21 July 2012

Salam Ramadhan. Moga di bulan mulia ini Allah memberkati segala hal dan mempermudahkan segala urusan. Ya Allah Kau ampunilah segala dosa-dosa ku. Ampunilah dosa-dosaku dengan dia. Kau permudahkanlah untuk kami. Amin.

16 July 2012

Cinta Sampai Syurga

Cinta sebetulnya, cinta sampai syurga. Itu baru namanya cinta, itu baru namanya sayang. Maka, apakah usaha untuk cinta itu kekal sampai ke syurga?

" Cinta itu mahal. Bukan semua yang bisa mengerti apa itu makna cinta. "

Cinta yang sebenar, cinta yang menembusi akhirat. Apa guna cinta di dunia sahaja, kemudian di akhirat bermusuhan. Masing-masing menyalahkan. Manusia akan menyalahkan manusia lain kerana mengheretnya melakukan dosa.

Pada hari penghabisan kelak, tidak bermakna langsung cinta-cinta yang diperkatakan manusia. Cinta mereka tidak menembus ke akhirat. Bertahan di tebing kubur sahaja, kemudian tertinggal. Cinta itu bukan hanya sekadar ucapan, " I Love You. " Cinta bukan semudah tiga perkataan. Cinta yang sebenar adalah taat kepada tuhan. Mkaa cinta kepada manusia, berdiri atas ketaatan. Bukan untuk berseronok, tetapi cinta juga adalah ibadah dalam kehidupan. Mustahil ibadah boleh berasimilasi dengan kemaksiatan.

Bahagia di dunia tetapi sengsara di akhirat sana. Cinta itu datang dengan tanggungjawab. Tanggungjawab membahagiakan pasangan kita. Bukan bahagia di dunia semata. Tapi bahagia hingga ke akhirat sana. Cinta itu tiada ertinya jika melontarkan pasangan ke dalam neraka.

Cinta itu memerlukan sepenuh hati. Cinta sepenuh hati adalah hanya untuk Ilahi. Daripada cinta kepada Ilahi inilah, terbinanya cinta antara insani. Cinta yang asanya iman dan takwa, cinta yang matlamatnya hendak mencari keredhaan Allah.

Cinta tidak bersalah. Jatuh cinta bukan jenayah. Persoalannya, bagaimanakah bercinta, kenapa bercinta dan untuk apakah bercinta?

Dan kini aku mengerti cinta adalah ibadah. Bukan untuk memuaskan perasaan sahaja. Oleh itu cinta itu tersangat mahal tidak boleh dijual beli oleh manusia. Moga kita sama sama ke syurga kelak. Amin.


" Walau jarak yang telah memisahkan kita, tapi hati kita tetap bergabung menjadi satu. Moga Allah selalu mempertahankannya dan menjauhkan dari segala malapetaka. Aku sayang cinta kamu. "