21 December 2011

Tika Dulu Kita Bergabung .


Terima kasih pelangi hadir untuk aku. Sungguh indah warna-warna kau. Sudah lama ku tunggukan saat ini dan akhirnya aku bisa mendapatkan kau. Setelah sekian lama kita tidak bersua muka, dan sekarang kita masih bisa bertentang mata, gelak tawa dan bergurau senda.

201211 - Tidak ku sangka, seingat aku setahun yang lepas pertemuan akhir kita. Sudah lamanya kita tidak berjumpa. Kita masing-masing membawa haluan sendiri. Kau ke situ dan aku ke sini. Kita semua pergi menuju berlainan arah. Tapi yang pasti kita masih lagi bisa ketemu. Syukur kerna walau jarak antara kita semua jauh dan banyak hal yang menyukarkan untuk kita berjumpa tapi kita semua masih lagi tetap berhubung.

Untuk satu saat tu, kita semua berkumpul lagi walaupun ada yang lain tidak bisa bersama kita. Kita bersalaman, kita berpelukkan dan masing-masing ketawa. Rupa pun berbeza sikit dari yang sebelumnya biasalah makin meningkat dewasa. Kita lepak di satu meja, kita makan sama-sama, kita borak sama-sama. Menceritakan kisah-kisah dulu, mengupas semua zaman sekolah menengah form 1, form2 dan form 3. Banyak hal yang terjadi dulu, kenangan pahit manis semua ada. Lepas tu, kita semua asyik gelak memanjang.

Hal-hal yang dulu telah mendewasakan kita. Telah membuat kita menjadi orang yang benar. Telah menginsafkan kita dari kesilapan dulu yang telah banyak menjahilkan kita. Tapi disebalik semua tu, tuhan telah menunjukkan kita menuju ke jalan yang sebetulnya. Agar kita tidak menjadi orang yang buta dengan nikmat tuhan.

Untuk detik-detik yang seterusnya, aku harap kita bisa berkumpul bersama-sama lagi. InsyaAllah, selagi tuhan memberkati hubungan baik kita semua, kita akan terus jadi sahabat buat selamanya. Aku akan rindu kamu semua dan saat-saat kita bersama dulu.




17 December 2011

Senyum Penuh Ghairah.


Dengan segala apa yang terjadi, aku lagi sedang menari-nari di bawah hujan yang turun membasahi bumi sambil tersenyum ghairah. Menari bersamanya, memegang erat tangannya dan membuat pusingan tujuh kali. Memang dunia benar-benar berputar. Hujan rahmat jangan kamu berhenti turun, aku tidak puas bermain-main denganmu. Jangan kamu berasa pelik dan takut kerna melihat senyumanku yang paling ghairah ini, kerna ia sungguh bermakna. Banyak rahsia disebalik senyuman ghairah ini. Cuma aku yang merasakan keghairahan ini.

Keghairahan yang diberikan olehnya. Kaku rasanya hati. Semuanya menjadi kaku. Aku mahu sebut aku sayang... Aku... Aku sayang... Dan lantas kau sahut aku sayang kau juga... Sepertinya kau memahami apa yang cuba aku tafsirkan pada kau. Ya, aku sayang kau. Kau buat aku ghairah dengan cara kau terhadap aku. Ghairah dengan cinta kau. Cinta kau tu buat sekujur badanku menjadi beku.

Di dalam hati semuanya sedang berentak mengikut irama yang kau cuba dendangkan untuk aku. Asyiknya, merdunya, lunaknya, indahnya. Gelombang-gelombang suara kau mengalir menusuk ke jantungku lantas berdetak laju jantungku sepertinya makin bergelora rasa cinta ini. Mendengar semua alunan yang cuba kau mainkan, kita lagi sedang asyik berdansa di bawah bulan dan bintang dan tiba-tiba kita terlihat ada sesuatu pelik di atas langit sana. Tak sangka, ternyata ada tahi bintang muncul lantas cepat-cepat kita pinta sesuatu. Aku tanya kau, kau niat apa dan kau jawab, " Aku harap kau akan setia mencintai aku sampai akhirnya dan tuhan bakal menjodohkan kita berdua. " Terus kau menanyakan apa yang aku niatkan dan aku berkata, " Tuhan, dia lah segala rasa bagi aku, pahit dan manis. Moga dia mencintai aku seperti sungai yang mengalir tanpa hentinya yang pernah dia sampaikan ke aku. Kuatkan jodoh kami tuhan. " Kita sama-sama senyum. Melihat lagi ke langit sana, sungguh banyak bintang kelihatan, tahi bintang itu sudah berlalu pergi dan moga tuhan mendengar doa-doa kita.

