuanya kaku.
Aku. Harapan. Aku dan harapan. Aku pernah menaruh harapan dan meletak harapan yang sangat tinggi. Di satu tempat yang sangat tinggi dan paling mulia. Tapi sayangnya, ada benda yang telah melanggar tempat mulia aku itu lalu harapan aku telah jatuh berderai dari tempat yang paling teratas, hancur musnah di bawah, terhapuslah segala harapan. Aku cuba untuk membaiki harapan itu balik, tapi malangnya, tiada apa apa yang boleh digantikan dengan harapan itu.
Cintaku dibalas begitu kejam, cintaku hanyalah dipersiakan begitu sahaja, kasih sayangku diperlekehkan, hati yang suci ini sudah terlalu rapuh. Lalu aku nekad, aku tak mahu ia bertambah luka. Ya Allah, tolonglah temukan aku jalan yang sebetulnya. Cukuplah selama ini aku menahan. Aku cuma tidak mahu perkara yang sama terulang. Tolonglah temukan aku orang yang tepat. Bukan dengan orang yang salah lagi. Aku tak pernah pinta luka ini datang tapi aku tahu ini cubaan dariMu supaya aku bisa belajar dari semua kekhilafan dan kesakitan. Dan disini, aku hanya berdoa kepadaMu ya Allah, berikanlah aku peluang untuk aku mengubah segala hal agar hidupku lancar kayak orang lain. Temukanlah aku dengan seorang pria yang mampu membawa aku ke syurga, seorang pria yang mampu menjadi imamku kelak. Biarlah bukan seorang pria yang hanya sempurna dimata, itu tiada ertinya, tapi aku cuma mahu seorang pria yang sempurna dihati yang mampu memberi kebahagiaan untuk aku. Dengan nama Mu ya Allah aku meminta, amin ya rabbal alamin.