"Aku cemburu saat kamu disampingnya karena aku mencintaimu, tapi aku
bahagia melihatmu dengannya karena aku mencintaimu"
Cinta itu boleh muncul bila-bila masa sahaja tanpa kita rancang. Cinta ini bergelonjak dan senang memberontak.
Disini hatinya berkata, kemarilah wahai si penghibur hati, yang sentiasa tersenyum dengan senyumanku. Yang berkongsi airmataku. Yang mendamaikan jiwa laraku. Yang menghapuskan gelisah hatiku. Badai hati tidak terkata. Gelora jiwa sangat terasa. Sukarnya hidup berseorangan sahaja. Kala cabaran-cabaran datang menerpa. Mungkin sahaja diri akan tumbang. Seandai teman tiada disisi.
Resah, gelisah, berpusing-pusing payah. Siapakah yang mendengar suaraku? Kemarilah, bantulah aku! Suaranya memberontak bergetar jiwa. Katanya lagi, wahai hati yang meronta. Aku hati memahami. kondisimu yang tersepit ini juga kurasai. Tetapi bukankah lebih baik kau tidak menyempit diri. Pandanglah dengan keluasan, apa kau telah bergerak dengan kesediaan?
Lalu hatinya berkata lagi, aku tidak sanggup lagi menahan seksa hati ini. Luka ini tidak mampu aku ubati. Tapi disini aku hanya mampu mendoakan kesejahteraan kamu dan kebahagiaan kamu. Kebahagiaan kamu dengan si dia, bukan aku. Mungkin perjalanan kita hanya terhenti di separuh jalan kerna mungkin cuma ini yang tuhan mahukan. Jika perjalanan kita masih ada sambungnya, aku bersyukur kerna aku masih meminta pada yang Maha Esa moga ada satu keajaiban untuk kita satu masa kelak. Untuk kita bersama lagi satu saat nanti walaupun kita terpaksa bertemu di pintu syurga. Kamulah satu-satunya hati aku dunia akhirat.