21 May 2011
Faces .
Demi tuhan, aku tidak bisa lagi menipu diri sendiri. Dengan apa yang aku rasakan di dalam hati ini. Aku tak boleh lagi lari sejauh mungkin. Kerna ini sudah suratan daripada Ilahi yang tetap aku harus hadapinya. Aku harus terima ini walaupun cuma aku yang faham apa rasa aku sekarang ini. Kadang-kadang orang disekeliling kita tidak akan pernah faham apa situasi kita walaupun mereka ada bersama kita yang tidak pernah berhenti memberi kata semangat dan pertolongan. Mereka tidak akan pernah faham. Betapa lumatnya hati ini. Ini semua perlu masa. Akan aku cuba buang perasaan sakit ini.
Sebenarnya aku tak mampu. Aku cuba menelan lumat apa yang aku rasakan hingga hancur. Tapi aku tak bisa. Airmata tetap jatuh bercucuran di pipi yang sedang membasahi hati. Aku masih tidak kuat, aku tak mampu nak berhadapan dengan public. Tapi aku tak boleh jadi dungu, aku harus bangun. Aku perlu gembirakan hati ini walaupun aku terpaksa jadi hipokrit. Walaupun kali ni aku perlu bohongi diri aku sendiri. Sebenarnya ia hanya palsu. Tidak pernah sama dengan apa yang aku rasakan. Aku cuba jadi robot, menimbun luka dengan sejuta cerita dan senyum penuh dengan kepuraan.
Tidak boleh aku nafikan, perasaan rindu itu akan selalu ada tambahan pabila keseorangan. Macam-macam hal akan bermain di anak otak aku. Betapa hebatnya perasaan tika itu dan betapa sebaknya dada tika itu. Mungkin masa itulah masa yang sesuai untuk aku tangisi semuanya. Pada masa itulah aku perlu puaskan semuanya walaupun terseksa. Kerna aku tak boleh pandang belakang lagi, semuanya sudah berlaku, tidak perlu sesali dan sudah tiba masanya aku berlari ke depan. Aku tahu, dengan apa yang terjadi ada hikmahnya. Dengan apa yang telah terjadi dalam hidup aku, itu semua pengalaman buat aku. Kerna pengalaman mematangkan aku.
Sukar diucap dengan kata-kata. Mainan emosi yang paling perit. Untuk berhadapan dengan itu semua, perlukan dorongan. Dan yang paling penting sekali, harus ada ketabahan hati. Kehilangan memang adalah sesuatu yang sakit. Kerna amat perit dirasai dan sedih didengari. Tapi aku harus merelakan semua. Apa yang perlu aku ingat adalah redha. Aku harus sabar dan kuatkan hati walaupun dugaan yang diberikan-Nya begitu berat untuk aku lalui. Aku tak perlu risau lagi, disebalik dugaannya, rahmat sedia menanti. Hidup ini kadang-kadang berada di atas, dan kadang-kadang berada di bawah. Kebahagiaan itu ada, tapi duka juga akan tetap bersama. Aku tahu, tuhan sentiasa akan berikan yang terbaik untuk umatnya. Tuhan juga tidak akan pernah lupa akan umatnya yang jahil dan lemah seperti aku.
16 May 2011
Selamat Hari Teacher .
Okay, aku baru selesai mandi. Sebab aku tak nak bau hapak. Aku nak ceria pagi ni walaupun hakikatnya hati ni tengah gelisah. Tak nak banyak cakap, cuma nak ucap Selamat Hari Guru buat guru-guru yang telah banyak korban ilmu untuk pelajar-pelajar demi kejayaan pelajar. Terima kasih guru. Tanpa guru, mungkin kami semua tak mampu berdiri tegak. Tanpa ilmu yang kau telah curahkan pada kami, siapalah kami di atas muka bumi ini. Happy Teachers Day.
11 May 2011
Mood Sejajar Dengan Cuaca .