08 December 2011

Dulu Memang Celaka Tapi Rindu .


Walau sepalat manapun kehidupan aku dulu, tapi boleh undurkan masa untuk aku bermain dengan saat-saat dulu walau hanya sebentar ? Bisa tuhan ? Aku rindu. Aku ramai kawan. Lelaki, perempuan, bapuk, pengkid, semua tu kawan aku. Aku kawan dengan semua orang. Kalau ada yang bawak mulut sebab aku berkawan dengan orang-orang yang tak sepatutnya, aku cuma tutup telinga. Apa mereka kesah ? Itu masalah aku nak berkawan dengan sesiapapun.

Biasanya dulu aku akan habiskan waktu-waktu aku dengan kawan-kawan. Tak kiralah dekat celah-celah lubang manapun, akan dijadikan tempat bahan percakapan. Seronok. Aku nak berkawan dengan sesiapa, nak berkepit dengan sesiapa nak buat apa-apa, okay memang takkan ada sesiapa yang kesah. Cuma ada sesetengah pihak yang kurang senang dengan aku. Biasalah, masyarakat Melayu kita, mata bukan main liar ke sana ke sini, mulut kepoh satu dunia agaknya semua boleh dengar.

Tapi itu semua dulu. Life aku yang dulu bukan sekarang. Dan mungkin aku takkan kembali kepada kehidupan yang dulu walaupun kadang-kadang aku rindukan semua tentang dulu-dulu. Sebab sekarang ni ada seseorang yang betul-betul peduli akan aku. Seseorang yang buat aku takut untuk lakukan sesuatu hal walaupun kadang-kadang aku terlanjur melakukannya. Sesuatu perkara yang berlaku kadang-kadang bagi aku tiada silapnya, tapi salah dimata orang. Biasalah, pendapat masing-masing.

" Kau sayang aku ? " katanya.

" Wajarlah aku sayang kau. "

" Kalau kau sayang aku, kalau kau mahu terus hidup dengan aku, kau kena ikut cara aku. Kalau kau lebih suka dengan cara hidup kau yang dulu-dulu, just go on. "

" Tak. Aku tak perlu kehidupan yang dulu. "

" Aku beri kau masa. Kau pilih sama ada kehidupan kau yang dulu atau kehidupan kau dan aku. Macam sekarang. "

" Aku cuma nak kehidupan yang sekarang. "

" Kalau tu yang kau pilih. Kau kena tahu apa yang aku suka lihat dan apa yang aku tak suka lihat. Kau sendiri tahu yang aku orangnya kuat cemburu. Kalau aku kata jangan contact mana-mana lelaki tanpa pengetahuan aku, jangan lakukannya. Jadi semua tu kau dah boleh fikirkannya. "

" Err, maafkan aku. Aku tahu akan semua tu. Aku janji takkan lukakan kau lagi. "

" Mungkin kau pernah mintak aku kongkong hidup kau, dan ya sekarang aku kongkong semuanya. "

Kini aku sedari, di dunia yang penuh kejahilan ini aku berdiri, menjadi seorang pelakon, dan aku mengupah kau untuk menjadi pelakon bersama aku. Untuk membantu aku agar lakonan aku nampak baik. Kau mengajar aku supaya tidak menjadi iblis sebelum dibuang ke syurga. Memang dari dulu berat bagi aku untuk meninggalkan semua yang aku ada, yang paling penting kawan aku. Tapi aku terpaksa. Demi kau. 

