05 June 2010

Muse - Unintended

Benda Durjana


Hati tak berapa tenteram ini hari. Banyak masalah yang tersumbat. Aku tak tahu nak cari tukang dekat mana nak selesaikan masalah itu semua. Sudah bosan hidup dengan macam-macam-masalah-yang-membawa-beban. Objektif itu semua apa ? Jangan tanya aku, aku tak tahu, mungkin itu sudah takdir. Masalah bukan kayu bila bakar ia tetap masih ada abunya. Tapi masalah perlu macam plastik bila bakar lenyap terus. Sebab itu semua problem yang kita perlu selesai baik-baik dan kita jangan jadi manusia pengecut yang suka cari jalan mudah lari dari masalah. Sekarang aku macam nak tekan nombor 999 sebab nak tahu dimana keberadaan si jejaka bernama Faiz Farham. Aku jadi hairan sebab jantan itu hilang secara tiba-tiba. Aku jadi risau sebab takut makhluk asing yang kebas dia daripada aku. Tolong, carikan jejaka itu untuk aku. Dia bercirikan seorang lelaki, punya mata, telinga, mulut, hidung dan semua cukup sifatnya. Jika terserempak dimana-mana, tolong contact aku dengan segera. Aku mohon, ini seryes, bukan lawak bodoh.

03 June 2010

To Faiz Farham :)

Selesai ,


Hai bulan Jun. Last sekali kita meet tahun lepas kan. Jumpa lagi kita tahun ini. Bulan Mei, sumpah aku pasti rindu kau sebab banyak kenangan aku tertinggal dekat kau. Harap kau simpan baik-baik. Now, biar aku jadi wakil untuk kau-kau semua nak ucap HOORAY ! Serabut, penat, geram, sakit hati, kau-kau semua buang jauh-jauh. Aku sarankan kau semua campak dekat dalam laut lebih baik bagi ikan-ikan makan. Eh kejap, aku lupa, aku rasa ikan pun tak mahu benda karut tu semua. Nah, aku bagi kau ini, kau pasti suka, gembira, ceria dan bla-bla-bla. Sekarang cuti sekolah dah menggelegak, jadi aku nak guna cuti aku baik-baik. Aku tahu kau-kau semua pasti setuju dengan cadangan aku. Boleh aku tahu siapa yang tak mahu cuti dan masih kental nak teruskan pembelajaran di sekolah ? Boleh isi borang di bilik sebelah ya tuan dan puan. Dan untuk saat ini, lupakan semua masalah peperiksaan yang sudah tamat. Cuma perlu buat-buat kool sebab tak perlu fikir sangat pasal result exam tu nanti. Itu semua benda karut. Nak talk-talk-talk pasal semalam. Hari ini gua cuti sebab sumpah penat sangat. Semalam lepas balik funfair, ajak semua kawan lepak dekat tropix's bistro. Cakap bla-bla-bla then balik lebih kurang jam dua pagi. Terima kasih untuk kau sebab belanja kami semua makan. Harap boleh lepak sama-sama lagi lepas ni. Kawan, kita buat-buat kool semalam kan walaupun mamat jotun pekerja baru tu ambik order tak berapa nak betul , haha .