09 February 2010
Dengar Berita
08 February 2010
Setelah Sekian Lama
03 February 2010
Motel Desa
Ini gambar mengisahkan aku, noniey dan sara. Kami mengsnap gambar bukan gambar lucah disebabkan terlalu amat bosan pada ketika itu. Tapi aku cakap gigs sabtu 30Jan2010 yang dilangsungkan di motel desa, tidak membosankan sangat. Tapi aku pergi kejap sahaja disebabkan aku sampai di motel desa sudah lewat petang. Menuju kearah motorbike aku, sempat Dean menanyakan aku ade lesen motor ke tidak? Dan aku cakap mestilah ada, lesen buat sendiri. Hahaha. Pada masa yang sama, aku lihat ketinggian Dean tetap sama dari dulu macam tiada perubahan. Hahaha, kasihan.
Nasib Badan
Ini hari sudah hampir seminggu aku tidak hadirkan diri ke sekolah. badan aku masih tidak mengizinkan aku ke sekolah. Badan aku masih lemah untuk panjat tangga ke kelas. Semua ubat sudah mahu habis aku telan tapi kuman tidak juga mati dan badan aku tetap lembek macam tiada kuasa apa apa. Aku hanya berserah kepada tuhan supaya aku cepat sembuh. Aku nak ucap terima kasih kepada mak dan ayah aku yang tak tidur malam sebab sanggup menjaga aku. Jam dua petang nanti aku terpaksa ke hospital buat pemeriksaan. Aku harap aku sihat walafiat. Semalam aku pergi tusyen sebab aku nak buat percubaan keatas diri aku, tapi ya tuhan badan aku sakit sangat. Tapi aku buat buat nampak sihat. Balik rumah aku terus tidur dan kejadian yang sama berlaku kepada diri aku setiap malam. Aku harap ahad ini aku boleh ke sekolah macam biasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)


