Sudah banyak hal dan banyak perkara sudah aku temui dan aku kenali. Dalam banyak hal dan juga perkara itu jugalah sudah berkali-kali aku berdiri, aku jatuh aku bangkit, aku jatuh lagi dan aku cuba untuk berdiri lagi. Semua itu bukan mudah untuk aku lakukan sebenarnya. Tapi aku cuba belajar, belajar dari semua kesilapan, belajar dari kepayahan, dan aku cuba. Selama aku hidup ini, aku dah banyak lakukan kekhilafan, tanpa aku sedari, segala kekhilafan itu telah memakan diri aku sendiri sehinggakan aku sendiri tidak tahu lagi macam mana untuk melangkah ke hadapan. Seakan semuanya kaku.
Aku. Harapan. Aku dan harapan. Aku pernah menaruh harapan dan meletak harapan yang sangat tinggi. Di satu tempat yang sangat tinggi dan paling mulia. Tapi sayangnya, ada benda yang telah melanggar tempat mulia aku itu lalu harapan aku telah jatuh berderai dari tempat yang paling teratas, hancur musnah di bawah, terhapuslah segala harapan. Aku cuba untuk membaiki harapan itu balik, tapi malangnya, tiada apa apa yang boleh digantikan dengan harapan itu.
Cintaku dibalas begitu kejam, cintaku hanyalah dipersiakan begitu sahaja, kasih sayangku diperlekehkan, hati yang suci ini sudah terlalu rapuh. Lalu aku nekad, aku tak mahu ia bertambah luka. Ya Allah, tolonglah temukan aku jalan yang sebetulnya. Cukuplah selama ini aku menahan. Aku cuma tidak mahu perkara yang sama terulang. Tolonglah temukan aku orang yang tepat. Bukan dengan orang yang salah lagi. Aku tak pernah pinta luka ini datang tapi aku tahu ini cubaan dariMu supaya aku bisa belajar dari semua kekhilafan dan kesakitan. Dan disini, aku hanya berdoa kepadaMu ya Allah, berikanlah aku peluang untuk aku mengubah segala hal agar hidupku lancar kayak orang lain. Temukanlah aku dengan seorang pria yang mampu membawa aku ke syurga, seorang pria yang mampu menjadi imamku kelak. Biarlah bukan seorang pria yang hanya sempurna dimata, itu tiada ertinya, tapi aku cuma mahu seorang pria yang sempurna dihati yang mampu memberi kebahagiaan untuk aku. Dengan nama Mu ya Allah aku meminta, amin ya rabbal alamin.
24 December 2012
06 November 2012
Permudahkanlah.
" Ya Allah ya tuhanku. Kau tunjukkanlah aku jalan keredhaanMu. Kau bawalah aku ke jalanMu. Kau tunjukkanlah cahaya sinarMu agar aku bisa melihat segala keindahanMu. Ya Allah, telah aku jalani segala kemanisan dan kepahitan yang telah Kau berikan pada aku. Sesungguhnya kepahitan itu teramatlah perit untuk aku tempuhi dan sesungguhnya aku akui kemanisan itu adalah satu kebahagiaan yang tersangat sukar untuk aku dapatkan sehingga aku betul-betul takut untuk kehilangannya. Ya Allah, Kau kembalikanlah kebahagiaan aku. Kau berikanlah petunjuk disebalik semua kesulitan ini ya Allah. Tunjukkanlah jawapan yang terbaik agar aku bisa bangkit. Ya Allah ya tuhanku, Kau temukanlah aku dengan seseorang yang bisa menjaga aku sampai ke akhirnya, yang bisa membimbing aku, yang bisa bawa aku ke syurga. Jika dia memanglah untukku, Kau tunjukkanlah aku yang dia memang untuk aku, bukan untuk orang lain. Jika dia memang pembimbingku, Kau jagalah kami. Hanya kepada Mu ya Allah aku meminta, berikan yang terbaik, agar aku tidak jatuh lagi. Aku cuma mahu dekat dengan sayang aku sebenar dah jodoh aku sebenar. Kalau emang dia, bantulah kami dalam semua ini. Amin. "
03 October 2012
30 September 2012
"Aku cemburu saat kamu disampingnya karena aku mencintaimu, tapi aku
bahagia melihatmu dengannya karena aku mencintaimu"
Cinta itu boleh muncul bila-bila masa sahaja tanpa kita rancang. Cinta ini bergelonjak dan senang memberontak.
Disini hatinya berkata, kemarilah wahai si penghibur hati, yang sentiasa tersenyum dengan senyumanku. Yang berkongsi airmataku. Yang mendamaikan jiwa laraku. Yang menghapuskan gelisah hatiku. Badai hati tidak terkata. Gelora jiwa sangat terasa. Sukarnya hidup berseorangan sahaja. Kala cabaran-cabaran datang menerpa. Mungkin sahaja diri akan tumbang. Seandai teman tiada disisi.
Resah, gelisah, berpusing-pusing payah. Siapakah yang mendengar suaraku? Kemarilah, bantulah aku! Suaranya memberontak bergetar jiwa. Katanya lagi, wahai hati yang meronta. Aku hati memahami. kondisimu yang tersepit ini juga kurasai. Tetapi bukankah lebih baik kau tidak menyempit diri. Pandanglah dengan keluasan, apa kau telah bergerak dengan kesediaan?
Lalu hatinya berkata lagi, aku tidak sanggup lagi menahan seksa hati ini. Luka ini tidak mampu aku ubati. Tapi disini aku hanya mampu mendoakan kesejahteraan kamu dan kebahagiaan kamu. Kebahagiaan kamu dengan si dia, bukan aku. Mungkin perjalanan kita hanya terhenti di separuh jalan kerna mungkin cuma ini yang tuhan mahukan. Jika perjalanan kita masih ada sambungnya, aku bersyukur kerna aku masih meminta pada yang Maha Esa moga ada satu keajaiban untuk kita satu masa kelak. Untuk kita bersama lagi satu saat nanti walaupun kita terpaksa bertemu di pintu syurga. Kamulah satu-satunya hati aku dunia akhirat.
Subscribe to:
Posts (Atom)