Aku terduduk sebentar. Aku rasa sunyi, suasana tika itu sensitif sangat bagi aku. Aku pasang lagu kuat-kuat, aku layan lagu hardcore. Fikir sejenak, jauh aku merenung, apa sebenarnya yang nikmat sangat soal kehidupan ni ? Aku tergigit lidah sendiri, sebab tak mampu nak jawab soalan ni. Aku sedang memegang sebatang pen dan sehelai kertas. Aku nak coretkan sesuatu, tentang apa dan mahu apa sebenarnya aku dalam hidup aku. Aku dah list semuanya. Rupanya aku mahukan kejayaan dalam hidup aku, bukan hidup hanya untuk sia-siakan semuanya. Aku nampak buku matematik tambahan, tapi benci benar aku pada subjek itu. Ada tapi lagi, aku tetap ambil dan buka buku itu. Aku lihat banyak nombor dalam buku itu, dan baru aku tahu senangnya nak sebut nombor-nombor itu semua. Aku cakap ni sebab aku pernah belajar pasal nombor masa tadika dulu. Aku masih ingat dan sampai sekarang. Sekarang apa yang aku mahu lagi, benda mudah aku tak mahu cuba. Aku ketepikan benda alah macam tu, bodohkan aku.
Hujan makin lebat. Angin makin kuat. Dan aku masih lemah. Dalam diri, aku lesu. Nak biarkan sahaja semua. Harus bagaimana lagi aku perlukan ? Aku buntu. Biarlah angin yang membawa rasa ini pergi. Tapi bodoh lagi akn aku kalau biarkan takdir yang menentukan semua. Konon aku nak berdiam diri. Diamkan semua. Memeluk tubuh dan hanya mampu tersenyum. Taktik bodoh aku terpedaya lagi.
Tangan aku sedang terkapai-kapai. Ada sesiapa yang melihat ? Aku perlukan bantuan tangan dari mana-mana pihak. Aku turut mahu jadi seperti yang lain. Bisakah aku ? Aku pasti, kalau ada tangan yang cuba datang menghulur. Aku tak mahu tewas. Sebab contoh kalau besok aku mati, aku akan menyesal kerna aku tak gunakan sebaiknya nikmat kehidupan yang tuhan berikan.
Jadi kalau aku mati dengan penuh penyesalan, aku akan mohon pada tuhan supaya hidupkan aku semula biar aku bisa ubahkan semuanya kembali. Tapi itu semua mengarut, takkan mungkin pernah terjadi. Dan aku tahu, hebat atau tidak hebat, kuat atau tidak kuat juga hanya sebuah kondisi yang mampu memberi kita kesempatan untuk terus belajar dalam kehidupan ini.
03 May 2011
Manusia Hanya Ada Dua Niat .
Dekat atas dunia ni, pelbagai jenis manusia yang ada. Yang punya pelbagai bangsa agama dan budaya. Tapi antara semua tu, cuma ada dua niat. Niat jahat dan niat baik. Susah nak kenal pasti benda ni dekat seseorang sebenarnya. Lihat dari dalam baru tahu seseorang tu jahat atau baik. Malaikat atau syaitan.
Kadang-kadang, kita tengok muka yang macam malaikat tu adalah syaitan sebenarnya. Tengok luaran semua baik, kira disegani ramai lah kan. Ramai datang dekat kau kan, nak kawan dengan kau, sebab kau baik. Tapi sebaliknya. Bila buka spotlight sikit, tergamam, melopong biji mata semua. Busuk lah noh, busuk betul hati kau. Kotor betul hati kau, berkarat, banyak niat jahat dalam diri kau. Macam mana kau diterima bumi terus stay atas dunia ni ? Aku hairan.
Kadang-kadang, yang kita tengok muka macam syaitan tu adalah malaikat sebenarnya. Luaran kau nampak macam iblis, lepas tu kau disingkirkan public. Kasihan dekat kau. Bila public susah, kau jua yang datang berlari nak tolong mereka. Situasi dah mula berubah. Semua melopong biji mata lagi, terkejut, sebenarnya kau punya niat baik. Walaupun muka kau nampak macam perogol bersiri.
Sebab tu aku nak cakap, jangan nak nilai seseorang tu melalui tulisan mereka. Jangan sangka air yang tenang tu tiada buaya. Selongkar dulu hati seseorang, bila dah kenal pasti, baru kau boleh tentukan apa yang kau harus buat. Tuhan jadikan manusia ni semua sama, jangan nak risau sangat. Tapi yang cuma membezakan, masing-masing punya niat jahat atau baik. Aku cakap ni untuk umum, bukan untuk someone.
Subscribe to:
Posts (Atom)