Aku tidak gah. Tapi sewajarnya aku cakap aku profesional. Tanpa ada skrip yang tersedia, aku bisa berlakon. Dunia ini mempunyai pentas yang sangat besar untuk aku beraksi. Sekarang, inilah sketsa kehidupan aku, sudah aku masuk dalam plot yang menarik, menuju ke klimaksnya, realitasnya, kau dan aku watak utama. Dan jalan cerita ini, aku perlu belajar lagi untuk menerima cara kehidupan kau. Cara kehidupan yang kau berikan untuk aku. 

Jangan anggap manusia yang dicipta dari tanah liat kononnya kotor tidak bisa menjadi suci. Tingkah laku yang baik, nawaitu yang baik, sifat yang baik itu yang menjadikan manusia suci. Bersih dari segalanya. Tolong jauhkan aku dari mata-mata yang liar. Jauhkan aku dari buruk sangka sesama manusia. Dan kita bisa mengerti  buruk baik diri ini.

05 December 2011

Satu Hari ,


Lihat kami Tuhan. Dengarkan bisikan kecil kami. Berikan kami nyali untuk meneruskannya

" Jom kahwin. "

" Kahwin apa ? Kalau soal kahwin aku tak nak buat main-main. Jadi jangan bergurau macam ni. "

" Aku tak pernah main-main. Aku serius dengan semua percakapan aku. "

" Jangan nak perli aku sangatlah. Boleh tak sayang ? "

" Kau nampak muka aku tengah perli ke sekarang ? "

" Macam mana aku nak nampak ? Bukan aku di depan kau sekarang. "

" So jom kahwin. Kahwin lari. "

" Aku tak nak. "

" Kenapa ? Kau tak nak kahwin dengan aku ? Kau tak sayang aku lagi ? "

" Bukan. Aku dah terlebih sayangkan kau. Tapi bukan sekarang untuk kita kahwin. "

" Tapi bila ? "

" Tunggulah. Satu saat nanti. Kita akan bersama nanti. Selamanya. Berdua. "

" Tapi... Aku takut akan suatu hari nanti. Aku takut aku kehilangan kau. Selamanya. "

" Kau lupa ? Satu malam tu kau suruh aku janjikan suatu perkara dengan kau. Kau suruh aku janji yang aku kena kahwin dengan kau. Cuma dengan kau. Bukan orang lain. Dan ya, malam tu kita mengikat janji depan khalayak ramai. Dan juga aku takkan pernah lupakan janji aku walau sepalat manapun kehidupan aku nanti. "

" Aku ingat. Mungkin sekarang kau masih pegang janji-janji kau. Tapi suatu hari nanti ? "

" Kau kena tahu satu benda. Tuhan itu tidak kejam. Jadi dia telah menyusun segala cerita dengan baiknya. Walaupun kita tak berdua selamanya, walau kita tidak berjaya untuk mendapatkan apa yang kita impikan selama ini, yang pasti kita telah berhasil mendapatkan dan menyimpan segala memori antara kita. Sebuah cerita yang tersimpan. "

" Ya... Aku percaya. Aku nak kau tahu satu benda. Contohnya kalau takdir yang menentukan suatu hari nanti kita berpisah jua, tidak kiralah kapanpun, dan jodoh kita masih kuat, aku akan datang jua untuk kau, sewaktu tu aku datang semasa aku sudah sukses dengan kehidupan aku. Yang pasti, aku boleh sara kehidupan kau dan aku iaitu kita sampai akhir nafas. Aku nak kau pegang kata-kata aku. Selagi nota ini tiada titiknya, aku tidak akan pernah berputus asa. "

" Amin. Aku akan doakan semua itu kalau memang semuanya sudah direncanakan-Nya. "

" Sayang, kalau ada seseorang yang mencelakakan hidupnya aku, kau akan datang bantu aku ? "

" Untuk apa pertanyaan itu ? Kau lupa kata-kata aku ? Selagi aku masih ada, selagi hayatku dikandung badan, aku akan pastikan tiada siapapun yang bisa mencalarkan kau. Aku akan jaga kau sebaik mungkin. Sebabnya aku sayang akan kau. Aku cinta kau Arang. "

" Terima kasih sayang. Aku sayang kau juga. Dan aku cinta kau juga Pelat. Selamanya. Amin. Dengan kehendak-Nya. "