02 January 2011
Starting ,
Okay mungkin aku terlambat post. Kecoh sana-sini happy new year, selamat tahun baru. Say hello 2011 and then say goodbye 2010. Tarikh tahun baru tahun ni memang lawa, 1.1.11. Memang tak boleh dinafikan ramai orang jatuh hati dengan tarikh ni untuk dijadikan sebagai tarikh couple ataupun tarikh perkahwinan. Macam seperti yang lepas 10.10.10. Memang ramai orang yang memiliki tarikh itu.
Sebut tahun baru, memang setiap orang pasti punya azam baru. Memang semua tanam azam baru dan ada juga pasang angan-angan. Tidak terkecuali kepada VVIP, Raja-raja dan juga orang-yang-mudah-putus-asa. Sememangnya kita mahukan yang terbaik daripada yang lepas. Dan moga tahun baru ini lebih lancar daripada yang sebelum ini. Lebih maju ke depan.
31 December 2010
Penghabisan Terakhir ,
Saat inilah untuk aku jelajahi balik zaman-zaman kegemilangan aku. Dan juga termasuk zaman-zaman kejahilan aku dulu. Mengaku, aku bukan sempurna macam yang kau-kau semua fikirkan sebab biasalah aku belum jumpa diri. Yang aku terjumpa, cuma rangka aku dalam longkang.
Aku ni bukanlah seorang penulis yang tegar. Bukan juga pakar bahasa. Malah, kadang-kadang aku tak panggil pun penulisan aku sebagai tulisan. Mungkin aku akan panggil sebagai taipan. Macam yang Zahiril Adzim cakapkan. Itu yang cuba aku huraikan.
Seperti biasa, kita sebagai manusia akan menjalani liku-liku hidup. Dan kita akan menghabiskan masa demi masa, bulan demi bulan, tahun demi tahun. Dalam perjalanan itu, bermacam-macam jenis cubaan yang berlaku. Sebagai manusia mungkinlah kita perlu tahu itu semua ujian daripada-Nya. Walaubagaimanapun celakanya hidup tu, kenyataannnya ia memang sebuah kehidupan yang nyata. Bukan di alam fantasi macam filem Alice In Wonderland. Jangan nak cakap topik selenge lah benda semua tu tak akan pernah wujud walaupun sedetik. Kecuali ada keajaiban daripada-Nya.
Seteruk mana pun kehidupan aku, tiap-tiap tahun aku pasti akan cari azam baru. Walaupun hakikatnya aku tak boleh capai azam itu. Tapi sekurang-kuranya aku punya cita-cita, aku punya azam untuk terus ke hadapan. Setiap manusia pun tak akan boleh capai sesuatu benda tu kalau tiada usahakan. Kecuali dia guna kuasa sakti. Tapi itu hanya khayalan kan.
Jadi untuk hari-hari seterusnya, aku akan selalu simpan stok power root supaya aku boleh minum setiap masa. Biar aku jadi gagah so, aku bolehlah simenkan mana yang berlubang sebelum ni. Okay 2011, aku akan bergomolan dengan SPM. Dan pastinya aku tak boleh macam sebelum-sebelum ini. Mungkin lebih fokuskan kepada SPM. Dan selepas selesai semua itu, bolehlah aku jadi seorang remaja yang betul-betul dinamakan remaja. Bukan budak sekolah lagi. Saat itu akan datang tidak lama lagi. Muka bajet sekarang, ayat memang tak boleh blahh.
24 December 2010
Face The Truth
Situasi sekitar sering mendominasi diri aku. Keresahan sering terpapar di wajah ku. Somebody please tell me that i'm not dreaming its not easy to stop from screaming! Its hard, i can face the truth. Banyak halangan yang mendatang. Kadang-kadang walau sekuat mana pun seseorang itu, pasti ada satu saat dia akan merasakan oh i give up the fight. Takdir tuhan memang kita tak boleh lari dari benda tu walau sekuat mana pun kita lari. We must face the truth.
Kalau orang tanya aku, kau suka dilahirkan di dunia ini? Akan tak akan angguk tapi lantas aku akan jawab, kalau boleh aku nak jumpa tuhan cakap terima kasih sebab wujudkan aku insan yang tak berapa berguna ini berpijak di atas perut bumi ini tanpa dikenakan bayaran sama sekali. Dan akan aku cakap terus terang dengan tuhan, walaupun aku tak berapa suka ujian yang kau berikan, tapi aku mampu bertahan lagi atas pertolongan-mu itu. Thanks to God. Tak semua soalan harus diberikan jawapan yang real. Kita perlu guna otak untuk fikir yang tersirat. Itu gunanya logik akal.
Now im getting nervous. Words escape me when i try to speak. Sometimes, apa yang mahu kita luahkan tidak terkeluar dan sampai satu masa kita terpaksa simpan sesuatu benda seorang diri tanpa meluahkannya kepada sesiapapun. Im waiting in my cold cell.Its hard to be all alone. Oh someone calls from a cell, ' God be with you! '.
Aku juga seorang manusia dan aku juga seorang perempuan. Aku tak punya kuasa untuk terus gagah menerima ujian daripadaNya. Tapi aku tahu disebalik semua itu ada hikmahnya. Now im confident. I've gone beyond to seek the truth. I need to step outside, just to see if i can breathe. No matter where i go, it's always pouring all the same. So thanks to god sebab kau lahirkan insan yang lemah ini untuk melihat dunia dan mengenal erti kehidupan.
Subscribe to:
Posts (Atom)